Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Timb Menteri: Pelajar Cina paling ramai dikecualikan pembayaran PTPTN

TERKINI @ 01:09:26 PM 08-11-2012
November 08, 2012

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Putrajaya berkata pelajar dari masyarakat Cina yang paling ramai menerima pengecualian daripada membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata dari 2003 hingga 30 September tahun ini sebanyak 13,192 pelajar yang meliputi sebanyak RM375 juta mendapat manfaat daripada dasar tersebut.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 72.8 peratus pelajar Cina dikecualikan daripada membayar PTPTN, diikuti pelajar Melayu sebanyak 22.2 peratus, pelajar India 3.2 peratus dan selebihanya adalah lain-lain kaum,” kata Kok Chung pagi ini di Dewan Rakyat.

Selepas penerangan timbalan menteri tersebut, ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz kemudiaan bangun mempertahankan dasar tersebut yang membuktikan kerajaan tidak menindas kaum-kaum lain dalam isu pendidikan.

“Dengan kenyataan ini, membuktikan kerajaan Barisan Nasional adil dan telus dalam menentukan dasar pendidikan,” kata Mohamad Aziz.

Menurut Kok Chung lagi, pengecualian atau pinjaman boleh ubah tersebut telah diperkenalkan pada 2003 dan hanya  terpakai kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama  atau setaraf dengannya.

“Dasar pinjaman boleh ubah atau pengecualian telah diperkenalkan pada 2003. “Ia merupakan Satu insentif kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh keputusan cemerlang sekaligus  memberi pengiktirafan kepada pencapaian mereka,” kata beliau lagi.

Kok Chung juga berkata kaedah diskaun yang diperkenalkan oleh perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa  pembentangan Bajet 2013 lalu mendapat sambutan baik daripada peminjam.

“Sejak tawaran diskaun ini diumumkan dan dikuatkuasakan pada 1 Oktober, seramai 2962 peminjam telah tampil untuk menjelaskan  sepenuhnya jumlah pinjaman dengan amaun berjumlah RM15 juta hingga 30 Oktober.

“Daripada jumlah tersebut, 191 peminjam adalah dalam kategori senarai hitam dengan bayaran balik berjumlah RM1.2 juta,”  tambah beliau lagi.

Najib memperkenalkan diskaun 20 peratus kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun bermula 1  Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

Manakala bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan.

Isu pendidikan percuma paling lantang disuarakan oleh Pakatan Rakyat (PR) terutamanya PKR yang menggesa pemansuhan PTPTN dan  menggesa kerajaan dipertanggunjawabkan untuk menyedia pendidikan tinggi percuma kepada rakyat.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli juga mendakwa PTPTN merupakan beban kepada anak muda terutamanya yang masih tidak bekerja  dan terpaksa menanggung hutang yang banyak.

“Ramai pelajar jika ditanya, jawapannya, mereka sukar dapat kerja dan terpaksa tanggung beban untuk bayar hutang yang  banyak,” kata Rafizi dalam debat anjuran Sinar Harian Mei lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.