Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEWANGAN PAS HANYA DARI POKET RAKYAT YANG SIMPATI

JANGAN TUDUH SEBARANGAN, KEWANGAN PAS ADALAH DATANG DARI KANTONG RAKYAT YANG BERSIMPATI DENGAN PERJUANGAN PAS YANG MAHU MENDAULATKAN HUKUM ALLAH, INFAQ SEKUPANG DUA DARI RAKYAT ADALAH JIHAD YANG BESARPak Karamu
Pakatan tidak pernah terima dana asing, kata Pas
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
11 Disember 2012
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
KUALA LUMPUR - Pas Pusat hari ini menempelak hasrat Bank Negara yang akan memantau sebarang kemasukan dana asing yang bertujuan membantu pertubuhan bukan kerajaan propembangkang mensabotaj Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, seingat beliau, tidak pernah berlaku kes seumpama itu dalam pembangkang bagi meneruskan survival politik mereka. 

"Setakat ini saya tak pernah dengar. Tak ada. Tapi Umno mungkin ada. Kes (Ketua Menteri Sabah) Musa Aman belum selesai lagi," katanya  pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau bertanya, "kalau Umno (pula) ambil dana asing sabotaj pembangkang macam mana?

"Kalau nak pantau, pantau ini kena teluslah. Memang kita ini istilah bantu pembangkang ini, saya tak pernah dengar dana asing ini yang membantu pembangkang," tambah beliau.
 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sebelum ini memberitahu Bank Negara akan memantau sebarang kemasukan dana asing menerusi badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan membantu pembangkang membiayai usaha mensabotaj Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ujarnya, jika perkara itu berlaku, Bank Negara pastinya dapat mengesan kegiatan itu.
"Kita akan dedahkan kepada umum supaya rakyat membuat penghakiman," katanya kelmarin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.