Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

01 May 2012

Pendedahan Skandal seks Azmin Ali!


Baca di sini dan di sini

Tuesday, May 1, 2012

KANTOI!! BBC Siasat Kenapa Astro Ubah Suai Beritanya Tentang Bersih 3.0



Lima minit.

Itulah perbezaan masa antara siaran langsung menerusi satelit dengan siaran penerimaan yang diperolehi Astro.

Cukup masa untuk mengubah kandungan laporan yang tidak menyiarkan temuramah dengan seorang peserta himpunan Bersih Sabtu lalu.

Laman Sarawak Report melaporkan bahawa perkhidmatan penyiaran British, BBC sedang menyiasat dakwaan bahawa penyiar berbayar Astro melakukan suai pinda ke atas laporan beritanya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Laporan berkenaan turut memaparkan satu rakaman video di Youtube yang membandingkan siaran asal BBC dan versi yang didakwa ditapis seperti disiarkan di Astro.

Dalam laporan itu, Sarawak Report menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro.

Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik.

Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyebut, BBC mengeluarkan satu kenyataan selepas diberitahu mengenai perkara itu oleh laman berkenaan.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan. sumber

Ulasan lain:


Ada babak awal dimana seorang pemuda menceritakan kejadiaan sebenar kepada wartawan BBC telah dipadamkan, kenapa babak yg dianggap penting dalam penyiaran berita itu dipadamkan, jawapannya mudah, supaya rakyat yang tidak faham dan tidak pergi tidak tahu cerita sebenar, melainkan dapat informasi yang dikawal pemerintah.

Kemudian babak dimana seorang tua memberi penerangan mengapa beliau datang turut serta dalam himpunan tersebut juga dipadamkan, mengapa penjelasan mengapa himpunan tersebut telah diadakan dipadamkan?, kerana jika ia disiarkan, mungkin sebelum pilihanraya najib dan kuncu-kuncunya akan kalah dulu sebelum bertanding.

Dalam babak ketiga yang dipadamkan, ditayangkan bagaimana peserta himpunan menjadi marah dan membaling kenderaan FRU dengan "botol mineral water" tetapi babk dimana FRU menyembur peserta dengan air kimia telah disembunyikan, ia cubaan menyembunyikan kekejaman FRU yang mengikut arahan "orang atasan"

Jadi anda sudah saksikan 2 versi video yang berbeza dari versi rakaman yang sama, dan ketahuilah semua media yang dipunyai oleh UMNO tidak akan menyiarkan berita yang boleh membuat rakyat yang tidak tahu apa-apa faham mengapa rakyat turun ke Himpunan BERSIH 3.0,

Jangan marahi mereka, tapi kasihani lah mereka, sila sebar link artikel ini untuk beri sedikit kefahaman buat mereka bahawa MEDIA NEGARA INI TIDAK BEBAS, MINDA RAKYAT YANG TIDAK FAHAM TUNTUTAN BERSIH INI MASIH DIJAJAH. sumber

AWEK NI BERANI

May 1, 2012

Awek gua kat BERSIH 3.0

Amacam? Cun? Jeles dengan gua? Gua pun rembat kat FB. Kah3..

Selasa, 1 Mei 2012


Betul ke SuratKhabar Berani Tulis Macam Nii..??

Lu orang tolong komen kat gua..apa kata suratkhabar tamil nii..betul ke dia tulis hanya dua puluh lima ribu peserta Bersih yang hadir..iaitu lebih lima ribu,daripada jumlah yang ditulis oleh Utuinasing iaitu dua pulu ribu.Gua tak reti bahasa Tamil beb..Emmmmm...



30 April 2012

BERISIH 3.0 : LAGI SEORANG RAKYAT DITANGKAP


Tidak cukup dengan tangkapan semasa himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu, Polis terus membuat tangkapan. Nampaknya Polis belum puas lagi menangkap rakyat. Agaknya berapa ramai yang mereka hendak tangkap.

Mungkin tak puashati sebab tidak sampai 1000 yang ditangkap kali ini.



Naib presiden PKR N Surendran berkata seorang ketua cabang parti itu di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu operasi tengah malam tadi, dipercayai berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.


Surendran berkata, ketua cabang PKR Rasah, R Thangam itu ditahan di kediaman lelaki berkenaan di Seremban.


