Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YE LE ! YANG LAIN DALAM BN JUGA KENA SEBUT LAAAA !

'Jangan hanya tuduh Umno libat rasuah'
HIDAYAH HAIROM
12 November 2012
Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
 
KUALA LUMPUR - Persepsi rakyat kepada Umno terhadap gejala rasuah yang digambarkan seolah-olah hanya parti itu yang terlibat perlu dihakis kerana gejala tidak bermoral itu boleh melibatkan sesiapa sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gejala tersebut tidak mengenal parti, pangkat, jantina, mahupun kaum, yang ianya tetap salah di sisi undang-undang.


Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya menunding jari kepada Umno kerana sesuatu persepsi itu tidak semestinya benar.


"Jangan hanya menuduh rasuah ini hanya orang Umno itu tidak betul kerana rasuah ini merentas semua, tanpa mengenal siapa, yang mana rasuah ini adalah keruntuhan akhlak tanpa mengira apa juga partinya. Jika terlibat, salah tetap salah.


"Perlu menerima dengan terbuka bahawa sesungguhnya rasuah itu bukan hanya berlaku kepada orang-orang tertentu, parti-parti tertentu, tetapi rasuah berlaku kepada orang yang mempunyai nilai moral yang rendah," katanya pada sidang media selepas mengadakan Walkabout Penerangan Bajet 2013 di Terminal Bas Jalan Duta, di sini, hari ini.


Ahmad Maslan mengulas kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor bahawa cabaran parti tersebut ketika ini adalah menangani isu persepsi rasuah.


Beliau menegaskan, dalam konteks tersebut, kerajaan Barisan Nasional (BN) serius menangani isu itu bagi usaha membasmi rasuah.


Katanya, apa yang penting adalah usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan sendiri, yang dalam masa sama mahu sebagai langkah menghakis persepsi rakyat terhadap Umno.


"Adakah kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak ini membiarkan rasuah? Tidak. Adalah kerajaan tidak berbuat sesuatu? itu tidak betul, kerana yang penting, kerajaan BN ada petunjuk prestasi utama (KPI) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang mana terdapat tujuh perkara utama dan salah satunya membasmi rasuah," katanya


Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, pihaknya belum mempunyai sebarang rancangan untuk menetapkan agar setiap calon baru bagi pilihanraya umum akan datang, membuat pengisytiharan harta.


Katanya, sepanjang pengetahuannya perkara itu tidak pernah dibincangkannya, namun hanya semakan sama ada calon terlibat dengan perkara-perkara berkaitan bankrup sahaja dibuat.


"Masalah kita adalah senarai calon itu ramai, dan ia masih belum diputuskan, jadi jika mahu mereka ishtihar harta, mereka belum muktamad menjadi calon," katanya.

  • Ikan Masin · Top Commenter
    Tengku Adnan tidak berkata benar, kerana rasuah melibatkan UMNO bukan sekadar persepsi, realitinya ialah UMNO=RASUAH, seperti apa yang Maslan akui.

    Maslan pula berkata jangan hanya kata UMNO sehaja yang melakukan rasuah kerana selain UMNO=RASUAH banyak lagi golongan lain yang terlibat sama seperti UMNO.

    Kemudian Maslan pula cuba berbohong apabila beliau katakan Najib anti-rasuah, kerana apa yang terjadi dengan RM500 juta untuk Perimekar dan juga George Kent diberikan kontrak bernilai hampir RM1 billion oleh Najib, walaupun syarikat itu tidak layak. Tan Kay Hock merupakan kawan sekolah dan rakan bermain golf Najib.

