Tuesday, November 13, 2012
Rosmah Masih Jadi Beban Berat Kepada UMNO - Shahbudin Husin
Isu
Rosmah Mansor yang dianggap gila glamour muncul kembali. Kali ini ketika
beliau hadir di majlis persandingan pemain badminton, Lee Chong Wei dan
Wong Mei Choo menjadi percakapan ramai. Dalam majlis persandingan itu,
Rosmah duduk di tengah-tengah antara kedua mempelai, suatu perbuatan
yang amat luar biasa dan lari dari kebiasaan.
Biasanya,
ketika majlis persandingan tetamu VIP lelaki akan duduk di sebelah
pengantin lelaki manakala tetamu VIP perempuan akan duduk di sebelah
pengantin perempuan. Namanya pun raja sehari, maka pengantinlah menjadi
raja ketika itu.
Namun
dengan Rosmah duduk di tengah-tengah antara kedua mempelai, Lee Chong
Wei dan Wong Mei Choo tidak lagi menjadi raja sehari. Sebaliknya Rosmah
yang menjadi raja di majlis itu.
Ketika
majlis resepsi pertama Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo yang turut
dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Perdana
Menteri, menteri-menteri kabinet serta tetamu VIP yang lain sehari
sebelum itu, Rosmah telah mengambil keputusan untuk tidak hadir menemani
Najib.
Najib
hadir seorang diri walaupun Yang Dipertuan Agong hadir bersama Raja
Permaisuri Agong. Jemputan untuk majlis itu juga sudah dimaklumkan lebih
awal dan tidak diketahui sebab sebenarnya ketidakhadiran Rosmah di
majlis resepsi pertama itu.
Ada
dakwaan mengatakan Rosmah sengaja memilih tidak hadir di majlis resepsi
pertama dan memilih untuk hadir di majlis resepsi kedua adalah kerana
tidak mahu kehadirannya dibayangi oleh penampilan baru Raja Permaisuri
Agong yang bertudung litup sebaik kembali dari menunaikan haji.
Sebelum
itu, penampian baru Raja Permaisuri Agong sebaik kembali dari menunaikan
haji tersebar luar di pelbagai media dan mendapat pujian daripada semua
pihak. Baginda benar-benar dilihat sebagai "First Lady" yang menawan
hati dan menjadi kebanggaan rakyat.
Dengan
memilih hadir di majlis resepsi kedua dan hanya beliau tetamu VIP, duduk
pula di tengah-tengah antara kedua mempelai, fokus dan tumpuan ramai
tentunya hanya kepada beliau seorang sahaja.
Dalam hal ini, ternyata Rosmah memang gila glamour.
Sebaik
Najib menjadi Perdana Menteri, isu Rosmah yang suka tampil dengan gaya
mewah serta menonjol seolah-olah sama berkuasa dalam pentadbiran
kerajaan yang diterajui oleh suaminya, sering menjadi bahan tatapan di
media dalam negara dan antarabangsa.
Beliau
cuba tampil dengan watak yang begitu berbeza dengan isteri-isteri
Perdana Menteri sebelum ini yang begitu setia menjadi pendamping dan
teman rapat kepada kejayaan suami mentadbir negara. Rosmah sebaliknya
ingin dilihat sama-sama menyingsing lengan turun ke lapangan melakukan
aktiviti yang disukainya.
Beliau
tidak sahaja aktif melalui aktiviti Permata tetapi juga sibuk berkempen
dalam beberapa pilihanraya kecil. Beliau juga mempromosi gelaran "First
Lady" untuk dirinya dengan mengadakan persidangan antarabangsa
mengenainya serta mengadakan lawatan ke luar negara atas secara
sendirian ditemani beberapa isteri menteri dengan pembiayaan wang
negara.
Di
media-media pula, penampilan beliau hampir setiap hari sehingga
kadangkala menenggelamkan aktiviti Timbalan Perdana Menteri atau
menteri-menteri yang lain.
Di dalam
politik Malaysia dan adab Melayu, perwatakan Rosmah adalah sesuatu yang
sukar diterima. Rakyat tidak dapat menerima isteri yang mahu menunjuk
kuasa dan berlagak atas kuasa yang diberikan kepada suaminya.
Jika
isteri seorang Ketua UMNO cawangan atau isteri ketua pejabat pun yang
cuba berlagak dan menunjuk kuasa tidak disukai ramai dan menjadi
cemuhan, apatah lagi jika isteri Perdana Menteri yang mempunyai pelbagai
kuasa berbuat demikian.
Isu
Rosmah yang tak sudah-sudah gila glamour ini sebenarnya sudah lama
menjadi percakapan umum, baik di dalam UMNO mahupun di kalangan rakyat
biasa. Secara umumnya, tiada siapa yang dapat menerima perwatakan yang
beliau tonjolkan itu.
Tidak
menjadi rahsia lagi bahawa kerisauan utama UMNO sendiri dalam
pilihanraya ini ialah Rosmah sendiri. Beliau dilihat masih menjadi beban
kepada UMNO dan BN di samping beban lain seperti isu rasuah di kalangan
pemimpin, isu hudud yang melibatkan Chua Soi Lek dan sebagainya.
Sementara
Najib dan pimpinan UMNO lain berhempas pulas menarik sokongan rakyat
dan memastikan kemenangan UMNO dalam pilihanraya, penampilan Rosmah
sebaliknya seakan meruntuhkan apa yang cuba dibina oleh Najib dan
lain-lain pemimpin UMNO sejak lebih tiga tahun lalu.
Segala
macam transformasi, pemberian tunai serta janji-janji Najib dan UMNO
selama ini dengan mudah ditenggelamkan oleh isu-isu yang muncul
berkaitan Rosmah.
Dengan
Rosmah terus menampakkan keghairahan terhadap kuasa dan glamour,
kebimbangan rakyat ialah apa akan jadi selepas pilihanraya nanti jika
Najib dan UMNO terus diberikan kuasa. Sudah tentu tahap keghairahan dan
gila glamour Rosmah mencanak lebih tinggi lagi.
Dalam
masa yang sama watak Rosmah yang sentiasa keletah terhadap kuasa dan
glamour juga mengggambarkan kegagalan Najib mengawal dan menasihati
isterinya itu. Rakyat tentunya menilai ianya sebagai kelemahan paling
asas bagi Najib.
Dengan
pilihanraya umum semakin hampir, dan keletah Rosmah sebelum ini dengan
pelbagai laporan yang didedahkan sudah cukup menjejaskan sokongan rakyat
terhadap Najib dan UMNO, apa yang ditonjolkan Rosmah dalam majlis
perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo baru-baru ini tentunya
menambahkan-parahkan beban yang ditanggung oleh Najib, UMNO dan BN dalam
pilihanraya akan datang ini.
Jika
Najib sering melaungkan slogan berubah sebelum rebah, ternyata orang
paling dekat dengannya iaitu isterinya juga tidak pernah ambil peduli
dengan slogan itu.
Rosmah
masih mengejar kuasa, perhatian dan glamour. Satu demi satu cerita
mengenainya muncul menjadi tatapan rakyat. Meskipun pernah reda
seketika, tetapi kemudian didapati galaknya tidak pernah berbeza. Cerita
mengenainya seakan episod sinetron yang tiada titik penamatnya.
Dengan
Najib dan UMNO tiada keberanian menegur dan menghentikan gelenyar Rosmah
ini, kini nampakna hanya rakyat yang boleh meletakkan titik penamat
kepada keletah dan gila glamour Rosmah ini
Kerengga
0 orang berkata:
Post a Comment