Katanya beliau bercakap dengan Thangam pada tengah malam dan diberitahu bahawa lelaki tersebut berada di dalam trak polis untuk dibawa ke balai polis Dang Wangi.

Surendran berkata, beliau percaya bahawa penahanan itu berkait dengan dakwaan bahawa Thangam mengalihkan penghadang yang dipasang polis di Dataran Merdeka ketika perhimpunan itu berlangsung.

Thangam ketika dihubungi Malaysiakini pada kira-kira jam 8 malam semalam berkata beliau telahpun mendengar khabar angin berhubung penahanan itu.


Sumber : Malaysiak

Ziarah/kunjung hormat YB DR HALIMAH -Naib Musrsyidul Am 1&2 Ikhwan Muslimin


 Kaherah
21.4.12

Kunjungan EXCO Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan Tinggi ke Mesir sudah lama ditunggu oleh para pelajar Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Bagi kunjungan kali ke 2 setelah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor, beliau telah membawa bersama wakil Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor yang diketuai oleh Penasihatnya Ustaz Fauzan dan Pengerusinya Akram Ikrami bin Taib Azamuden yang juga merupakan Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia).
 Selain daripada bertujuan meninjau keadaan pelajar dan menyumbang RM20ribu kepada BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR Mesir dan memberi motivasi IMTIHAN kepada pelajar yang 'exam fever' samada daripada jurusan agama mahupun perubatan dan kesihatan, YB Dr Halimah dan rombongan juga mengambil kesempatan menjejaki ilmuwan tersohor yang telah mengamalkan ilmu mereka sehingga hembusan nafas terakhir seperti AL MARHUM IMAM SHAFIE DAN SYAHID IMAM HASAN AL BANNA.Ini sesuai dengan dasar PROJEK JEJAK ILMUWAN SELANGOR yang telah dilancar oleh YAB MB Selangor Julai 2008.
 Kesempatan untuk mengadakan kunjung hormat kepada Ikhwan Muslimin yang diakui dunia sebagai contoh gerakan utuh yang jelas berjaya menongkah arus , merentasi belantara dan di pukul badai namun akhirnya alhamdulillah dengan iltizam, istiqomah dan silah serta ukhuwwah yang dipraktikkan secara sistematik dan sedar dan semangat jihad maksima mereka sudah menghampiri puncak kejayaan.

Peluang bertemu dan berbincang serta mendengar nasihat dan pesanan daripa kedua-dua NAIB MURSYIDUL AM    (1 dan 2) Ikhwanul Muslimin adalah peluang yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Mentakdirkan. Tidak sia sia doa minta dipertemukan dengan orang baik dan soleh.Alhamdulillah. Masyaallah.
 Dalam kerancakan berbual, azan dikumandangkan, maka kami hentikan perbualan dan semua yang hadir solat bersama dengan Naib Mursyidul Am. Selesai solat kami sambung semula.
Antara pesanan dan juga jawapan kepada orang muda dan khususnya mahasiswa sangat membanggakan dan mengkagumkan kerana bersifat praktikal dan kontemporari.
Tidak ada syak mereka sesuai mengemudikan Mesir.
Mahasiswa katanya perlu menekankan tumpuan kepada pelajaran, cari ilmu, kita perlu perlbagai jenis ilmu dan kemahiran. Kita perlu bukan sahaja ilmu ukhrawi malah mesti dikembarkan dengan ilmu duniawi untuk melayakkan diri mengurustadbir bumi.


Maka sudah je;las bagi mereka yang mahu berjuang tidak ada alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh.

Jangan buat helah mahu 'beribadah' sahaja sedangkan strategi perjuangan jemaah yang diagungkan mempunyai tasawwur yang jelas dan berbeza dengan yang ditanggapi.

Dr Halimah dan Naib Mursyidul Am 1

JANJI ADA ALASAN !

SELALU POLIS BAGITAHU "JANGAN DENGAR KHABAR ANGIN ? TAPI POLIS DENGAR JUGA ! ATE ! NAK BUAT CAM NA !

30 April 2012

BERSIH 3.0 - Polis Mengganas Kerana Khabar Angin

Khabar angin polis meninggal punca amuk?

KUALA LUMPUR, 30 April: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa 'amukan' pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu berpunca daripada khabar angin kononnya seorang anggota mereka meninggal dunia dipukul peserta.

Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah salah seorang mangsa amukan itu yang didakwa dipukul lebih 50 anggota polis lewat petang Sabtu lalu.