    Kemudian AES diberi kepada syarikat kroni UMNO dan MCA, yang akan mendapat RM1400 juta setahun dari saman trafik.
  • David Choo · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    Saya sangat setuju, dalam mana-mana parti pun ada rasuah cuma banyak atau sedikit. Dalam parti UMPENYAMUN bukan setakat rasuah saja tetapi telah samun hak rakyat. Di dalam negara Malaysia ini, jika tidak di samun oleh UMPENYAMUN, tidak ada rakyat yang miskin, jalan-jalan raya tak perlu dibayar tol, jalan-jalan raya sekurang-kurangnya 2 lorong sehala dan dapat mengurangkan kemalangan, tidak ada yang menyamun perniagaan bukan bumiputra, tidak ada cukai makanan, kaum bumiputra tidak ditipu terus menerus, dalam mana-mana forum atau perjumpaan, berkobar-kobar pemimpin UMPENYAMUN berucap yg kononnya ingim membela kaum bumiputra tapi malangnya semua hak bumiputra disamun oleh pemimpin-pemimpin UMPENYAMUN manakala rakyat.........
    • Arif Adam · Top Commenter · HSBP
      nak tolak persepsi UMGOK dengan rasuah macamna,,guna jentolak maupun jentera berat tak boleh sbb dan sebati berkarat. Kalau kat badan dah jadi barah tahap kronik.
  • Mohd Hadi Havox · · Top Commenter
    I HELP YOU.
    YOU HELP ME.
  • Jari Kelingking · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    Biasenye yg rasuah ni memang dikalangan Pemimpin2 UMNO, orang lain xbuat.Sbb xde kepentingan ape2.Tengku Adnan, Adnan Yaacob ke, Ketua Menteri Melake ke.semuanye same.Besar kuase die makan besarlah die.Cube tanye bekas MB Pahang yg dah jadi Ketua Menteri.
  • Ex Para · · Top Commenter
    Masalahnya mati si minah pun kerana rasuah..
  • M Nizar A Khodir · Top Commenter · Works at Petronas
    Kalau nak compare siapa rasuah, sila tgk rumah pemimpin parti masing. Lihat rumah pemimpin PAS seperti Nik Aziz dan DS Hadi Awang, lihat rumah MB BN di tiap negeri, lihat rumah PM dan TPM, lihat rumah pemimpin PKR dan DAP, dari situ anda melihat siapa yg kuat rasuah. Ada pemimpin diberi rumah kerajaan negeri xpi duduk rumah sendiri, ada org duduk di rumah kerajaan, tapi membazirkan elektrik dan air tanpa ingat rakyat jelata. Pemimpin yg betul berjiwa rakyat adalah pemimpin yg hidup dgn gaya average rakyat Malaysia. Itulah pemimpin sejati.
  • Alias Abdullah · Top Commenter · St Gabriel's School, Kuala Lumpur
    Orang yang ada buat salah, mesti satu hari akan tersilap cakap pasal hal salah yang dia buat dengan tak sengaja. Ini hakikat. Jadi, Ahamd Maslan jangan lah buka mulut yang busuk tu. Tak payah cuba melindung orang kuat kamu. Sekarang sudah salah cakap, takde can kau bertanding lagi. Selamat tinggal.
  • Senah Aje · Top Commenter · Skjt
    RASUAH DAN KRONI ADALAH RUKUN DALAM UMNO....
    SBB ITU UMNO ADALAH PENGKHIANAT MELAYU.
    JGN LUPA ZAMAN TUN M DULU PERNAH DIADAKAN PERHIMPUNAN KHAS BINCANG TENTANG RASUAH DLM UMNO.....MELAYU MUDAH LUPA.
  • Azi Nang · Top Commenter · Temerloh
    Memang benar semua parti ada rasuah, dan rasuah ada didlm pelbagai bentuk tetapi Umno menjadi fokus kerana dia adalah salah satu parti yg sdg memerintah, apabila umno sebagai parti yg sdg memerintah, maka secara langsung terlibat didlm pengurusan negara.

    Masaalahnya ialah umno gagal mengawal rasuah didlm negara, malah ada ketikanya, melindungi pesalah rasuah bila melibatkan individu penting didlm umno, ini realiti bukan fantasi............yg lebih malang umno tidak boleh bertindak terhadap pesalah rasuah kerana jika bertindak, sebahagian besar pemimpin umno perlu ditangkap, jika begitu akan lenyaplah umno..................kerana itu selagi umno memerintah, rasuah tidak akan dapat di hapuskan.
  • Penjejak Badai · Top Commenter · SEKOLAH ATAP JE
    serius? he3 pala hotak UMNO.
  • Akif Ziyyad · Top Commenter · UiTM Puncak Alam
    realitinya..memang ade rasuah..
  • Muhammad Ashraff Lokman · Top Commenter · Maxwell High
    40 juta itu DERMA...
  • Rozak Zaki · Top Commenter · Design Engineer at Electro-Mechanical Engineering Technology
    SENARAI HARTA KEKAYAAN TAIB MAHMUD.. Dari mana dia dapat..rasuah ke, penyelewengan ke, saamun rompak ker... entah ler...

    30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn Bhd. Taib Mahmud & Arip Mahmud.

    31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria Square.
    Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

    32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd.
    Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

    33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn.
    Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

