Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Negara ini sudah berubah, kata Hadi kepada Kuan Yew

Harakahdaily,31 Mac 2012

(Abdul Hadi menerima papan tanda penubuhan DHPP Taman Dato' Dr Tan Tiong Hong dari Mr Chan)

SELAYANG, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew bahawa masyarakat negara ini sudah berubah.

"Kalau dahulu mereka berpisah antara kaum-kaum, kini mereka sudah boleh bertemu dan bekerjasama. Buktinya pilihan raya 2008, mereka bersatu menolak BN," kata Abdul Hadi.


Beliau menceritakan perkara ini kepada masyarakat Cina Taman Daya, Kepong yang menyertai majlis hi tea bersama beliau petang tadi.

(Abdul Hadi berucap di Taman Daya, Selayang)

Lebih 300 masyarakat Cina, India dan Melayu tempatan menyertai majlis bersama beliau itu. Turut serta Tian Chua, Naib Presiden PKR.

Di majlis itu, beliau turut merasmikan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS cawangan Taman Datuk Dr Tan Tiong Hong.

Ia dibuat melalui penyerahan papan tanda dewan itu oleh Mr Chan, Pengerusinya.

Mr Chan mempunyai hubungan yang sentimental dengan Abdul Hadi sejak tahun 2004 lagi.

Ketika itu, kawasan perumahan beliau di Kepong Hulu (yang terletak bersebelahan Taman Daya) sentiasa sahaja berlaku banjir kilat akibat dari peparitan dan sungai tidak baik.

(Mr Chan berkata sesuatu kepada Abdul Hadi dengan diperhatikan bekas YDP PAS Selayang Haji Mohamad [kiri sekali] dan Zaidi, YDP PAS Selayang sekarang)

Abdul Hadi selaku ahli Parlimen telah membangkitkan perkara itu dan menyebabkan ia telah dibaiki.

Sejak itu, banjir kilat jarang berlaku di kawasan perumahan yang didiami Mr Chan.

Hari ini, Mr Chan adalah pihak yang paling gembira kerana hajat beliau untuk membawa Abdul Hadi ke kawasannya berhasil.

Dalam pertemuan hari ini, Abdul Hadi memberitahu, tiga bulan lalu beliau menemui Lee Kuan Yew di Singapura.

Ia sebagai kunjungan balas beliau ke atas kunjungan Lee terhadap beliau dan pemimpin PAS yang lain sebelum ini.

Abdul Hadi juga memberitahu hadirin, kekayaan negara ini adalah milik semua rakyatnya.

(Hasil lukisan kanak-kanak Taman Daya)

"Islam mengajar kami kena hidup bersatu padu. Kita mesti campur dengan semua orang kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain.

"Ada bangsa yang tanam sayur, ada yang memotong getah, ada yang tanam padi dan ada yang berniaga dan ada juga yang jadi nelayan...kita semua perlu berkerjasama antara satu sama lain untuk keperluan kita bersama," kata beliau.

Beliau juga menolak hanya Barisan Nasional sahaja yang boleh membuat pembangunan.

"Masalah yang kita hadapi sekarang adalah bagaimana mahu membuat pembangunan tanpa menipu rakyat.

"Kita sudah bagi peluang lebih 50 tahun kepada BN, banyak orang yang susah kerana pemerintahan mereka yang penuh tipu," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua yang hadir mengajak rakan-rakan mereka yang tidak hadir untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum ini.

Tian Chua dalam ucapannya juga membawa tema yang sama iaitu tipu.

Bagi beliau, BN terus kekal memerintah negara ini dengan cara tipu.


"Kali ini, ada lebih 390 buah rumah di negara ini yang mempunyai pengundi 100 orang lebih pada rumah berkenaan.


(Antara orang ramai yang memenuhi padang awam Taman Daya bagi mendengar ucapan pemimpin Pakatan)

"Nampaknya negara kita begitu miskin...sebuah rumah, lebih 100 orang rakyat tinggal di atasnya...lembu pun sudah tinggal di banglo," sindir beliau disambut tepukan gemuruh hadirin.

Tian Chua, anggota Parlimen Batu berkata demikian ketika memberitahu betapa BN cuba menipu dengan mendaftarkan lebih 100 orang di atas satu alamat yang sama.

"Sekarang Parlimen sedang bersidang. Atas meja kami ada satu rang undang-undang untuk memohon perbelanjaan tambahan.

"Bayangkan, kerajaan sudah terlebih belanja RM10 bilion dari bajet mereka tahun lalu," kata Tian Chua.

Bagi beliau, Pakatan Rakyat bukannya gilakan kuasa sangat tetapi yang boleh menyelesaikan masalah negara sekarang adalah dengan sistem politik yang bebas dan telus.