Katanya, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta Bersih 3.0.

KALO SALOH TENTU POLIS TANGKAP

Selasa, 1 Mei 2012

'Apa salahnya Aziz, Wan Omar jadi ahli Umno?' Tok Ki Det

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak gesaan pembangkang supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, kerana mereka dikatakan menjadi ahli Umno.

"Dalam kerajaan, ada juga ahli PAS, mereka tak aktif kerana kerajaan tidak benarkan mereka aktif," katanya dalam sidang media hari ini.

"Jadi apa yang salahnya dengan beberapa kakitangan kerajaan berkata mereka adalah ahli parti, tetapi mereka tak aktif?"

Beliau berkata demikian selepas melancarkan versi Melayu memoir beliau 'Doktor di Dewan: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad'.

PROFESIONAL


Tuesday, May 1, 2012


Video ini memang jelas,, kereta polis langgar 4 mangsa BERSIH melambong...

Masyaallah.. Bila dah tiada iman,, maka beginilah jadinya,,, yang jadi mangsa rakyat yang tak berdosa,, hanya datang nak menyuara rasa hasrat hati ketiadilan undang-undang...



Dan yang paling hairan,, pemandu kereta Polis yang langgar tu,, boleh siap pakai helmet dan hanya pakai seluar pendek,,, ada ke polis memandu kereta siap pakai helmet,,, nak masuk grand prix ke... video tu aku lihat semalam,, tak sempat nak link,, tak apa aku akan cari semula.... 


LAIN KALI JANGANLAH POLIS MENINGGAL !

Pendedahan Panas - Chegu Bard: Anggota Polis Didakwa Meninggal Punca Polis Mengamuk




Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa 'amukan' pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu berpunca daripada khabar angin kononnya seorang anggota mereka meninggal dunia dipukul peserta.

Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah salah seorang mangsa amukan itu yang didakwa dipukul lebih 50 anggota polis lewat petang Sabtu lalu.

Katanya, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta Bersih 3.0.

"Antara yang mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran.

Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan,"katanya kepada Harakahdaily.



Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.

Dalam laporan itu, Chegu Bard mendakwa dipukul ketika berada di kawasan Jalan Masjid India kira-kira jam 7 petang.


Ketika itu, beliau dan seorang lagi rakannya Sany sedang melihat anggota polis merosakkan dan menterbalikkan meja gerai peniaga yang ditutup di situ.

Tiba-tiba katanya, 10 anggota polis meluru ke arah mereka berdua dan terus memukul mereka tanpa bertanya apa-apa.

"Saya dipukul beberapa kali, kemudian diheret ke Jalan TAR dan dipukul lagi oleh anggota polis yang pakai uniform tapi tiada nombor polis atau tanda nama," katanya.

"Kemudian saya dibawa ke tempat kepungan di Dataran Merdeka dan di situ lebih teruk saya kena pukul. Saya muntah, telinga berdarah, hidung berdarah sampai saya tak larat dah.

"Kemudian datang dua orang pegang dan dirikan saya. Seorang anggota polis datang terus flying kick dada saya," tambahnya lagi.

Menurutnya juga, kepalanya turut berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek keras.

Dalam keadaan separa sedar itu juga ujarnya, beliau dapat merasakan poketnya diseluk dan hanya menyedari duitnya lebih RM200 hilang ketika dibawa naik ke atas trak.

"Saya merayu, saya mintak maaf, tapi saya seperti bercakap kepada orang yang langsung tidak ada pertimbangan.

"Saya ingin bagitahu kepada anggota polis, kami bukan memusuhi kamu. Kamu juga adalah mangsa kepada keadaan ketakutan Umno BN," katanya. -HD

POLIS BERTINDAK PROFESIONAL

Apa Tindakan Terhadap Polis Penjenayah..????

>> Tuesday, May 01, 2012

Ada member call..., bertanyakan kes salah laku polis selama ini apa kesudahannya...???

Sejak sehari dua nih ramai yang mengutuk keganasan pihak polis menangani perhimpunan BERSIH, pelbagai panggilan dan gelaran diberikan. Ada sekoq polis tu berlari-lari menangis sambil meraung... "diorang panggil aku anjing.... wa... wa... wa...".... hahahaha...


Tapi bukan itu menjadi persoalannya di sini, sebab ramai juga yang mengatakan dalam polis nih ada juga polis baik beb...., ntah laaaa... ada ke...???


Jika mengikut pengalaman gua, eerrrr... gua belum lagi berjumpa dengan polis baik... sebab kalau pergi balai nak buat repot..., yang bahagian paling depan sekali (kaunter pertanyaan) muka dah macam tenuk takda sumber makanan seminggu... hahaha...




Dari pengalaman gua buat repot kes ugut bunuh TGNA beberapa tahun lepas, dari kaunter depan hinggalah kepada Pegawai Penyiasat macam sial wa cakap luuuuu.... di bilik Pegawai Penyiasat, sebelum gua di arahkan duduk dia tanya soalan "Awak orang PAS ke...???"... apa punya bangang punya soalan daaaa.... hahaha...


Persoalannya di sini, "Apa kesudahannya terhadap Polis-Polis yang di dapati ada kes salah-laku semasa bertugas"...., contoh kes kematian OKT dalam sesi siasatan, kes salah tembak orang awam, kes dadah 4 juta hilang dari bilik bukti di Johor dan banyak lagi aarrr...


Apakah semua kes ini semuanya senyap begitu sahaja...????


Jika begitu... patut laaaaa... Polis Polis di Malaysia berlagak diri diorang macam RAJA.... muakakakakaaaa....!!!!

MUSLIHAT LAPOK

Selasa, 1 Mei 2012

Kantoi...Gambar Polis Wanita Pakai T-Shirt Bersih Pengsan..

Apa persepsi anda terhadap polis wanita ini....

Tuesday, May 1, 2012

GAJI NAIK SIKIT BARANG NAIK BANYAK LEPAS PRU13 JIKA NAJIB TAK JADI PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA !

 
JGN TAKUT LEPAS BERI MANDAT PADA BN (BARANG NAIK) AIR NAIK MINYAK NAIK ELECTRIC NAIK CUKAI NAIK (GST) LAGIIIII


MAKIN BERBILION LAH KETIRISAN / BOCOR REMBAT SINI SANA SONGLAP MALAP MALAUN PUNYA KERJA

HUTANG NEGARA MAKIN BERTAMBAH JGN TAKUT RAKYAT TANGGUNG

PENYELEWENGAN SEMAKIN BANYAK NANTI JGN TAKUT JIHAD MELAYU


CUKAI PERKHIDMATAN AKAN DIKENAKAN SETIAP PEMBELIAN APA BARANG PUN CUKAI (GST) "good service things " atau gelaran melayu AMNO GOLONGAN SONGKOK TINGGI

JIKA KERA JAAN TIDAK BERJIMAT DALAM PERBELANJAAN , TERUS BOROS BELANJA LEBIH KAYAKAN KRONI ,NEGARA AKAN BANKRAP TAK PECAYA TANYA IDRIS JALA DIA TAHU


JIKA TERUS BN KAYAKAN KRONI REMBAT SANA SINI AKAN BANKRAP NEGARA 2019 MASA TU BELI SUSU BAYI BAWAK DUET 1 GUNI KERANA TIADA NILAINYA LAGI ..SKRG NI RM50 PUN APA BARANG BOLEH DAPAT BELI LAUK PAUK IKAN SIKIT SOTONG SIKIT AYAM SEKOR BERAS SEKAMPIT RM50, ITU PUN TAK TAHU CUKUP KE TIDAK, ITU NAMA EKONOMI KURANG CANTIK, KALU EKONOMI CANTIK DUET BESAR MATAWANG TINGGI

BIAR GAJI SIKIT JANJI NILAI MATAWANG BESAR, BARANG MURAH DARI WANG ITU BARU EKONOMI CANTIK, SEMUA MERASANKANNYA .... SKRG NI MMG BAGUS TAPI BAGI GOLONGAN KAYA RAYA LAH, GOLONGAN BAWAH TERTEKAN


INI SEMUA SEBAB KRONI ..BAGI UNTONG BERBILION BERATUS JUTA, KAN BAGUS JIKA UNTONG TU DIKURANGKAN , BUKAN KITA TAK BAGI ORG NAK UNTONG KITA BAGI, ORG BERNIAGA WAJIB DIBERI GANJARAN KEUNTUNGAN, PERSOALANNYA JGNLAH TERLALU BANYAK, RAKYAT JUGA YG MENANGGUNG KESANNYA .. 
 
