Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Syed Hamid: Anwar, Hadi tak layak jadi PM
JAMILAH HAMZAH
19 November 2012
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Syed Hamid Albar mendakwa jawatan Perdana Menteri tidak layak disandang oleh sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, kedua-dua pemimpin yang disenaraikan Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan layak menjadi Perdana Menteri.

Tambahnya, "kita perlu berfikir betul-betul untuk memilih Perdana Menteri, kita khuatir apa yang akan timbul jika mereka (Hadi dan Anwar) menjadi Perdana Menteri."

Mengulas lanjut, Syed Hamid yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, pemimpin PR menggunakan emosi untuk bertindak dan Hadi memang tidak layak untuk menyandang jawatan itu.

"Bagi saya Hadi memang tak layak menjadi Perdana Menteri," katanya. Dalam pada itu, Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim berkata, setiap Ahli Parlimen mempunyai hak untuk menjadi Perdana Menteri, namun rakyat yang mempunyai hak untuk menentukannya.

"Siapa sahaja jadi Ahli Parlimen, dia berhak jadi Perdana Menteri, jadi terpulang kepada keputusan rakyat.

"Terpulang juga kepada sokongan majoriti, siapa yang menyokong Hadi? Jadi tanyalah hati sebelum mengundi," katanya yang juga Timbalan Menteri Kewangan.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.