Selain mendengar ucapan, orang ramai yang datang juga memeriksa tahap kesihatan mereka di samping menyemak nama mereka dalam daftar pemilih.

Pertandingan melukis dan mewarna di kalangan k

31 March 2012

NAJIB PUCAT GIGI : KES BAKAL DIBICARAKAN DI PERANCIS, PRU 13 DITANGGUHKAN?


Adakah Najib bakal disapina untuk menjadi saksi pada perbicaraan berkaitan komisen kapal Scorpene di Perancis tidak lama lagi? Jika beliau sapina sudah tentu banyak perkara akan terdedah. Mungkin ia akan menjejaskan tarikh pembubaran parlimen dan landskap politik Malaysia.
NONE
Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.Pada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM77.3 bilion.Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan se;anjutnya."Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis," katanya kepada Malaysiakini."Ini memang cabaran besar kepada tetapi kami berbesar hati kerana kes itu bergerak ke arah yang betul dan memberi momentum," tambahnya.altantuya and son 050309Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib didakwa membunuh Altantuya Sharibuu pada tahun 2006, tetapi selepas dibicarakan beliau kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.

31 MARCH 2012

PRU13 - Panglima Pas Sudah Bersedia Untuk Tawan Johor

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akhirnya mengesahkan hasrat mahu bertanding di Johor, kampung halamannya, dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun belum menetapkan mana-mana kerusi, beliau berkata kerusi seperti Pulai, Tanjung Piai dan Batu Pahat "dilihat menarik" untuknya pada masa ini.

"Saya tiada masalah jika pucuk kepimpinan parti sedia beri laluan di kerusi-kerusi yang saya sebutkan tadi," katanya kini yang bertugas sebagai anggota parlimen Kubang Kerian, Kelan

DOC TU PANDAI KE ?

Kali pertama Mahathir cakap benda betoi ?


Dr M akui: Umno kekurangan cerdik pandai Melayu

Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad akhirnya mendedahkan. Pimpinan tinggi Umno sengaja menahan golongan bijak pandai melayu sebagai rancangan untuk terus berkuasa antara sesama mereka, dan mengakibatkan keadaan sekarang bila parti kekurangan bakat baru terutama di peringkat tertinggi.

“ Sejak berdekad yang lalu, Umno tidak membenarkan mereka yang bijak menganggotai parti. Sebab itu ramai doktor masuk PAS. Ini membuatkan susah untuk Umno mendapat calun sesuai untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya.” Mahathir memberitahuBernama rabu lepas.

Siapa patut dipersalahkan ?

PAS DAN PKR

POLITIK MALAYSIA GILA

RAKYAT JANGAN JADI PANDAI, JIKA PANDAI NANTI PEMERINTAH TAK DAPAT TIPU, ANADAI TAK DAPAT TIPU MAKA NANTI AKAN HILANG KUASA

Malaysia akan menghadapai pilihanraya umum, tarikhnya belum lagi tahu bila, jika pemimpin UMNO nampak ada isu besar untuk jadi modal pilihanraya yang  menguntungkannya maka UMNO akan istiharkan pilihanraya kadar segera jika tidak mereka akan cari isu atau mencipta isu, tak kira sama ada isu dalam kain atau luar kain, asalkan rakyat terima atau minat

Rakyat Malaysia terdiri dari keturunan melayu, cina, india, dan kaum bumi kat Sabah dan Sarawak, diantara suku kaum ini  maka kaum melayulah yang pandai berpolitik, kedua india, ketiga cina dan keempat kaum di Sabah dan Sarawak, 

Pandai didalam arena politik maksudnya pandai kelentong, pandai tipu, pandai muslihat, pandai tabur janji, pandai rasuah, pandai menyamun harta rakyat, pandai berkroni, pandai gunakan polis/Tentera/ SPR dan agensi kerajaan yang lain

Andainya kerajaan yang ada tidak pandai tipu maka mereka sudah lama bungkus dan gulung tikar, didalam hidup berpolitik orang melayu umpamanya semua itu bukanlah budaya melayu akan tetapi itu semua adalah budaya Yahudi dan Nasrani yang ditiru oleh bangsa melayu yang sangat suka meniru untuk kepentingan diri dan kroni

Mana-mana orang melayu yang berminat sangat berpolitik maka mereka akan memainkan isu bangsa melayu iaitu bangsa mereka sendiri supaya dijadikan senjata untuk dijadikan pusaka bangsa kalau boleh ia akan membakar semangat bangsa  untuk menakutkan orang lain, andainya orang lain tak takut maka mereka akan gunakan polis/Tentera untuk menakutkan mangsanya

