Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SANE ADA UNDI ANTU KE ?

  • Obama menang, kekal Presiden AS
    Wartawan Sinar Harian
    7 November 2012
    Logo Presiden
     
    Pemilihan Presiden Amerika Syarikat Barrack - Mitt
     
    Obama menang, kekal Presiden AS
     
    Ribuan penyokong Barack Obama menyaksikan keputusan pilihan raya di skrin besar di Chicago, Illinois. - Foto EPA
     
    Obama menang, kekal Presiden AS
    Reaksi ceria penyokong-penyokong Barack Obama di Chicago, Illinois. - Foto EPA
    [DIKEMAS KINI 1 TENGAH HARI] NEW YORK - Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih - lebih 11 undi minimum yang diperlukan.

    Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

    Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

    Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.
     
    UNDI PEMILIH:
    Barack Obama: 281
    Mitt Romney: 203

    UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
    Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
    Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
    Lain: 1,367,862 (1.5)
     
    Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

    Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

    Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

    Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney.


    Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.

    Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.

    Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih.
    AKAN MENYUSUL
     
     
     
    Alwaan Levent · · WebMaster at Yoli Inc
    Tahniah Obama! semoga PR juga bakal menang Malaysia..
  • Side Alyahya · Top Commenter · SMA Al-Khairiah, Temerloh
    sambung utk 4 thn lagi jer..presiden bleh di sandang tidak lebih 2 penggal..seronok mlihat kematangan politiik, kebebasan media, himpunan aman tanpa ugutan atau sekatan samseng kampong, kempen online, debat terbuka, idea2 baru..smga sume ni akan d rasai selepas PR menguasai kjaan pusat.InsyaAllah..
  • Syed Munir · Top Commenter
    Tahniah Obama. Sekurang2nya org yg samar tari dgn Bush tak naik tokcang.
    • Syed Munir · Top Commenter
      correction: sama parti dgn Bush..
    • uqapla (signed in using yahoo)
      4 lagi tahun utk dunia beramal kebaikan mencegah mungkar..! gunalah masa yg di bagi utk beramal..yg muslim buat2 ler rajin pi surau/masjid.!
    • uqapla (signed in using yahoo)
      What the frak bezanya undi pemilih dan popular ? Ada alien kerr dlm undian popular tuh?!!
  • Imam Suhadi
    tahniah obama untuk penggal ke dua.
  • Nur Atirah · Kuala Lumpur, Malaysia
    Tahniah, Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi.
  • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Alhamdulillah. sekurang2nya, Israel tak boleh buat sesuka hati. Obama memang kurang sikit sokongan dia pada Israel.
  • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
    Tahniah Obama! semoga terus tadbir US supaya tentera Amerika duduk diam... hehe ;p
  • Dinda Kanda · Top Commenter · MAS (mak ayah support) at Malaysia Airlines
    sape pon menang jom kita sembelih org Islam, tahniah...
  • Roslan Ibrahim · Top Commenter · Klang
    Tahniah... Kat Amarika dll Negara maju selalu tukar2 parti & Presiden. Terpalit rasuah, scandal, dsb rakyat mereka dgn senang hati kasi OUT pemimpin & parti pemerintah. Sebab itu negara mereka maju....
    • uqapla (signed in using yahoo)
      hehe..Negara maju ini juga halalkan LGBT,riba and so on ..ekonominya print duit lebih tiap hari.hutang bertrillion> Apa yg depa bagi kt Sdr Roslan ? ipad/iphone ..hiburan ? sedangkan yg mencegah sdr Roslan dari terkena sakit stroke/kanser tetap Allah jua.!>
    • Roslan Ibrahim · Top Commenter · Klang
      uqapla ~ Kesian kau tak paham maksud simbolik tu! Malas aku nak tlg ulaskan. Yg Hang pi melalut pi meracau pasal LGBT dll tu ape kene mengenanyer? telan pil kuda ke hape?
    • uqapla (signed in using yahoo)
      Maksud aku pun simbolik gak..>smile!
  • Azli Yunus · Maahad Muhammadi Tumpat
    tahniah obama.tanda tanda kjatuhan israil.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.