Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
 
KUALA LUMPUR - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ketiga Perkasa sambil menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Harussani yang menjadi perhatian arena politik sejak Pilihan Raya Umum 2008 menegaskan bahawa perjuangan yang dibawa beliau selama ini adalah demi agama dan umat Islam.


Beliau berkata, walaupun ada segelintir masyarakat yang melabelnya sebagai rasis dan kononnya mahu mencetuskan pemberontakan, namun semangatnya hanya mahu mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara.


"Saya tidak akan menyertai mana-mana parti atau NGO, biarpun saya sering ke sana ke mari bersama Perkasa dan Jati serta majlis Umno.


"Ada yang kata saya rasis dan mahu melakukan pemberontakan namun perjuangan saya adalah untuk memberi peringatan kepada bangsa Melayu dalam mempertahankan Islam," katanya pada Pehimpunan Agung Perkasa Kali Ke-3 di sini hari ini.