JIKA DIBERI UNTONG SEDERHANA SUDAH PASTI WANG YG TADI BOLEH DIMANFAAT PADA RAKYAT


TURUNKAN HARGA BARANG DGN WANG TU.. KAN BAGUS DARI BERI PADA KRONI ... KATA RAKYAT DIDAHULUKAN ..DAHULU APA?

BOROS BELANJA DARI PENDAPATAN ITULAH GOV OF BN, BILA WANG KURANG SATU JE CARA NAK BACK UP BALIK .... NAIKKAN HARGA BARANG ... ITULAH KERJA PENYAMUN SIANG MALAM PAGI PETANG ...

TAPI SKRG CARA BARU TAKUT RAKYAT SEDAR DGN TAKTIK LAMA .. SKRG NI TAKTIK BARU DGN CARA CUKAI .. CUKAI APA PUN KENA ..BELI PERIUK NASI PUN KENA CAJ PERHIDMATAN BARANGAN ...CARA BARU NAK KENAKAN RAKYAT ...HASIL NEGARA SONGLAP, PEMIMPIN MEWAH KAYA RAYA BERJUTA JUTA, RAKYAT HIDUP TERTEKAN KOS SARA HIDUP TINGGI, PEMIMPIN YAHOOOO KAYAAAAA ...RAKYAT YAHOOO MELUTUT TERUS DEMI PERMAINAN KEPENTINGAN POLITIK SEMATA MATA


TAK PECAYA TANYA MENTERI DIJABATAN PERANA MENTERI NAZRI AZIZ, KATANYA ISTIHAR HARTA PEMIMPIN /MENTERI BAHAYA


SEBAB APA? SEBAB HASIL NEGARA SEMUA MASUK TABUNG UNTUK SHOPPING MEWAH SINI SANA PAGI PTG SIANG MLM


WANG CUKAI LA ROLL SINI SANA MANA NAK CUKUP BEB!!

HASIL NEGARA SONGLAP ...RAKYAT MENDERITA KESIAN RAKYAT MALAYSIA YG DUDUK DINEGARA KECIL TETAPI HASIL MCM NEGARA BESAR ..RAKYAT TERANIAYA TERUS DITIPU DGN PENYAMUN YG BERPAUT PADA PERJUANGAN AGAMA BANGSA NEGARA ...

KITA UBAH DEMI MASA DEPAN GENERASI AKAN DTG!!!!

TOLAK PENYAMUN / PENGKHIANAT /PENIPU / SELAMATKAN MALAYSIA DARI BANKRAP!!! PERLU UBAH DARI SKRG JIKA TIDAK 2019 BANKRAP NEGARA!!!! RE FORMASI!!!!! TOLAK BARANG NAIK (BN) BOIKOT PRU13 SAY NO TO BN!!!! YEAYYYYY
 
 
Nukilan oleh:  Jeneral Yakuza Ogawa

Tuesday, May 1, 2012

Rasanya Ini N3 Terakhir Saya Tentang 'Bersih'

2 Cerita Dari 2 Wartawan Dari Akhbar Yang Sama
Cerita 1

Detained because he 'answered back'

MONDAY, APRIL 30, 2012 - 16:35
PETALING JAYA: I was in Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, when my news editor called and asked me to look for photographer Muhammad Arif Kartono.

I was told he was allegedly beaten up by the police and was in front of Kamdar Store in Jalan Tuanku Abdul Rahman.

I had to get him to the nearest medical centre.

As Jalan Tun Perak was crowded with protesters, I had to take a longer 5km route and I reached the spot after 20 minutes. By then, the situation had worsened with protesters throwing bottles at the police and the police countering with tear gas.

Muhammad Arif was not there and could not be found.

I had earlier tried calling him but did not get through. I then headed for Dataran Merdeka, hoping to find him there. When I reached the square, the situation was calmer after the police had chased away the protesters but Muhammad Arif was nowhere to be seen.

Fellow journalists from other organisations told me he was taken away by a Civil Defence Department ambulance for medical attention.

Though relieved by the news, I still had to find him and report back to my superiors.

I was allowed by the police to remain in nearby Jalan Raja for a while and I tried calling both my superiors and Muhammad Arif but without success.

The situation suddenly became tense when some protesters mocked the police personnel, who then chased the perpetrators. I moved away and stopped by a fountain between Jalan Raja Laut and Jalan Tuanku Abdul Rahman, facing Jalan Tun Perak.