    34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip.
    Mahmud.
    ...See More
  • Ahmad Nordin · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
    Elok le. Mana2 pemimpin2 yang ada terlibat dengan amalan rasuah, dan juga yang sahih mengamalkan politik wang tu toksah dok simpan2 lagi.
  • Panduanweb Pro · Top Commenter
    Video izzah joy kantoi... => http://tinyurl.com/VideoIzzahJoy
  • Sangkakala Ajal · Top Commenter · Supervisor at Tanah Perkuburan
    INGT UMNO INGT RASUAH, INGT UMNO INGT LUCAH......
  • Amirazlisham Azlisham · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    Ingat PAS.... ingat kehilangan duit dalam Tabung Memali.... Ingat PAS ingat kehilangan share dalam koperasi al-Hilal.....Ingat PAS ingat janji Pelawak..... Jangan tak ingat.
    • Tsabit Zaid · Top Commenter
      Ada jugak si bangang ni mempertahan parti UBN rasuah!!!!! sahih akal terencat!!!!!!
    • Amirazlisham Azlisham · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      Kau yang terencat akal.... bahlul. Bercakap tanpa bukti....
    • Pakdoe Allan · Top Commenter
      Amirazlisham Azlisham : MANA PULAK HILANGNYA DUIT GANTI RUGI WANG PAMPASAN BURUH PAKSA BINA JALAN KERETA API MAUT YANG DIBAYAR KERAJAAN JEPUN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA....RM 207 BILION BRO...LAGI BANYAK...APA CITER?
  • Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiri
    kalau dan cikgu kencing berdiri murid kencing berlari tepat buat umno soros munafik.
  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    dah terbukti umno parti rasuah....seluruh dunia dah tahu.Ahmad..kalau kita buruk jangan nak samakan org lain dengan kita pulak.Macam Pak Pandir la pulak Ahmad ni...
  • Siti Jarum · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    Umno
    • Siti Jarum · Top Commenter · Kuching, Malaysia
      Umno sudah terkenal dengan parti rasuah so cukup-cukuplah Ahmad
    • Flat Ns · Top Commenter · Works at Dubai
      Umno bukan rasuah siti jarum. umno cuma mengamalkan politik wang sahaja. hehehehe....
    • keras kekong (signed in using Hotmail)
      Siti Jarum Sebut aje umno seluruh negara dah tahu sebab begitu sinonim dgn rasuah
  • Rozak Zaki · Top Commenter · Design Engineer at Electro-Mechanical Engineering Technology
    SENARAI HARTA KEKAYAAN TAIB MAHMUD.. Dari mana dia dapat..rasuah ke, penyelewengan ke, saamun rompak ker... entah ler...

    1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations.
    Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi.
    (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

    2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
    (anak Taib Mahmud).

    3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.

    4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

    5. 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad.
    (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd.
    ...See More
  • Seterik Farick · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    Lantaran itu sebagai rakyat, kita sepatutnya boleh menilai seseorang pemimpin mahupun calon ketika mengundi. Undilah calon yang kita kira bebas dari rasuah. Tak kisah lah dari pati mana pun. Undi lah calon, jangan undi patinya.
  • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
    betuil tu... tuduh pun bia r ng fkta k.. tgk ni http://bit.ly/Q7AWpi :P
  • Bro Otai · Top Commenter · Sepang New Village, Negeri Sembilan, Malaysia
    darimana datang nya anak kalau tidak dari ibu nya. darimana asal ibu kepada anak itu..cuba renungkan dan cari fakta yang betul.. siapa yang memerintah dan siapa yang berkuasa dan siapa pula yang menguat kuasakan undang2..bagaimana pula cara yang berkesan untuk membenteras rasuah? dan apakah bentuk perlaksanaan yang berkesan bagi membenteras rasuah..semua pembaca akan ada jawapan nya serta pandangan nya sendiri tetapi cukup saja saya mengatakan satu disini..mungkin anda tidak terfikir mutakhir ini umno telah merasuah rakyak dengan br1m dari situ apakah tujuannya..tidak lain tidak bukan kerana perlukan 1 undi dengan nilai dibayar sebanyak rm500 bagi satu undi pada umno..ini jelas sekali tidak terfikir kah olih kita dimana letak nya maruah bangsa kita dan apa pula pandangan orang dari negara luar..dari sini tuan puan akan nampak lebih banyak lagi tentang apa yang saya katakan ini..salam sejahtera untuk semua dan bukalah minda anda semua.
  • Bee End · Top Commenter · Bawah Titi
    Dah terantuk baru tergadah.... Yes mesti lah istiharkan harta...yang nampak salah tu jangan ler buat2 lupa.....
  • Aluna ZieShah · · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    bukan mnuduh tiada bukti.. yang kemukakan bukti di dakwa di mahkamah..itu lagi teruk.. untuk makluman menteri makan gaji buta, ahmad maslan tau dak yang indeks rasuah negara kita berada di tangga 64 dari 100 lebih negara.. sama taraf dengan afrika dan zimbabwe... itu pon TATAP SOKONG UMNO..bodoh.
  • Minah Manja Manja Kani · Top Commenter · Sekolah Menengah Garuda
    kenapa terasa hati yb... Isa samat apa kabar..... ali rustam apa kabar..... khir toyo apa kabar.... kak izat dan suami apa kabar.... hoi banyak nak sebut ne pendek kata siang malam asik berjaga2 saja nak sebut nama satu persatu...cuma nak ucapkan kabar ja.
  • DzulsharifDzul Sharif · Top Commenter · Works at Kuli-kuli sahaja
    UMNO = RASUAH memang tepat sekali.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.