RM207b: PAS bantu waris buruh paksa tuntut pampasan
22 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS menubuhkan Sekretariat Jejak bagi
menjejaki waris bekas buruh binaan landasan keretapi Siam ke Burma bagi
menuntut pampasan RM207 bilion dari kerajaan.
Sekretariat
yang baru ditubuhkan itu bukan sahaja bertujuan untuk menjejak mereka
yang terlibat tetapi juga akan membantu mereka mendapatkan tuntutan yang
dianggarkan bernilai antara RM2.8 juta hingga RM3 juta setiap keluarga.
Ahli
Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin berkata,
setakat ini Sekretariat Jejak telah berjaya mengumpul 123 waris keluarga
mangsa di Perak dan 347 waris di Pahang.
"Waris
yang kita jejaki ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang diberi
oleh Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan
Keretapi Siam ke Burma.
"Kita
akan melebarkan sayap Sekretariat Jejak ke setiap negeri bagi
mendapatkan maklumat dan menjadikan pengantara kepada waris untuk
membuat tuntutan," jelasnya pada sidang media di parlimen.
Sementara
itu Nizar turut mendesak kerajaan memberi penjelasan di mana wang
berjumlah RM207 bilion hasil tuntutan 30,000 mangsa landasan maut itu.
"Kita
mahu penjelasan dari Kementerian Kewangan berhubung isu ini, yang bagi
saya sehingga sekarang tidak ada penjelasan langsung walaupun ada
maklumat mengatakan ia telah dibawa ke kabinet untuk dibincangkan.
"Menurut
laporan sebuah laman web pihak berkuasa di sana pembayaran telah dibuat
kepada Malaysia oleh Kerajaan Jepun sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad
menjadi Perdana Menteri, tapi sehingga kita tiada penjelasan diberikan
oleh Kerajaan Malaysia," sambungnya lagi.
Satu
persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh
Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana
akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran
Pertubuhan (ROS) pada 11 Januari 2011.
Sejak
didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon
beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia,
tapi hingga kini masih gagal.
Turut
serta pada sidang media sebentar tadi, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS
Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss serta anggota jawatankuasa Sekretariat
Jejak Negeri Perak.
Sekretariat Jejak boleh dihubungi ditalian 019-2316539 dan 013-3266194.
Sumber : Harakahdaily
0 orang berkata:
Post a Comment