MELAYU BODOH/MELAYU PANDAI

Di negara ini ada melayu bodoh dan melayu pandai, melayu pandai adalah melayu UMNO sementara melayu bodoh adalah melayu yang ada didalam PR, melayu pandai makan daging lembu setiap hari sementara melayu bodoh makan pucuk ubi dan jantung pisang dan sambal belacan setiap hari

Melayu pandai iaitu UMNO kalau boleh mereka nak humban melayu bodoh ni jauh-jauh supaya jangan kacau mereka berpolitik dan berkroni, sementara melayu bodoh mahukan melayu pandai jatuh dari lubuk kuasa tapi mereka takut sebab mereka memang bodoh, sebab itu banyak perkara yang berlaku terhadap mereka maka mereka berdiam diri saja


RAKYAT KENA TEGAS, JANGAN PERCAYA SESIAPA

KENAPA S.P.R KATA SAYA SUDAH MATI?


http://4.bp.blogspot.com/-O_DMn4715VU/T3XUDse3pII/AAAAAAAAHAI/DFNO62Gkq_E/s1600/MG_6200.jpg

Nama hilang daftar pemilih, SPR maklum Ivan Ho sudah ‘mati’

KUALA LUMPUR 30 Mac: Seorang pengundi terkejut apabila mendapati beliau sudah mati mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia terbongkar apabila Ivan Ho Heng Thong, 54, melalui Setiausaha Ranting KEADILAN Taman Pekan Baru, Delren Douglas membuat semakan ke atas punca kehilangan nama Ivan dari daftar pemilih sebelum ini.

Kata Delren, Ivan cuba mendaftar namanya sebagai pemilih di pejabat pos Pudu pagi tadi tetapi tidak boleh kerana pernah mendaftar sebelum ini manakala laman web SPR juga tiada rekod.


“Saya kemudian ke pejabat SPR Putrajaya. Mengikut mereka, Ivan dikeluarkan daripada senarai pengundi kerana beliau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengisytihar mati oleh JPN,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Berita kehilangan nama Ivan Ho disiar Suara Keadilanedisi 58 sekitar dua minggu lalu. Beliau membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Maclalu selepas menyedari namanya hilang dalam daftar pemilih walaupun pernah lima kali mengundi di Bukit Lanjan.

Beliau juga mengundi pada pilihan raya (PRU) ke-12 pada 2008.

- Keadilan Daily

ANUAR TAK LAYAK JADI PM ?

Jumaat, 30 Mac 2012

Ini Saja Cara Yang Ada Apabila Dah Hampir Nak Mati...

‘Anwar Tidak Layak Jadi Pemimpin Negara’. Itulah kenyataan terbaru Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sebelum ini juga sering terbaca di dada media kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno dipelbagai peringkat bahawa Anwar tidak layak jadi PM.

Secara psikologinya dengan menghubungkaitkan perkataan Anwar dan PM telah memberi isyarat bahawa kebimbangan paling kronik BN terhadap potensi Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Setelah 12 kali diadakan Pilihanraya Umum (PRU), isu Anwar menjadi PM atau pembangkang menguasai pentadbiran negara tidak pernah wujud.

Bagi para penganalisa politik maupun orang politik, agenda dan strategi politik Umno-BN amat mudah dibaca. Maklumlah setelah lebih 54 tahun menguasai negara. Skrip dan sejarah Umno tidak pernah berubah walaupun perlaksanaannya agak berbeza.

Secara rawaknya, apa yang ditakuti pemimpin-pemimpin Umno-BN akan diterjemah dalam bentuk menyerang atau menyalahkan pembangkang.

Lebih hebat dan kuat diserang menunjukkan itulah yang ditakuti atau cuba dihindari.
Mengapa Anwar di serang Menurut Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke yang pernah di temubual penulis suatu ketika dahulu menganggap tindakan menyerang Anwar disebabkan Anwar di lihat sebagai pencetus kesedaran rakyat terhadap kezaliman Umno-BN.

Selain itu menurut MP Rasah itu lagi, Anwar juga dilihat sebagai lambang kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Kata beliau, Karisma Anwar yang berjaya menyatukan PAS-DAP-PKR dalam PR telah memberi ancaman besar kepada dominasi BN yang telah menguasai negara sejak 54 tahun.

Kenyataan Loke tersebut memberikan pelbagai gambaran bahawa rakyat telah berjaya melihat suatu pilihan baru menerusi kuasa politik untuk menyingkirkan Umno-BN.

Cubaan menjatuhkan Anwar bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM. Anwar cuba di singkir Dr Mahathir disebabkan tindakan Anwar yang lantang mengkritik beliau yang membantu anak-anak serta para kroni.

