Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mahfuz menggesa JPJ pulangkan bayaran saman pesalah AES

December 18, 2012
 
KUALA LUMPUR, 18 Dis — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu memulangkan semula bayaran oleh pesalah trafik yang dikenakan saman kamera kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas membawa kes tersebut ke mahkamah, gesa Datuk Mahfuz Omar hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena itu (gambar) mendakwa agensi kerajaan tersebut menghentikan sementara penguatkuasaan kamera perangkap laju tersebut ekoran langkah semalam apabila menarik balik saman tersebut ke atas mereka yang dihadapkan ke mahkamah.

“Apabila saman ditarik balik, ia menunjukkan terdapat masalah dengan penguatkuasaan AES,” kata Mahfuz yang juga mengetuai sebuah kumpulan Kumpulan Anti Saman Ekor (KASE) kepada wartawan.

“Wang yang dibayar kepada kerajaan itu adalah wang haram... Ia hanya adil jika mereka pulangkan balik,” tambah beliau.

Peguam kumpulan tersebut, Zulhazmi Shariff yang juga hadir dalam sidang media hari ini menceritakan pegawai JPJ mengutip semula saman yang dibawa pesalah dan menyuruh mereka pulang tanpa perlu memasuki mahkamah semasa sebutan kes semalam.

Beliau juga berkata anak guamnya turut memberitahu bahawa timbalan pendakwaraya dengan diarahkan secara serta-merta untuk melepaskan pesalah yang hadir di mahkamah Putrajaya pagi ini, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan.

Pesalah tersebut juga mendakwa bahawa JPJ tidak memiliki dokumen yang berkaitan untuk mendakwa pesalah AES yang ditangkap.

Mahfuz dan Zulhazmi tidak menolak keputusan oleh pihak berkuasa tersebut adalah disebabkan empat bantahan yang diadakan oleh KASE di empat mahkamah minggu lepas.

KASE menuduh JPJ tidak mempunyai bidang kuasa dan penghakiman untuk mendakwa pesalah AES.

Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, Putrajaya dikatakan akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.
MENYUSUL LAGI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.