I was trying to call the office when a police officer yelled at me to leave. Showing my media tag, I told him I was a journalist and needed to call my office. The officer instead asked his colleagues to detain me.

About five of them verbally abused me, saying I was disobedient, before one of them grabbed me and led me back to Dataran Merdeka.

The officer did not believe I was a journalist despite me showing him my tag and giving him my call card to verify with my office. Instead, he told me I could either ride the police truck to the police station or leave the place.

I explained I was looking for my missing colleague and could not leave. After about 10 minutes, the officer let me off with a warning to stay away from the square or risk being arrested. He then escorted me out of the place.

No one is above the law and I accept this incident as a misunderstanding. I respect a police officer's duty in maintaining public order but their actions towards media practitioners like me is disappointing as I am also just doing my job.

Cerita 2

'I was kicked and stomped by police officers'

MONDAY, APRIL 30, 2012 - 16:29
arif
PETALING JAYA: I was instructed to cover the Bersih 3.0 rally on Saturday by my superiors and had to take pictures of it.


The incident occurred in Lorong Tuanku Abdul Rahman, parallel to Jalan Tuanku Abdul Rahman, as I was hurrying to get to the main road from the back alley to cover a showdown between the protesters and police there.


While running towards the scene, I was stopped by a police officer, who ordered me to turn back. I obeyed and started moving away, but at the same time, there was an incident where police were detaining one of the protesters.


As a photographer, I ran towards the scene to take pictures but before I could even do so, another police officer ran up to me and blocked my camera's view, shoving it away.


I showed my media accreditation tag and pointed out I was a photographer with The Malay Mail, but the police officer refused to budge and pushed my camera away from taking photographs of the protestor being nabbed despite me introducing myself as a newspaper photographer and showing my tag several times.


While talking to the officer, I suddenly felt a sharp pain on my head. I am not sure if I was hit by a baton or a fist. I fell to the ground together with my camera, which was in my hands.


While on the ground, I saw seven to eight police personnel coming towards me. They kicked me in my face and on my legs, and stomped on my back.


I shouted at them: "Saya hanya menjalankan tugas. Kenapa saya dibuat macam ini? (I am just doing my job. Why I am being treated like this?)".


The assault, however, continued. My camera was also kicked until its lens cracked.


The incident lasted less than five minutes. After that, I slowly got up to my feet and took my damaged camera before a protester dragged me out of the place.


I was then given medical attention by the Civil Defence Department medical personnel before lodging a report at the Jalan Bandar police station and seeking further medical attention at Kuala Lumpur Hospital.


I noticed those involved in the assault were young. I am very sad and disappointed by this incident. I was just trying to do my job and I wasn't disturbing anyone.


I had introduced myself as a media personnel. I am obliged to follow instructions given by my superiors.


I had obeyed police instructions, but why can’t they understand my job?


If I can respect their job, why can’t they respect mine?



UNIT AMAL ANTARA MANGSA KEGANASAN POLIS


Tuhan bagi kita Aqal untuk Fikir... Tuhan bagi kita  Iman untuk Nilai...





Dah jadi pekasam

Tuesday, May 1, 2012

50,000 Hadir perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' PERKASA.. tak percaya tengok video ni...


Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' di Padang Kelab Sultan Sulaiman yang diadakan hari Ahad (29 April) lalu dijangka disertai 5,000 orang.

Perhimpunan tersebut diadakan sebagai tanda sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu dan acara ini dibuka kepada semua kaum dan lapisan masyarakat," katanya pada sidang media pelancaran perhimpunan itu..

Sebelum korang tengok jumlah hadirin yang cukup menggerunkan dalam Himpunan anjuran PERKASA diakhir entry ni.. baca dulu temuramah eksklusif bersama Ibrahim Ali ini..

UTUSAN: Kenapa Perkasa mengadakan perhimpunan ini?

IBRAHIM: Ia ada kaitan dengan latar belakang Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang antara matlamat perjuangannya adalah untuk memperkasakan institusi raja sebagai sebahagian daripada asas Perlembagaan negara di bawah Perkara 153 dan 151.

Ini kerana, kita mendapati mutakhir ini terdapat segolongan rakyat terutamanya di kalangan generasi muda yang tidak sedar bahawa institusi raja adalah sebahagian daripada sistem pentadbiran negara kita.

Mereka tidak mengetahui fungsi penting raja sebagai payung negara, lambang perpaduan dan penyumbang kepada kelangsungan kemajuan, keselamatan dan keamanan negara kita.

