Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
AG: Prosising kes saman AES dibekukan

18 Disember 2012
AES
Sistem AES
 
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Satu kenyataan dikeluarkan oleh jabatan itu petang ini menyebut bahawa langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.
 
Bagaimanapun menurut Jabatan Peguam Negara, saman berkaitan kesalahan AES yang dikeluarkan masih sah.

Kata Jabatan Peguam Negara, ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, pihaknya memutuskan untuk meneliti perkara berkenaan.

"Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang dibangkitkan," kata kenyataan jabatan itu.

Kata kenyataan itu, berkaitan dengan empat saman AES yang dilepaskan tetapi tidak bebas, Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula dan akan mendaftarkan semula jika memerlukan tindakan pendakwaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.