Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALAHAI, TAK AMBIL KESEMPATAN, MACAM DAH KUAT JEW !


Isu Pas Larut: Umno tak ambil kesempatan
Wartawan Sinar Harian
12 Disember 2012
Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
IPOH -  Umno Bahagian Larut tidak bergantung harap kepada kemelut dihadapi pihak lawan untuk mempertahankan empat kerusi di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketuanya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13 adalah hasil usaha dan kerja keras parti komponen dalam memenangi hati rakyat.


Menurutnya, sebarang isu atau masalah dihadapi lawan hanya memberikan sedikit kelebihan kepada BN.


“Ibarat bola sepak, jika pasukan lawan berhadapan masalah, peluang untuk kita menang agak cerah.


“Tetapi kita tidaklah bergantung pada masalah lawan kerana jentera sedia ada sudah cukup kuat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau berkata demikian mengulas kontroversi isu calon Pas Kawasan Larut yang semakin hangat diperkatakan.


Raja Ahmad Zainuddin berkata, isu melibatkan Pas itu tidak perlu diambil serius kerana ia melibatkan parti lawan dan tidak mengganggu Umno.


Menurutnya, isu berkenaan mungkin sekadar gimik politik pembangkang yang mahukan perhatian.


“Lebih baik kami tumpu pada gerak kerja pilihan raya daripada melayan mereka. Lagipun masalah yang dihadapi Umno sebelum ini sudah pun selesai dan kita sudah semakin kuat.


“Selepas tamat perhimpunan Agung Umno, semua ahli dan pemimpin parti di semua peringkat berkobar-kobar menantikan PRU13. Kita sudah bersedia menghadapinya,” katanya.


 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.