Dr Mahathir cuba mencari kesalahan Anwar berhubung apa-apa amalan kronisme atau rasuah setelah hampir lapan tahun Anwar berada dalam kerajaan. Namun tidak ditemui sebarang kes.
Sebagai langkah terakhir, Dr Mahathir terpaksa menyingkirkan Anwar menggunakan jalan tidak halal. Anwar di fitnah berhubung isu moral yang sengaja dicipta sehingga bekas timbalannya itu di penjara selama enam tahun.

Anwar dibebaskan ketika Tun Abdullah menjadi PM disebabkan beliau menyedari tindakan memenjarakan Anwar merupakan tindakan fitnah Dr Mahathir untuk menamatkan kerjaya MP Permatang Pauh tersebut.

Tindakan tersebut telah mengundang kemarahan Dr Mahathir yang amat sangat kepada Abdullah. Hinggakan setiap kenyataan Dr Mahathir hingga ke saat ini pun sering menyerang Abdullah dalam apa jua keadaan.

Selepas tamat PRU 12 lalu dan setelah Najib dipilih menjadi PM, Dr Mahathir turut mengambil peranan aktif membantu Najib.

Setelah menyaksikan kemampuan PR menguasai lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Najib dan Dr Mahathir mula merasakan gelombang kebangkitan reformasi  rakyat semakin aktif.

Andai ketika Di zaman Dr Mahathir rakyat bangun dan memprotes dijalanan kini di parlimen dan di media seperti blog, facebook, twitter dan media-media alternatif semakin galak mendedah pelbagai penyelewengan kerajaan.

Akhirnya mungkin di atas nasihat Dr Mahathir dan Penasihat Yahudi APCO, Najib cuba mengulangi skrip lama menyerang Anwar.

Pembebasan Anwar dari fitnah Liwat 2 ketika gerakan 901 lalu tidak terhenti disitu sahaja. Malah menjadi bertambah hebat.

Hinggakan tidak ada satu hari pun media-media milik kerajaan berhenti menyerang Anwar.
Begitu juga dengan media-media yang dahululunya menyiarkan bahan-bahan ‘fair story’ seperti Sinar harian juga tidak lagi bersifat sebagaimana sebelumnya.

Hal ini bukan suatu yang menghairankan kerana hampir setiap kali dekat PRU, pemimpin-pemimpin Umno-BN akan bertindak menaja beberapa muka surat di akhbar.

Apatah lagi keluaran Sinar Harian edisi Selangor. Setelah peruntukan RM2.71 bilion dari duit titik peluh rakyat diberikan kepada Umno Selangor, dana tersebut boleh diperguna untuk tujuan tersebut.

Kalau anda kurang yakin, cuba lihat Sinar Harian edisi Selangor sejak kebelakangan ini dari muka surat hadapan hingga muka surat tiga atau empat. Hampir kesemuanya menjurus ke arah menyerang atau memperlekeh kerajaan Pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perlu jua di ingat Anwar Ibrahim merupakan penasihat ekonomi Selangor. Memperkecil, memperlekeh atau menyerang kerajaan Selangor juga bertujuan menyerang Anwar secara halus.
Takut Dihakimi rakyat Rakyat juga telah bosan dengan amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa, ugutan dan sogokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN selama ini.

Selain itu kemampuan PR membongkar pelbagai penyelewengan berserta fakta-fakta sahih menjadikan Umno-BN semakin terdesak dan sukar melepaskan diri.

Penyelewengan yang berjaya dibongkar PR berhubung penyelewengan dana rakyat NFC berjumlah RM250 juta melibatkan seorang menteri yang juga Ketua Wanita Umno berjaya meyakinkan rakyat berhubung keupayaan PR.

Begitu juga dengan amalan kenyataan yang menjadikan bukti dan fakta membuktikan integriti serta karisma PR dilihat amat sihat dimata rakyat.

Sebagai jalan keluar Umno-BN cuba mencari jalan mencari kelemahan dalam kerajaan-kerajaan negeri PR namun kesemuanya bersifat tuduhan dan fitnah dan tanpa bukti. Akhirnya hanya retorik dan fitnah dijaja didada media milik kerajaan.

Katak-Katak mula beraksi Tindakan Anwar menyaman Utusan Malaysia awal Mac lalu sebanyak RM100 juta menjadikan akhbar tersebut semakin gelabah.

Tindakan saman tersebut mmberi kesan yang besar kepada integriti media tersebut. Sebelum ini beberapa kes fitnah oleh media arus perdana dimenangi oleh pemimpin PR Seperti kes Mahfuz Omar.

Sebagai jalan keluar, media tersebut cuba mendapatkan ‘katak-katak’ untuk menyerang kembali Anwar. Sebagaimana kebiasaannya katak-katak ini melemparkan retorik politik tanpa fakta.

