Pasukan khas siasat dakwaan wanita Indonesia dirogol 3 anggota polis
11 November 2012
BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang memberi jaminan siasatan berhubung
kes seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dipaksa melayan nafsu
tiga anggota polis di sebuah balai dalam satu kejadian di Perai, dekat
sini awal pagi kelmarin, disiasat secara terperinci.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata, kerajaan Indonesia tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan menyiasat secara adil tanpa melindungi mana-mana pihak.
"Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes itu dan siasatan dijalankan secara terperinci termasuk dalam semua aspek.
"Jadi mereka (Indonesia) tidak perlu bimbang kerana siasatan dijalankan tanpa melindungi sesiapa walaupun yang ditahan itu anggota polis," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, tiga anggota polis dari Balai Perai itu kini direman sehingga 16 November ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana
merogol.
"Mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan pada pukul 7 petang iaitu selepas empat jam wanita warga Indonesia berkenaan membuat laporan polis pada Jumaat lepas.
"Selepas selesai soal siasat berhubung kes berkenaan kita akan menghantar laporan itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya," katanya.
Dalam kejasian itu, seorang wanita warga Indonesia mendakwa terpaksa melayan nafsu tiga anggota polis yang menahannya di kawasan flat di Perai, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran awal pagi Khamis.
Mangsa Siti Maemanah Kasman, 25, yang bekerja di sebuah kedai makan di sini mendakwa dia tertekan dengan kejadian terbabit dan berharap tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap anggota polis berkenaan. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment