Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INILAH RESIKO ORANG YANG BERJUANG, NABI-NABI DULUPUN DEMIKIAN

Wan Azizah: 'Kasihan Izzah'
MAZLINDA MOHD NOR & MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
8 November 2012
Muka depan akhbar Sinar Harian edisi Selangor & KL Khamis 8 November 2012
Muka depan akhbar Sinar Harian edisi Selangor & KL Khamis 8 November 2012
PETALING JAYA – “Kasihan Izzah. Sabarlah ye nak...” Dia mengusap-usap gambar Nurul Izzah yang tersiar di muka hadapan Sinar Harian.

Walau tersenyum nipis, tetap ada raut sayu hiba hati ibu. Itulah aksi spontan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila menatap wajah anaknya, Nurul Izzah Anwar di muka depan akhbar Sinar Harian semalam.


"Saya memang sedih apabila kontroversi ini timbul. Naluri keibuan saya terasa dijerut. "Anak saya dituduh menggalakkan murtad! Satu tuduhan berat!"


Itu yang diluahkan Dr Wan Azizah apabila ditanya tentang kontroversi yang mendakwa anaknya itu menggalakkan kebebasan memilih agama pada forum Islamic State: Which Version Whose Responsibility? baru-baru ini.


Katanya, walaupun beliau dan keluarga sudah lali dengan serangan politik dan peribadi sejak suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Kabinet 14 tahun lalu, namun serangan yang mengaitkan sentimen agama amat keterlaluan.


“Dulu suami saya dikaitkan dengan kes sodomi, tetapi tidak berjaya, timbul pula sodomi II juga tidak berjaya. Lepas itu dikaitkan pula dengan Kristian dan pluralisme. Sekarang tiba giliran anak saya pula.


“Kepada anak-anak saya pesan, hadapilah segala ujian yang mendatang dengan tabah untuk dapatkan keredaan ALLAH.


"Jangan putus memohon dan berdoa kepada-NYA moga perjuangan kita diterima.”


Katanya lagi, beliau dan suami sering menasihatkan anak-anak agar jangan berputus asa dan sentiasa meminta petunjuk ALLAH jika berhadapan dengan situasi sukar.



  • Adam Ibrahim · Top Commenter · Al-albayt University
    cakap sedap tp habukpun tarak.suami tutuh org lainpun diamje.fitnah.angkara umno.apa punya bodo ini olang.

    • Mohd Roslan · Top Commenter
      allo adam lu jangan bikin olang malah ,lu tuduh olang macam2,tapi mahamah telah bersihkan dsai,lu lah bodo munafik punya olang.
    • uqapla (signed in using yahoo)
      Itu AI sodom gomorah episode aku 50/50..tapi nurul nya free speech dah ngarut batas.> ironi yg ckp tuh org pakai tudung..teringat aku kpd SIS..!

    • Faisal Himura · · Top Commenter
      : kata2 wan izzah hanya LAKONAN untuk menagih simpati rakyat....

  • Che Odah · SEKOLAH ATAP JE
    agaknya nurul izzah tak kisah kowt kalau satu hari nanti anak dia pergi cucuk2 kavadi kat batu caves.. ea la keluarga islam pertama di malaysia yg bebas menganut agama apa pn.. baru betul satu malaysia..

    • Latif Abdullah · Top Commenter · Political Director at Dr. Latiff and Associate
      Che Odah boleh rujuk kenyataan penuh Nurul Izzah mengenai perkara ini. Hal ini diputar belit demi politik orang tertentu. Walhal dari video penuh yang ada sudah terang apa yang Nurul Izzah sebutkan.

      Rujuk sini;
      http://www.nurulizzah.com/site/2012/11/04/penjelasan-isu-islam-dan-masyarakat-melayu/

      Tahukah anda sudah 300 lebih permohonan murtad orang melayu telah DILULUSKAN oleh Jabatan Agama Islam?


      Kerana media kerajaan terus memainkan perkara ini, satu tindakan saman akan dibuat terhadap media-media ini.


      Rujuk sini :
      http://www.nurulizzah.com/site/2012/11/06/kenyataan-media-tindakan-undang-undang/

      Terpulang kepada hak masing-masing untuk mempercayainya. Cuma janganlah kita terus menunding jari kepada sesuatu yang kita sendiri tidak tahu hal sebenarnya. Berdiam diri dan mencari kebenaran adalah lebih bagus dari terus menghukum orang tanpa usul periksa.


    • Che Odah · SEKOLAH ATAP JE
      Latif Abdullah Benda ini sebenarnya senang saja.

      Soalan peserta itu, sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seoerti orang bukan Melayu, dimana Nurul Izzah menjawab, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.


      Apa yang putar belit disitu? Kenyataan Nurul Izzah yang menyebut orang Islam patut patuh kepada syariat Islam seperti mana rakyat Malaysia patuh kepada perlembagaan, dibuat kemudian, itupun setelah ramai orang menyerbu blognya minta pengesahan tentang berita yang disiarkan Malaysiakini itu.

    • Hisham Yahya · Top Commenter
      Latif Abdullah aku heran kenapa Pas tak berkokok dalam kes kenyataan nurul izzah ni? aku tgk tv3 smlm ada rakaman video dan suara nurul izzah. dia boleh buktikan tak yg tu bukan suara nurul izzah atau rakaman itu diedit sehingga mengubah maksud kenyataan beliau?

  • Nazmim Sv · Top Commenter · Batu Pahat
    syabas... lu berjaya bawa watak lu dgn baik la azizah...keep it up!

  • Wan Rusmi · Smtiz
    kenapa tak cakap "kasihan awnar".

  • Aaizat Abullah · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    ingatlah , berhati hati sebelum bercakap. Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajak kata kata , padahnya tanggonglah sendiri.

  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    bersabar saja lah...perkara biasa dalam perjuangan...

  • Norel Shah · Top Commenter
    mohd roslan lu kaki bontot ke? Allah SWT dah turunkan terlalu banyak petanda tentang perangai AI apa kau tak mahu buka mata dan minda? sedangkan makanan kalau was was pun di haramkan makan inikan pula pemimpin?

  • Zaidi Osman · Top Commenter · USM Penang
    Berleluasanya elemen fitnah sekiranya kita tidak memahami Islam dengan sebenar.Ayuh bangsa Melayu jangan kita lalai dan lupa dunia bukan syurga. Kalian akan dihisab sekiranya telah memfitnah saudaramu sendiri.Periksalah dahulu sebelum membuat kenyataan barulah kebenaran akan muncul.Wallahhualam...

    • Tracie Woo · Top Commenter · UKM
      btl tu zaidi,.. nmpk sgt budaya fitnah yg didendangkan oleh pihak media tlh sampai ke hati rakyat. Nak menuduh sesama islam kena ada bukti. Seseorg itu tdk brsalah melainkan dibuktikan secara 100%.

      Sabda Nabi SAW

      1- satu golongan yg diberi amaran oleh nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat. sabda baginda SAW,
      " Sesungguhnya sblm kedatangan dajjal-(dlm riwayat yg lain) sblm kiamat, adanya tahun2 yg penuh tipu daya. ketika itu didustakan org yg benar, dianggap benar org yg dusta, dianggap khianat org yg amanah, dianggap amanah org yang khianat & bercakap ketika itu al-ruwaibidoh. para sahabat bertanya, “siapakah al-ruwaibidoh?”
      Sabda Nabi s.a.w,
      " Org perlekeh yg berbicara mengenai urusan org ramai.”
      hadis riwayatkan al-imam ahmad, abu ya’la, al-bazzar, ibnu majah, al-kharaiti & al-hakim.
      2 – "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(Al-Hujaraat-ayat 6)...

      WAllahua'alam

    • Adi Isa · Top Commenter
      bila kena batang hidung cakap itu fitnah,orang lain tahu juga fitnah lebih dahsyat dari membunuh, jgn cakap itu fitnah, fikirlah dulu, ini yang dikatakan menyoong melulu ( YB OMEGA )

  • Norel Shah · Top Commenter
    MANA JAM OMEGA TUU KAK JIJAH OII! HEHEHE CUKUP2LAH NAK MENIPU COVER LINE PUNN...
    • roslanbumi (signed in using yahoo)
      oi norel shah...ckp 2 jgn ckp sebarangan kalu kita tak nampak perbuatan tu jgn
      menuduh tak belajar agama dan tahu ke hukumnya...insafle kamu.

    • Rizal Rifin · Top Commenter
      roslanbumi Ade video kan...tgoklah...ooopss lupa pemimpin mereka kata besi mana bleh dijadikan bukti...

    • Mohd Azlan Talib · Top Commenter · Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
      roslan oi>btul la Norel Shah tya tu.dia bkn tuduh tp nk bukti.

  • Nan Asklinux · Top Commenter
    kalau dah terlepas cakap...minta maaf je laa..apa nak spin2 lagi? kami sebagai rakyat pun kesian kat hangpa sebab terpaksa bersetongkol dgn laki gang yg kemaruk nak jadi PM tu...

    • Adi Isa · Top Commenter
      Nan : cara Izzah berfikir tentang agama lain sikit, apa yang dia cakap semua betul, kita taknak faham bahawa mata hati kita akan terhijab apabila mata hati dan otak kita cuma fiir satu PUTRAJAYA, tak pernah nak bermuhasabah diri , inilah jadinya, kenapalah orang krisrian jadi moderator negara islam versi mana , mana ada versi versi, kan HJ Hadi Awang dah kata takda negara Islam Dalam Al Quran X FAHAM juga

    • Ismail Muhamad · Top Commenter
      Nan Ask,,,ko tahu jam omega si nuar aljuburi simpan kat mana?,,Alahai,,

  • Firqdaus Adzmi
    pada yg dok jd cai2 bodoh tu baca artikel nie lu....mmg btol la tok det ckap dalam u... xada owq cerdik pandai dahhh.....http://www.malaysiakini.com/news/166920.
  • apokato (signed in using yahoo)
    kak wan kena nasihat sikit kt dia...kempen2 jgk...toksah dok celupaq sgt...kesian kak wan laki nak kena jaga..anak nak kena jaga...jgn sampai tak ketahwan sudah...

  • Lae Sage Duke Sage · Top Commenter · Works at International University of Technology Twintech
    Ya ALLAH Ya TUHANKU..Hancurkanlah negara ini secepatnya agar manusia2 yg berhati syaitan boleh insaf dan sedar diatas segala perbuatan jahatnya..
    • uqapla (signed in using yahoo)
      3 Suku skru nut ada longgar..kene kasi ketat dgn screwdriver.>

  • Mohd GN · Top Commenter
    bila tengok puak umno bagi komen, terfikir juga, apalah malang nasib keluarga mereka kerana mempunyai ahli keluarga yg rendah akhlak dan ilmu islam.

  • Mohd Sharif Musa
    apa-apa pun sama-samalah kita audit diri kita sendiri, lebih baik daripada kita duk cari keaiban orang...menambah dosa je...

  • محمد ريزووان عبد الوهاب · Top Commenter · Universiti Malaysia Pahang
    "akan ada di akhir zaman dimana wujudnya fitnah terbesar di kalangan orang2 Islam".

  • Shaikh Mohamed Noordin · Top Commenter
    Inilah untungnya kalau parti dikuasai oleh sebuah keluarga, peranan Isteri dan Ibu tu memang penting, boleh jadi penyelamat keadaan keluarga dan juga parti. Bila si suami dia buat silap, si isteri tampil buat kenyataan, "Anwar merupakan satu Anugrah Tuhan kepada Malaysia". Bila dengar saja kenyataan si Isteri yang taat kepada si suaminya, habis tersentuh hati orang ramai melihat sikap terpuji si isteri tadi, lalu mereka pun bersempati dan beri sokongan moral kepada si isteri walau pun mereka tahu si suami terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral. Sebenarnya inilah helah seorang Presiden parti cuba menyelamatkan kedudukan Ketua Umum parti daripada terus tertekan.

    Begitu juga bila anaknya yang kena, si ibu pun tampil sambil mengusap-usap gambar anaknya dengan berkata “Kasihan Izzah. Sabarlah yes nak...”. Kalau tengok drama
    ...See More

    • Adi Isa · Top Commenter
      dsai pengarah, wan jijah pembantun pengarah, nurul pelakon utama, maka ramailah puak PR bersimpati,HATI HATI BANG.... INI BAB AQIDAH , MOGA ALLAH BUKA PINTU HATI 3 BERANAK NI MEMAHAMI ARTI KUASA, BUKAN KUASA DI TANGAN ITU SEGALA2NYA, KITA DILAHIRKAN SEORANG, MATI SEORANG, JAWAP DENGAN TUHAN SEORANG, AMAL DAN ANAK YANG SOLEH DAPAT MEMBANTU KITA, JADI APAHAL KALAU DAH BEBAS, ANAK ANAK IZZAH BOLEH JUNJUNG KAWADI KAT BATU CAFE, SIAPA PULAK NAK MENDOAKAN NANTI

  • Zaidi Osman · Top Commenter · USM Penang
    Soal ni kita kena dapatkan pandangan ulama muktabar untuk memberi pandangan dan pendapat. Kita jangan menghukum sebelum hukuman dijatuhkan.Mungkin ulama seperti mufti Selangor atau Jabatan Agama Islam boleh membuat kenyataan. Dalam kita berbicara gunakanlah bahasa yang baik dan akal fikiran yang bernas.

  • Pokcik Din · Guru at Bumi Allah SWT
    “Bagaimana Anda Boleh menjana pendaptan pasif hanya dengan telefon bimbit?
    http://cili.ws/plus

  • Adam Ramli · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai
    Kasihnya seorg ibu

  • Firqdaus Adzmi
    http://www.malaysiakini.com/news/166920
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.