Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LANTAK LE ! YANG PENTING RAKYAT

Tuesday, December 11, 2012

Dr M pertahan Rosmah, mengatakan beliau berhak berprofil tinggi - diterbitkan oleh PBO™

 
KUALA LUMPUR, 11 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kehidupan berprofil tinggi Datin Seri Rosmah Mansor sambil mengatakan beliau berhak untuk mengekalkan cara sebegitu.

"Tiada ketetapan yang perlu dipenuhi jika kamu menjadi isteri perdana menteri (PM)," kata beliau kepada wartawan apabila ditanya mengenai isteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kamu boleh menonjol ikut suka kamu."

Dr Mahathir (gambar) juga memberi sokongannya kepada langkah Rosmah untuk menangkis kritikan status profil tinggi ke atasnya dan pelbagai tuduhan lain dengan menulis biografi.


"Saya rasa jika kamu terus buat tuduhan ke atas beliau dan beliau membalasnya jadi adakah ia terlalu berprofil tinggi?

"Adakah beliau perlu berdiam diri?"

Mantan PM tersebut yang menjadi pemangkin sokongan kepada pentadbiran Najib juga berkata kedudukan profil tinggi Rosmah adalah berpunca terhadap "semua jenis tuduhan itu."

"Jadi, beliau perlu buat pembetulan," tambah Dr Mahathir.

Semalam, Rosmah mengumumkan akan menjawab semua isu persoalan dan tuduhan "fitnah" ke atasnya dalam biografi yang akan dilancarkan Januari ini menurut penerbit Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM).

Penaung rasmi yayasan tersebut berkata satu bab di dalam buku setebal 164 muka surat itu adalah tentang isteri PM yang dikhaskan untuk menafikan tuduhan tetapi tidak menyatakannya dakwaan mana satu.



"Bab paling menarik adalah bab soal-jawab yang jujur, dan beliau (Rosmah) akan menjawab semua dengan jujur isu tersebut dan tuduhan," kata penasihat penerbit, Ahmad Maslan.

Beliau berkata perkara ini adalah antara tujuan utama penerbitan biografi ini, serta mengandungi banyak gambar dan butiran tentang kehidupan Rosmah daripada zaman kanak-kanak hinggalah sekarang.

"Jika ia mempunyai 10 objektif, satu akan menjadi jawapan ke atas tuduhan, untuk memberitahu cerita tentang diri beliau yang sebenarnya sering disalah faham.

"Ia bukan semata-mata untuk menjawab semua pertuduhan tetapi memberikan gambaran sebenar Rosmah dan apa yang diperjuangkannya," tambah Ahmad.

Pengeruso YAPM, Shamsulbahrin Ludin juga berkata orang awam perlu bersara untuk menunggu buku tersebut dilancarkan.

"Mesti tunggi, kami tunggu. Apa yang sudah disediakan akan dikaji dan apabila ia lengkap, ia akan terjawab," terang beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.