Bagi katak-katak tersebut inilah masanya yang amat di nanti-nantikan kerana berpeluang untuk menarik perhatian Najib dan pemimpin-pemimpin Umno.

Ini juga peluang untuk membolehkan mereka dipilih oleh Najib untuk menjadi calon dalam PRU 13 nanti. Bagi Najib pula barang siapa yang ‘kuat’ menyerang Anwar, orang itu akan menjadi perhatiannya.

Hal ini di buktikan apabila bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor dan bekas rakan Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dilantik menjadi Senator setelah berpaling tadah dan bertindak menyerang Ketua Umum PKR tersebut.

Tindakan Najib ini telah mengundang kemarahan ramai pemimpin-pemimpin Umno yang telah lama berjuang dalam Umno namun tidak diberi perhatian.

Hal yang sama berlaku kepada ramai lagi katak-katak yang kebelakangan ini diberi ruang di media milik Umno.

Mengulas hal ini, Anwar dalam ucapan ketika di Malam Terakhir Konvensyen PR di Alor Setar lalu berkata “Barang siapa yang mengata atau mengaibkan saya ketika ini akan mendapat saham yang tinggi dari Najib.

Justeru tindakan bijak Anwar enggan melayan katak-katak ini telah menjadikan mereka semakin resah. Niat untuk menarik perhatian Najib serta pemimpin-pemimpin tertinggi Umno menjadi punah.

Alih Perhatian Berdasarkan fakta kewartawanan, tindakan media milik Umno yang menyerang Anwar bertali arus bertujuan mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan kepincangan dalam kerajaan.

Rakyat cuba di cuaikan dengan budaya fitnah, prono dan mengaibkan orang lain sebagai suatu pelarian yang tidak bermoral.

Tidak ada jalan lain yang dilihat oleh Najib dan pemimpin-pemimpin Umno termasuk penasihat Yahudi APCO selain mengaibkan Anwar di mata rakyat.

Negeri-negeri PR telah terbukti berjaya dalam pentadbiran baik di Selangor, Pulau Pinang , Kelantan dan Kedah.

Keempat-empat negeri ini merupakan empat negeri teratas penyumbang kepada kemasukan pelaburan asing (FDI) kepada Malaysia. Manakala Selangor pula menyumbang sebanyak 22 peratus dari pendapatan ekonomi negara.

Retorik kononnya berlaku pelbagai penyelewengan dalam kerajaan PR hanya merupakan momokan tak berasas yang dihidang oleh media milik Umno.

Sedangkan apabila dipinta bukti dan fakta pelbagai alasan kosong dikemukakan. Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar pernah pada awal Mac lalu menyatakan beliau memperoleh bukti berlaku penyelewengan pasir di Selangor. Justeru beberapa pemimpin PR mencabar beliau membuktikannya di sesi SELCAT. Namun beliau gagal untuk hadir memberi keterangan.
Media ikat tangannya kebelakang
Dalam konteks politik, PR sememangnya mengharapkan media arus perdana ini terus bersikap sedemikian. Ini disebabkan bukan sekadar amalan kebebasan media namun jauh dari itu.

Tindakan membiarkan media arus perdana tenggelam dalam arus dan mitosnya tersendiri menguntungkan PR. Bayangkan dengan adanya sembian saluran media eletronik, 27 saluran radio dan hampir 12 saluran media cetak harian Umno-BN sedang berada dalam keadaan tidak selamat dalam PRU 13 ini.

Sedangkan pembangkang dan PR hanya memiliki tiga saluran media cetak, Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini yang terbitannya seminggu sekali. Pun begitu penjualannya juga amat terhad hanya dibeberapa lokasi yang dibenarkan sahaja.

Manakala media eletronik pula sekadar dibeberapa sesawang alam maya yang diasaskan oleh individu yang simpati dengan perjuangan PR.

Selain itu kekangan media yang keterlaluan di kenakan kepada media milik PR. Setiap berita dan laporan perlu menyertakan bukti dan fakta yang benar dan tepat kerana sentiasa dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tersilap perkataan atau fakta, para editor akan dipanggil dan dipersoal. Penulis sendiri pernah dikenakan tindakan dipanggil oleh KDN walaupun tidak terdapat apa-apa kesalahan dalam penulisan tetapi sengaja cuba ditakutkan oleh KDN.

Sedangkan media milik Umno diberi sebegitu besar imunit. Gejala inilah yang menjadikan pengamal media pembangkang lebih matang dan mampu mengenalpasti kehendak dan permintaan rakyat dari pelbagai lapisan.
Pemimpin perlu jiwa yang besar Momentum rakyat yang mahukan keadilan dalam pelbagai isu termasuk menghalang budaya fitnah dan prono semakin menular. Malah rakyat juga faham tindakan menyerang Anwar bertujauan mengalih perhatian rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan.