Golongan ini termasuk sebahagian orang Melayu sendiri sudah tidak mengetahui sejarah dan tidak menghayati lagi pentingnya institusi raja yang sudah wujud sebelum ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Malah ia telah wujud sejak zaman Hang Tuah lagi.

Orang Melayu sepatutnya menjadi contoh dan teladan bagi memperkasa, menghormati dan memuliakan institusi raja ini, tetapi ada segelintir Melayu yang berperangai tidak senonoh dengan mempersendakan institusi ini kerana kepentingan politik.

Contohnya, kalau kita ada orang Melayu namanya Azmin. Saya bukan merujuk nama ini kepada sesiapa. Kalau Azmin ini tidak reti dan tiada adab untuk menunjukkan teladan yang baik, jadi bagaimana Tian Chua ataupun Muthusamy boleh menghormatinya (institusi raja)

UTUSAN: Bukankah kedudukan raja sudah dijamin dalam Perlembagaan?

IBRAHIM:Walaupun sudah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak boleh diusik oleh sesiapa tetapi yang mendukacitakan ada segelintir kumpulan yang bukan sahaja mempersenda raja-raja malah mereka mempersendakan Islam sebagai agama rasmi. Mereka juga mempersendakan hak keistimewaan Melayu dan kedudukan bahasa Melayu.

Perhimpunan ini memberikan fokus kepada raja-raja kerana institusi ini yang banyak disasarkan, sejak wujudnya media baru.

Kita kena juga ingat bahawa apabila mereka menghina raja, ia bermakna menghina orang Melayu dan Islam kerana ketiga-tiganya tidak boleh dipisahkan ibarat aur dengan tebing dan ibarat daging dengan darah.

UTUSAN: Adakah perhimpunan ada kaitan dengan dakwaan pemimpin pembangkang telah mencerca raja-raja Melayu?

IBRAHIM:Memang kita buat ini ada kena-mengena dengan apa yang berlaku semasa istiadat pertabalan di Istana Negara baru-baru ini dan juga rentetan daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Kita tahu banyak perkara sensitif telah disentuh oleh pihak-pihak tertentu dan saya sendiri tidak jemu dan serik untuk berucap waktu perbahasan belanjawan ataupun titah diraja di Parlimen berkaitan Perkara 153 ini.

Kalau korang nak baca temuramah eksklusif itu sepenuhnya bacalah di Lidah Rasmi UMNO.

Sekarang saksikan.. adakah benar sasaran PERKASA iaitu 5,000 dijangka hadir tercapai??


5,000 orang?? kah..kah..kah.. itulah.. BERSIH berhimpun.. Ibrahim Ali pun nak berhimpun.. sasaran kononnya 5,000 orang tapi yang hadir.. aku rasa 500 orangpun tak ada..

Terbuka kepada semua kaum?? aku nampak hanya Melayu saja tu..

Itupun hanya Melayu yang dah selamat menjalani proses pembodohan oleh UMNO..

30 April 2012

BERSIH 3.0 :KEKACAUAN AGENDA EJEN PROVOKASI?



Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Faridah Abdull menyalahkan ejen provokasi yang menimbulkan panik dan kekacauan di Dataran Merdeka apabila gas pemedih mata digunakan pada perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Bercakap ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini, Faridah berkata, beliau pada waktu itu berada dalam kumpulan orang ramai yang berhimpun di satu sudut di Jalan Tun Perak.

Pada waktu itu, orang ramai mula bersurai selepas menerima arahan berasingan daripada pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan juga oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Faridah berkata beliau mendengar individu di belakangnya – yang memakai baju kuning BERSIH – menyuruh orang ramai maju ke hadapan dan berkata "Anwar suruh baling."

Katanya, beliau berpendapat bahawa arahan itu tidak kena kerana beliau sendiri mengenali Anwar secara peribadi.

Selepas itu, individu dalam kumpulan berkenaan mula membaling objek dan polis pula melancarkan kanister gas pemedih mata ke dalam kumpulan tersebut, katanya lagi.

Peserta berkenaan kemudiannya mula panik dan Faridah seterusnya dipijak, menyebabkan beliau mengalami kecederaan.

Katanya, polis dan pegawai hospital memberitahunya mengenai kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ke hospital tersebut semalam.

