Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TENGKU RAZALI INTAI PELUANG JAWATAN PM ?

Tengku Razaleigh: Masyarakat orang asli tetap setia dengan BN

November 15, 2012
 
GUA MUSANG, 15 Nov — Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memuji sikap masyarakat Orang Asli yang terus setia menyokong Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum (PRU).

Katanya, ini menunjukkan mereka bersatu dalam membuat keputusan yang berkaitan masa depan mereka dan yakin dengan kemampuan kerajaan BN melaksanakan segala kemudahan sebagaimana dinikmati mereka.

“Kita berharap Orang Asli akan terus menyokong BN terutama bagi persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Bantuan kepada penduduk Orang Asli di Pos Brooke, di sini hari ini.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof, Pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Daerah Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz dan Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah, Azman Ngadiron.

Tengku Razaleigh (gambar) juga Ketua Umno bahagian turut mengingatkan masyarakat Orang Asli supaya tidak mudah terpengaruh dengan kunjungan orang luar yang datang menabur janji kerana kunjungan mereka boleh membawa perpecahan.

Beliau berkata mereka harus berpegang kepada kekuatan perpaduan yang sedia ada kerana kerajaan tidak pernah lupa jasa mereka yang menyokong perjuangan BN sehingga berupaya menang setiap kali PRU.

“Orang luar yang datang mungkin ada membawa maksud lain, tetapi saya percaya Orang Asli mempunyai pendirian dengan menilai sebaik-baiknya sebelum menerima janji mereka,” katanya.

Beliau mengulangi komitmen kerajaan untuk terus melaksanakan pelbagai kemudahan di kawasan penempatan Orang Asli selain menyalurkan lebih banyak peruntukan bagi meringankan beban mereka.

“Tengoklah pemberian wang bantuan hari ini sebagai menunaikan janji saya dan penghargaan kepada  Orang Asli yang terus bersama saya pada setiap kali pilihan raya,” katanya. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.