Najib sendiri dalam kenyataannya berhubung isu kebocoran maklumat mesyuarat felda baru-baru ini membuktikan lagi keyakinan rakyat terhadap Umno-BN semakin susut.

Hinggakan segala maklumat sulit kerajaan dibocorkan oleh rakyat yang tidak sanggup lagi bersengkol dengan kerajaan yang melakukan pelbagai penipuan terhadap dana rakyat.

Rakyat juga tidak rela lagi diperbodoh dan menjadi kuda tunggangan pemimpin-pemimpin gila rasuah dan kronisme.

Rakyat sudah bosan dengan segala penipuan dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin Umno-BN yang telah lebih 50 tahun menipu rakyat.

Hakikatnya rakyat sudah ada pilihan untuk menggantikan Umno-BN dari terus bermaharajalele meratah khazanah negara.

Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja boleh menjadi PM walau pun isterinya tidak punya koleksi beg tangan puluhan pasang atau cincin berlian bernilai RM24 juta.

Friday, March 30

WAJIB TAU: Anak muda jangan dok nganga...

Layak mengundi jika daftar pemilih sebelum Ahad ini

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPTST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun ke atas.

Pada masa yang sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) iaitu proses pendaftaran dijalankan setiap hari manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.-
Kosmo

WHAT ? WANITA LEMBU ?

Friday, March 30, 2012

Wan Azizah jangan jadi isteri tak bermaruah kata Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang


Sebelum itu.. aku minta maaf kalau gambar di atas bukanlah gambar Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang pasal aku tak berapa kenal macam mana rupa dia sebenar..


Maklumlah setelah dia menang PRU lepas dan menjadi ADUN bagi Kawasan Bertam dia dah berpindah ke Sungai Petani..

Meninggalkan pengundi-pengundi dia terngaga-nganga...

Menurut Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab ini Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seharusnya menyatakan pendirian terhadap tuduhan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang biseksual oleh Senator Datuk S Nallakurappan.

Zabariah Wahab berkata sebagai seorang isteri, Dr Wan Azizah tidak harus mendiamkan diri kerana ia bukan sahaja membabitkan dirinya malah keseluruhan maruah keluarganya sendiri.

Bagi aku.. adalah lebih baik DS Wan Azizah tidak melayan fitnah dari manusia yang tidak kenal dosa dan pahala itu kerana Nallakurap pan itu adalah seorang kafir.

Dan adalah lebih baik juga DS Wan Azizah tidak menari mengikut paluan gendang, paluan gendang manusia bodoh tunggangan UMNO yang mula menyalak bila pilihanraya hampir tiba..

Samada DS Wan Azizah menjawab atau tidak fitnah tersebut ianya sikitpun tidak menjejaskan maruahnya dan keluarganya kerana itu adalah Fitnah..

Pendapat aku.. adalah lebih tidak bermaruah jika jika sanggup mempertahankan Ketua kita yang jelas keluarganya menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 Juta itu..

Bermaruahkah kita jika kita sanggup digelar sebagai Lembu hanya kerana mempertahankan mereka itu..

Sila baca kenyataan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang yang sanggup digelar lembu demi Sharizat itu di ( SINI )

***************************************

Wan Azizah jangan jadi isteri tak bermaruah - Ketua Wanita Pulau Pinang 

 

Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diminta menyatakan pendirian terhadap tuduhan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang biseksual oleh Senator Datuk S Nallakurappan .

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata sebagai seorang isteri, Dr Wan Azizah tidak harus mendiamkan diri kerana ia bukan sahaja membabitkan dirinya malah keseluruhan maruh keluarganya sendiri.

“Mengapa sehingga kini Dr Wan Azizah masih mendiamkan diri, tuduhan Anwar seorang biseksual adalah suatu tuduhan berat, sikap berdiam dirinya sehingga kini banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan persepsi di kalangan rakyat

“Apakah Dr Wan Azizah sudah berpuas hati dengan saman yang dikemukakan Anwar kepada Nalla, sedangkan perkara itu membabitkan maruah seluruh keluarganya,.

“Adakah maruah keluarganya juga boleh dipolitiknya, di manakah maruahnya sebagai seorang isteri dan anak kepada keluarganya, tindakannya berdiam diri bagaikan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Nalla,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya sebagai seorang isteri dan insan paling rapat kepada Anwar, sepatutnya dialah orang yang pertama mempertahankan suaminya bukan bertindak memdiam diri.

