Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ye,ye mufti kena belasah hu hu hu


 Dah tuapuuuun mulut gatai !
 
Harun Taib: Mufti jangan campuri politik
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
18 Disember 2012
Harun Taib
Harun Taib
 
SHAH ALAM - Mufti-mufti dinasihat agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.


“Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).


“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya kepada
Sinar Harian semalam.

Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.


Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.


Amanat  Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.


Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.

 
 
  • Rusli Yasmin · Top Commenter · Works at Kuala Lumpur, Malaysia
    isu ni tahun 1981.. ucapan berdasarkan apa yg berlaku masa tu. banyak lagi perkara maksiat yg mufti tu patut tegur zaman sekarang.. isu aurat isteri-isteri pemimpin, isu rasuah, isu polis bunuh rakyat tp dilepaskan...
  • Wan Napi · Top Commenter
    ini lah perinsip orang2 terlebih pandai agama tak boleh di tegor..apatah tah lagi nak terima hakikat....
  • Akira Bakhtiar · Top Commenter · Malaysia Maritime Academy
    Mufti Perak dan Mufti WP sepatutnya suruh PM Najib agar tarik balik perkataan haram jadah yg di tujukan kpd peneroka felda. Suruh tarik balik semua kekayaan yg di miliki oleh pemimpin Umno ecara tidak sah. Suruh Umno tarik balik semua samseng yg sentiasa siap siaga utk serang semua program dan pergerakan PR. LAGI BAGUS KALAU JAWATAN MUFTI KPD DUA ORANG NI TARIK BALIK.
    • Akira Bakhtiar · Top Commenter · Malaysia Maritime Academy
      UMNO MEMANG AMALKAN POLITIK SUKU.AGAMA SUKU, HARTA SUKU, TAKHTA SUKU DAN POLITIK SUKU. ALTANTUYA PUN DAPAT SUKU BAHAGIAN SHJ DARI YG DI JANJIKAN KPD NYA OLEH "ORANG TERTENTU " DAN DATANG KE MALAYSIA NAK TUNTUT TIGA SUKU BAHAGIAN LAGI. " STAY STUPID AND VOTE PARTY TIGA SUKU UMNO"
  • Aizat Mohd · Top Commenter · University of Malaya
    Kesian dekat golongan ugama skrg...tegur sikit, dah kena tolak mentah2.. yg tolak tu pon dari golongan ugama. Tu yg terjadi nya bila politik tu diletakkan lebih tinggi @pn dikatakan setaraf dengan Islam
  • Desperado Des · Top Commenter · Blogger at Pilihan Anda by Desperado
    Pik nik kata dulu, isle ngan agama tak boleh pisah, mai dio ni pulok, tk bagi oghe agamo kacau hal politik...mano satu ni weh?
    • Rusli Yasmin · Top Commenter · Works at Kuala Lumpur, Malaysia
      tu la baca bagi phm dulu berita tu... "kalau mufti tu tak tahu pasal sejarah tak payah komen pasal politik"
    • Rusli Yasmin · Top Commenter · Works at Kuala Lumpur, Malaysia
      isu dah 31 tahun dulu.. bnyk isu skrg yg lagi wajib mufti tu tegur.. isu rosmah tak mahu menutup auratnya, menari bollywood pastu bangga.. patutnya mufti ni tegur
    • Float High · Top Commenter · Kulim
      HARUN TAIB 1000 TAHUN SEKALI PUN KALAU SALAH TETAP SALAH KALAU TAK INSAF DAN BERTAUBAT,DIA MASIH BERSALAH,TAMBAH2 LAGI DALAM ISU UGAMA.SAORANG PEMIMPIN YANG SEBEGINILAH TELAH MENGHANCUR PENGIKUTNYA DENGAN CARA YANG BIJAKSANA..TERIMA KASIH DI ATAS KESANGGUPAN KAMU UNTUK MEMBELA KEMUNGKARAN YANG NYATA KERANA KEPENTINGAN DIRI..SYABAS...SEMOGA MAKIN RAMAILAH AKAN MENGIKUT JEJAK KAMU DAN AKAN DI HIMPUNKAN DALAM SATU KUMPULAN DI PADANG MASYAR NANTI....
  • Ab Wahab Jusoh · Top Commenter · University of Malaya
    Mufti ada kalanya perlu bangkit balik peristiwa lama yg mungkin benilai untuk kesinambungan dan talian hayat masing2. Mufti sepatutnya lihat apa yg berlaku masa ini dan masa dpn dan menegur apa yg patut bukannya mencari perkara2 yg blh memecahkan perpadua umat
  • Ahmad Ziakari · Top Commenter
    Tuk Mufti kena tegur Brahim Ali yang kata orang Melayu Islam tak boleh maju kerana tidak dibolehkan berniaga judi, arak dan hiburan. Ini betul-betul menghina Islam.
  • Zarrin Za · Pusat Stam Ikram
    sedih nya jadi mufti...berkata benar pun suruh tutup mulut
  • Wan Ajiz · Top Commenter · Ala kat kg aja
    Mufti tu siapa weh ... belum perintah negara nak tutup mulut mufti dah.!! Politik dan Agama tak bulis dipisahkan so ...mengapa keluar arahan ditaktor pulak ni ...hahahahaha ....pening main puak ni ... kalu ulas ala masuk sokong laa kalau tak berapa sedap dengar ... gini lah jadinya.!!
    • Khalid Embong
      http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/15338-alamat-besar-pembubaran-parlimen-sudah-muncul
  • Nazriaziz Alsheikh · Top Commenter · Pemulung Hati dan Jiwa Rakyat Marhaen at Bangsaku
    Sudah dekat PRU13, mufti2 ini dapat arahan dari pemimpin UMngokporNO supaya main dan spin semula isu kafir-mengkafir. PAS jangan terperangkap dengan isu yang dicipta oleh OMngokporNO ini. Modus operandusnya sama macam Yahudi.
  • Khatijah Hamzah Khatijah Hamzah · Top Commenter
    amanat 31tahun dulu org pun doh lupalah.
  • Usop Deen · Top Commenter · High School Career Magnet
    mufti tak bole campur politik??!!!kalau ulamak2 mengeluarkan fatwa yang bukan2 tak kan mufti nak diam.kadang 2 ada ulamak yang bingai....ttunjuk pandai lepas tu takut dengan DAP!!!!!
    • Seterik Farick · Top Commenter · Kuching, Malaysia
      Aku sokong BN. Pas tak takut DAP. Pas berkerjasama dengan DAP untuk kuasa politik ke Putrajaya. Yang pasti takut DAP ialah BN. PR semakin kuat kerana penyatuan tiga serangkai PKR, DAP N PAS.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.