Bagaimanapun, Faridah berkata beliau tidak membenarkan Najib mahupun Hishammuddin melawatnya.


Sumber : Malaysiakini

Tuesday, May 1, 2012

YAHOO..!!!.LAGI 30 HARI KITA TURUN BERSIH 4.0


30 hari Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan-Harakah

Anis Nazri,29 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 29 April: PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar), berkata masa tersebut sudah mencukupi bagi kedua-duanya meletakkan jawatan ekoran terdedahnya keahlian parti politik mereka.

"Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan.  Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan 'pengadil' dalam sesebuah pilihan raya," tegas Syed Azman, pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Perkara tersebut disokong Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi PAS Pusat.

Katanya, sebagai seorang 'pengadil', adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana 'pemain'.

"Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United.  Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor.  Teruklah Kelantan," kata beliau.

Sehubungan itu, Mohamad berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai  pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, esok, di Putrajaya.
YAHOOO..... LAGI 30 HARI KITA TURUN LG SKALI BERSIH 3.0
KALI NI KITA TURUN KENA PAKAI OTAK SIKIT...
JGN MALAS BERFIKIR...
UNIT AMAL KALI NI KENA GUNA OTAK SKIT...
DAH BERAPA KALI TURUN DEMO XKAN XTAU PERANGAI POLIS...
SEDIAKAN TOPENG HIDUNG...
BARU LA XLARI LINTANG PUKANG...
BUAT KUBU DAN BENTENG JGN BG POLIS LEPAS KPD RAKYAT...
KALAU NAK JAGA PESERTA DEMO.. JAGA BETUI2...
JAGA JANGAN SAMPAI POLIS LANYAK..
XCUKUP UNIT AMAL...BOLEH PANGGIL RAMAI LG NGO
YG SEDIA UTK JD BENTENG DRP POLIS TERUS LANYAK RAKYAT...
APAPUN UNIT AMAL MEMANG TERBAIK...

Ada Ujian Provokasi Guna SUV Sebelum Kejadian Waja Diterbalikkan?



Bhai... lu tengok nih... Ini gambar satu SUV milik PDRM yang merempuh kawasan orang ramai berkumpul berhampiran SOGO sejurus sebelum kejadian kereta WAJA milik PDRM merempit dan melanggar orang awam dikawasan SOGO tersebut...

Untuk pengetahuan lu orang sumer... Kawasan nih telah diblock oleh "barrier plastik merah dan putih" yang biasa lu orang lihat kat kawasan pembinaan tue... dan block ini dipasang oleh PDRM seawal pukul 10 pagi lagi... jadi... atas alasan aper kah yang SUV PDRM nih meluru dan merempit dikawasan ini....

Ianya juga nyaris terbabas dan melanggar orang awam semasa ianya membuat belokan tajam menuju Jalan Bunus .... Yang lagi pelik... kenapa dier memecut ikut jalan Bunus.. sedangkan ianya boleh jalan terus menuju kearah Jalan TAR.


So... stakat provokasi dari orang awam guna botol air mineral pon boleh buat stunt macam nih ker.... Bahaya wei... Dari aper yang gua dapat baca.. gua berani kata bahawa ianya adalah ujian provokasi sebelum provokasi yang utama menjelma selepas itu sekitar 3 atau 4 minit berselang.... -cipantenuktapir

Bhai... sila gunakan akal yang waras aaa...

Ini gambar sejurus selepas sebuah SUV PDRM merempuh kawasan depan SOGO ... dan gambar ini diambil sebelum sebuah lagi PROTON WAJA milik PDRM yang dipandu oleh "Setan PDRM" yang pakai helmet dan berseluar pendek yang rempuh orang awam kat depan SOGO...


Kalu la orang ramai (pendemo) marah kan Polis... sure empat lima orang anggota Polis Trafik PDRM nih dah kena belasah dek orang ramai... hahaha.. kenapa plak anggota Trafik PDRM nih boleh santai jer takder kena aper-aper belasah oleh orang ramai... Lu orang tak pelik ker...

Gua berani jamin yang mulakan provokasi baling botol air mineral kat SUV PDRM dan WAJA PDRM tue mesti dari agen provokasi PDRM sendiri... sebab nak createkan senario... kalu peserta Bersih 3.0 yang buat havoc tue... mesti habis anggota-anggota Trafik PDRM yang sedang lepak tue kena belasah.... -cipantenuktapir

Blog GB
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.