“Apakah Dr Wan Azizah tidak mempunyai perasaan sehingga sanggup maruah keluarganya diperkotak-katikkan, di mana kewibawaannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya dan juga presiden parti.

“Adalah suatu yang menyedihkan sebagai seorang isteri apabila tidak dapat mempertahankan maruah suaminya, Di manakah kesetian serta kasih sayang seorang isteri kepada suami yang sanggup bersama dalam apa jua keadaan,” katanya.

Sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya, Dr Wan Azizah dilihat sebagai tidak bertanggungjawab untuk mempertahankan institusi kekeluargaannya yang tercalar teruk akibat tuduhan terhadap suaminya itu.


UtaraNews

PULAAAK ! NI BUAT UMNO MARAH NI !

_____________________________________________________

30 March 2012

PANAS - 21 Pemuda Umno Pulau Pinang Sertai Pas

JELUTONG, 29 Mac: Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.

Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.


AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.

Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.

"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.

Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.

Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.

Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka.

PECAH TANAH PELABUHAN TOK BALI

30 Mac, 2012

Gambar Terbaru Tuan Guru Nik Aziz Dengan Sultan Kelantan


Kemesraan antara KDYMM Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis pecah tanah pelabuhan di Tok Bali petang semalam ( 29/Mac/2012 ).
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri YB Datuk Sri Mustapa Mohamed dan pimpinan Kerajaan Kelantan.










Sumber gambar disini dan disini

DIA TUKANG TELEK PADA PRU 12 BETUL PULAAAAAK !

Friday, March 30


Daim di tauliah sebagai tukang tilik... kahakahkah...

Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari

TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.


Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (gambar)ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.


“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.


“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.
 



“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.


Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.


Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.


Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.


“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.


“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.


“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.


Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.


“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.


“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.


“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.


“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.


Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.


Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.- Harakahdaily



Manipulasi BN kalahkan kuasa rakyat dalam PRU13?
Posted on Thursday, March 29 @ 13:04:57 CDT by paklang
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Melihat sambutan hebat masyarakat terhadap program Pakatan Rakyat, khususnya ceramah-dialog politik dan majlis makan malam, tidak terbayang bahawa Najib Razak dan BN mampu mempamerkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang, berbanding rekod buruk Abdullah Ahmad Badawi empat tahun lalu.

Pagi Ahad lalu, 25 Mac, sewaktu singgah di majlis Himpunan Anak Terengganu di Perantauan 2012, di Kajang -- yang menyaksikan hampir semua pimpinan kanan PAS Negeri turun, termasuk Pesuruhjaya, Abd Wahid Endut dan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang -- saya lihat hadirin memenuhi segenap ruang Dewan Majlis Perbandaran Kajang itu. 

Wajah dan air muka mereka menyerlahkan keyakinan atau sekurang-kurangnya semangat dan harapan tinggi agar Terengganu tidak lagi tercicir daripada gelombang tsunami politik, seperti tahun 2008.

Di sebelah malamnya, wartawan Harakah yang membuat liputan Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor, sempena empat tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, memaklumkan bahawa puluhan ribu menghadiri majlis ceramah Rapat Rakyat, yang disertai tiga pimpinan utama, Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang, selain Menteri Besar  Khalid Ibrahim.

Sehari selepas itu, saya dikunjungi dua aktivis mahasiswa Universiti Malaya, yang banyak menceritakan perkembangan menarik anak-anak muda di kampus; siri aksi protes terbaru mereka begitu mengujakan, termasuk menghantar simbol batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi, petanda keprihatinan tinggi terhadap idealisme perjuangan untuk bersama-sama mencetuskan  perubahan yang begitu didambakan rakyat.

Sekurang-kurangnya saya dapat diyakinkan bahawa kebangkitan mahasiswa kini berupaya membentuk gelombang tersendiri dan mampu mempengaruhi kecenderungi mengundi generasi muda dalam PRU13 nanti. Jadual mereka untuk mengungguli suara kebenaran cukup padat sekali.

Ketika menulis catatan ini, jam 1.10 pagi, 28 Mac, hanya 2km dari kediaman saya, di Padang Awam, Taman Kosas, Ampang, ceramah Anwar dan Mohamad Sabu baru berakhir setengah jam lalu. Mulanya saya bercadang untuk merasai kemeriahan itu, tetapi keuzuran dan kesuntukan masa menyemak deadline Harakah menghalangnya. 

Saya menelefon anak sulung yang terperangkap dalam kesesakan. "Ramai sangat yang datang ... kebanyakannya anak-anak muda. Mereka bertepuk dan bersorak semasa Anwar berucap. Mungkin itu sebabnya Anwar berceramah lama malam ini, dia pun bersemangat dengan orang muda," ujarnya sambil ketawa. 
 
