Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR kecewa polis tidak ambil tindakan serangan samseng di Tapah

December 18, 2012
PETALING JAYA, 18 Dis — PKR kecewa dengan pihak polis kerana tidak ambil tindakan terhadap samseng yang menyerang bas Jelajah Merdeka Rakyat mereka di Lebuh Raya Utara-Selatan semasa program sambutan Deepavali PKR Tapah Ahad lalu.

Menurut Setiausaha Pengelola PKR, Radin Shamsul Akmar Radin Shamsuddin, beliau menghubungi ketua polis daerah Tapah mengenai kejadian tersebut, namun tidak ada sebarang tindakan sehingga hari ini.

“Selepas satu jam kita menunggu namun polis tidak juga muncul,” kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengutuk serangan tersebut dan mendakwa Umno terlibat dengannya.

“Mereka kini seperti hilang punca, laksana meroyan dan tidak tentu arah,” kata Saifuddin dalam kenyataan yang dibaca oleh ketua penerangan parti tersebut, Dr Muhammad Nur Manuty.

Menurut  Muhammad Nur, tindakan samseng tersebut membuktikan bahawa Umno sudah terdesak kerana sokongan rakyat sudah beralih ke arah PR.

“Mereka dalam keadaan ‘desperate’, kerana berdasarkan risikan dari pihak mereka menunjukkan rakyat mahukan perubahan.

“Jadi mereka teruskan tindakan ini untuk menakut-nakutkan pembangkang, kata ini negara demokrasi... kalau samseng macam ni, ini satu tindakan bacul dan tidak bermaruah,” kata Muhammad Nur lagi.

Serangan terhadap bas jelajah Merdeka Rakyat sudah berlaku sebanyak empat kali, di Kelantan, Melaka, Johor dan baru-baru ini di Tapah.

Muhammad Nur juga berkata, kawat cam untuk pembaling cat di Melaka sudah dikenalpasti, namun polis masih tidak memberitahu sebarang hasil siasatan.

Semasa kejadian, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas.

Menurut Radin, insiden itu berlaku antara 6.30 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.