Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pulau Pinang bantu selesaikan kes rogol pekerja Indonesia, mahu IPCMC ditubuhkan

November 15, 2012
Ketua Polis Penang ACP Datuk Abdul Rahim Hanafi dan konsul am Indonesia Sofiana Mufidah. — Gambar oleh K.E. Ooi
GEORGE TOWN, 15 Nov 
Kerajaan negeri Pulau Pinang mendesak agar Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan agar tuduhan kes rogol gadis Indonesia melibatkan tiga orang polis tidak berulang. 
"IPCMC ini tidak hanya berkhidmat untuk rakyat Malaysia tetapi untuk warga asing seperti warga Indonesia yang bekerja di negara ini bagi menyuarakan aduan mereka terhadap polis," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kewujudan IPCMC adalah untuk memastikan pengurangan kes jenayah melibatkan anggota polis.
"Ia akan menjadi badan timbangtara untuk anggota polis," katanya lagi.

Lim, bertemu dengan pemangku konsulat Indonesia Sofiana Mufidah hari ini, berkata bahawakerajaan negeri akan bekerjasama dengan konsulat Indonesia untuk membantu mangsa yang terlibat.

Lim menyeru pihak polis untuk menyiasat kes ini dan membawa penjenayah tersebut untuk kemuka pengadilan.

"Saya akan bercakap dengan ketua polis Pulau Pinang tentang kes ini, memandangkan mangsa mahu pulang ke negara asal dan berharap kes tersebut akan diselesaikan secepat mungkin," katanya dalam sidang media di pejabat konsulat.

Lim turut berkata, ini adalah kes terpencil tetapi pihak kerajaan negeri akan bersama-sama dengan pihak mangsa.

"Kami akan membantu apa jua yang mangsa perlukan," katanya lagi. Mangsa yang berusia 25 tahun itu dibawah jagaan konsulat dan sedang diberi khidmat kaunseling.
Ahli parlimen Bukit Mertajam Chong Eng juga berjanji akan membawa isu ini ke parlimen.

Sofiana berkata beliau yakin bahawa polis akan bertindak dengan professional dalam kes ini.

Minggu lalu, seorang pekerja restoran berusia 25 tahun mendakwa beliau dirogol oleh tiga orang pegawai polis di Balai Polis Prai.

Mereka yang didakwa terlibat telah ditahan dan direman sehingga esok.

Mereka dijangka akan didakwa di mahkamah esok atau tahanan reman mereka dilanjutkan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.