Seminggu sebelumnya, 18 Mac, sempena Hari Wanita Sedunia, di Petaling Jaya, ribuan aktivis daripada pelbagai pertubuhan, berarak penuh bersemangat, dari Masjid Bulat, Seksyen 14 dan Taman Tasik Jaya ke Paang Astaka, juga membawa tema serupa, iaitu menuntut perubahan, antara lain dengan laungan "Wanita Menuntut Kerajaan Bersih" dan "Wanita Menolak Rasuah".

Asakan berterusan terhadap Pakatan Rakyat, yang disiar besar-besaran media, khususnya Utusan Malaysia dan TV3, dengan tukang karut utamanya, Najib, sudah cukup membayangkan, bahawa Umno-BN dalam keadaan panik dan tidak tentu arah. Kuasa yang bakal terlucut begitu menggerunkan.

Ya ... begitulah pemandangan lahiriah atau lakaran di permukaan; begitu menjanjikan! Di mana-mana orang bercakap soal perubahan dan pembaharuan. Atau setidak-tidaknya menjalar fenomena Asalkan Bukan Umno (ABU), meskipun masih ada yang curiga keupayaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang terbaik buat Malaysia.

"Berilah peluang Pakatan memerintah kerajaan pusat ... kalau sama juga perangainya, rasuah, sombong, asyik kayakan diri dan kroni, cukup sepenggal kita tukar orang lain pula, apa susah?" Ungkapan yang lebih kurang hampir sama maksudnya, sering diluahkan kepada saya, terutama oleh orang awam yang saya lihat tidak begitu komited dengan mana-mana parti politik.

Dalam masa sama, rupa-rupanya agak ramai yang lebih cenderung untuk bersikap berhati-hati mentafsirkan situasi yang dilihat mata kasar itu. Tidak kurang yang menelefon saya, manakala lebih ramai menghantar SMS dan emel. 

"Lutfi, saya bimbang dengan penipuan dan taktik jahat  BN yang kita tidak terhidu. Mungkin perancangan licik mereka berbeda dengan komplot di Terengganu pada 2004 dulu. Tapi, ia tidak lari daripada manipulasi senarai daftar pemilih, itu yang paling penting," SMS seorang pembaca Harakah, sekadar memaklumkan  dari Shah Alam. 

Beliau cukup khuatir, Selangor -- yang menjadi idaman Najib dan Noh Omar -- akan terlepas ke tangan BN, bukan disebabkan kelemahan kepimpinan Khalid Ibrahim, tetapi berpunca daripada seribu satu tipu muslihat, yang disokong dan dimudahkan oleh rangkaian agensi kerajaan!

"Mampukah Pakatan halang penipuan daftar pemilih? Tidak ada cara lain kecuali kita tingkatkan tekanan melalui Bersih 3.0. Kali ini kita berhimpun lebih lama, kalau boleh berhari-hari, dan tidak bersurai sehingga ada jaminan tindakan berkesan dari kerajaan," seorang pemanggil, bekas tentera melontarkan pandangan.

Mendapat panggilan yang agak kerap dan curahan SMS dengan nada sama, yang khuatir dan curiga, bukan sahaja merisaukan laluan Pakatan ke Putrajaya, malah bimbang dengan penguasaan ke atas Selangor dan Kedah, saya sendiri naik cuak.

Apakah mereka turut terpengaruh dengan mesej yang sering saya bawa dalam kolum ini, atau kerisauan itu memang sesuatu yang real; bukan disebabkan kegagalan Pakatan untuk meraih sokongan tetapi manipulasi BN terhadap proses pilihan raya yang masih tempang ini?

Saya jarang tertarik dengan emel blogger Tulang Besi, tetapi tulisannya tentang Selangor agak menyentap perhatian saya. Antara yang ditekankan beliau:

"Dengan bantuan SPR dan JPN, Umno (di Selangor) telah berjaya menukar puluh ribuan pengundi Pakatan Rakyat dari Dun masing-masing; mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah;  menukar alamat pengundi Umno dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di Dun (yang dikuasai) KeADILan dan PAS; dan mendaftar banyak pengundi hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor.

"Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh Umno-BN adalah 35 berbanding Pakatan Rakyat 21. Menjelang pilihan raya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13.

"Umno-BN bukan setakat yakin untuk memerintah Selangor tetapi yakin mendapat kembali majoriti dua pertiga di Dun Selangor.

"Setakat yang saya tahu, amat sedikit sangat usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menangkis penipuan Umno-BN ini. Disebabkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui ditetapkan oleh SPR RM10 untuk satu nama, maka PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja."

Saya tinggalkan anda dengan persoalan yang kelihatan merisaukan ini ...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.