Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAM AHLI PERKASA UNDI PR

AHLI PERKASA WAJIB UNDI BN, BERDOSA BESAR JIKA UNDI PR, UNDI BN AKAN MASYUUUUUUK SYURGA,   UNDI PR MASUUUUK NERAKA -  Pak Karamu



Perkasa mahu ahlinya sokong MCA, kekal kuasa BN
JAMILAH HAMZAH
15 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Perkasa, yang mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Ketiga hari ini, yang terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), menyeru ahlinya sekitar 300,000 orang agar menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA meskipun pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyinggung kaum Melayu dan umat Islam.

Pertubuhan bukan kerajaan berusia empat tahun itu mengakui komponen-komponen seperti MCA dan Gerakan penyumbang kepada kemenangan Umno dalam PRU13, sekali gus mempertahkan kuasa BN.


Dalam ucapan dasarnya, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun hatinya terguris dengan kenyataan-kenyataan MCA sebelum ini, namun kemenangan parti komponen BN itu diperlukan dalam PRU13.


MCA pernah melabel Perkasa sebagai rasis, dan akan menyumbang kepada kekalahan BN dalam PRU13.


Sehubungan itu kata Ibrahim, pengundi khususnya ahli-ahli Perkasa tidak harus mendiskriminasi MCA dalam memberi sokongan demi mengekalkan kuasa Umno-BN.


Beliau berkata, kedua-dua MCA dan MIC adalah penyumbang untuk BN mendapat majoriti dua per tiga bagi  mencapai kemenangan di dalam PRU13.


"Saya pun terguris dengan kenyataan MCA sejak kebelakangan ini.


"Tapi janganlah kita membuat diskriminasi terhadap MCA atau pun MIC, kerana kemenangan mereka di dalam PRU13 adalah penyumbang untuk BN perolehi majoriti dua per tiga.


"Kemengan MCA dan MIC akan menyebabkan Umno terus mengemudi negara," kata beliau Perhimpunan Agung Perkasa Kali Ke-3 yang bertemakan "Hapuskan Petualang Bangsa dan Negara" di sini hari ini.


Sebelum ini, MCA dilihat sering dikecam Perkasa ekoran kenyataan parti itu yang turut menaikkan kemarahan orang Melayu yang beragama Islam mengenai isu hudud.


Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, walaupun kecewa dengan MCA, namun disebabkan semangat cintakan bangsa dan agama, pihaknya akan terus memberi sokongan kepada semua parti komponen BN.


Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat supaya membuat pilihan yang betul, bukannya berlandaskan emosi bagi membentuk kerajaan yang kuat.


Beliau berkata, rakyat tidak mempunyai pilihan selain memilih BN kerana Pakatan Rakyat tidak akan dapat mengatasi kerajaan sedia ada yang jelas mampu mengekalkan kesejahteraan negara.


Perhimpuan Agung Perkasa Kali Ke-3  dihadiri hampir seramai 5,000 peserta dari seluruh pelusuk negara.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.