Tuesday, November 13, 2012
Kereta Bob Lokman dirempuh gajah liar
Menurut sumber yang baru diterima, kereta jenis Proton Waja yang dipandu Bob Lokman atau nama sebenar Mohd Hakim Lokman, 48, telah dirembuh se-ekor gajah liar.
Bob
Lokman dikatakan dalam perjalanan ke negeri kelahiranya Kelantan
mengunakan jalan Gerik - Jeli bagi menghadiri muktamar PAS yang bakal
berlansung pada 16 - 18 Nov ini.
Tiba-tiba gajah tersebut meluru kearah kereta Waja-nya dan merempuh dengan mengunakan gading yang menyebabkan suasana panik.
Alhamdullilah.... setelah Bob Lokman memadankan lampu kereta-nya,gajah tersebut beredar dari situ.
Keadaan
Bob Lokman dilaporkan tidak mengalami sebarang kecedaraan namun kereta
Waja-nya mengalami kerosakan dibahagian hadapan,syukur kerosakan
tersebut tidak serius.
"Memang
cemas ketika itu, kerana haiwan liar tersebut secara tiba-tiba meluru
ke arah kereta, walaupun kereta telah diberhentikan dijarak lebih 30
meter" Ujar Bob Lokman.
Dalam beberapa saat saja gajah tersebut sudah berada dihadapan kereta dan merempuh bahagian hadapan kereta tambah Bob Lokman.
"Saya
memadamkan lampu kereta ketika gading gajah menusuk ke badan
kereta,keadaan kereta ketika itu bergoyang kuat hinggakan tayar belakang
kereta terjongket naik,sebaik lampu kereta dipadamkan gajah tersebut
terus beredar meninggak-kan kereta dan bergerak masuk ke dalam hutan di
tepi jalan." "Saya hanya bertawakal kepada Allah ketika saat cemas
itu...Alhamdullilah semua kembali tenang dan selamat,kereta pun masih
boleh bergerak meneruskan perjalanan ".
Aku
amat berasa syukur kepada Allah kerana Abg Bob Lokman tidak mengalami
sebarang kecederaan dalam kemalangan ini dan berasa bangga dengan
semangat perjuangan Islam dinegara ini khususnya didalam PAS.
Berlubang....kesan tusukan gajah liar |
0 orang berkata:
Post a Comment