Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, June 1


AC MIZAL HANYIAQ LENDIAQ... kahkahkah...

Ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang berjaya, Dato' AC Mizal mendapat sambutan HANYIR LENDIR!!!!

Kahkahkah....

Pi balik, pi balik aku dok kira-kira la... ada la kot 75 orang tidak termasuk bangku yang telah berjaya memeriahkan program tersebut. Sebelum itu makcik-makcik yang diangkut menaiki bas dari ceruk mana entah dihidangkan dengan kuehtiaw goreng panas!..Program itu dibuat secara last minit utk ganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayang Ku Intan dan Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Dato' Adnan Ibrahim di Ara Payong semalam.

Alangkah hebatnya program ini.. Sudah semetinya AC Mizal gembira melihat kehadiran di luar jangkaannya.. huhuhu...

Berbanding dengan ceramah PAS yang dihadiri hanya beberapa orang.. sangat sedih.. hehehe... Namun orang ramai begitu terhibur dan bersemangat sekali dengan penampilan Datuk Nan dan juga Dayang Ku Intan.

DENGAN PEREMPUAN PUN AC MIZAL DAH KIOK... BELUM LAGI DENGAN BOB LOKMAN.. AGAK-AGAKNYA TERUS HANGUS DEBU DIA....

BILA UMNO NAK KERAH AMY (SEARCH), AWIE (WINGS), JAMAL ABDILLAH, IBNOR RIZAL ADFIN SAUDKI DAN HARUN SALIM BACHIK BUAT CERAMAH?....SIA-SIALAH DOK GEMBAR GEMBUR DAN GEGAK GEMPITAKAN MEREKA MASUK UMNO TAPI TAK BUAT CERAMAH PIKAT ANAK-ANAK MUDA....NAPE?.. TAKUT SENASIB DENGAN AC MIZAL???

BARAN !

01 June 2012

Harussani Yang Miang Dan Gatal Mulut

Saya nak perbetul fahaman Harussani’

KOTA BHARU: “Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas.

Nik Aziz yang ‘naik angin’ dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini.


“Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil.

“Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam.

Kelmarin, Harussani dalam kenyataannya berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan.

Beliau menyebut jika Nik Aziz bersikap keras hati, perkara itu sukar dilakukan dan hakikatnya sekarang, Pas tidak boleh dibawa berunding. -hm

Nik Aziz: Mufti boleh jadi perantara, tapi bukan serang

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya bijak menangani isu perpaduan serta pandai menjaga sempadan dengan tidak mencerobohi urusan orang lain.

Beliau berkata, mufti boleh menjadi orang tengah dalam sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak sahaja.

“Mana mungkin menjadi orang tengah jika sekilas percakapan yang terungkap, orang dah tahu kita di sebelah mana. Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu tapi mesti ingat, tiada asas kekuatan untuk bersatu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu.

"Pas amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam.

“Mana-mana pihak khususnya orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin Umno agar menukar dasar partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam," kata beliau.

Selain itu kata Nik Aziz: "Begitu juga harus dipersoalkan kenapa Umno boleh menerima kebangsaan dan menolak perjuangan politik Islam?"

"Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada kenyataan Harussani kelmarin.

Katanya, membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan nama individu sepertinya, bukanlah satu akhlak terpuji dan amat malang apabila akhlak itu menjadi 'pakaian' seorang mufti. -SH

01 Jun, 2012


Gambar Eksklusif Bekas Ketua Pendakwaraya Kes Liwat 2 Di Pejabat Anwar Ibrahim

Dibawah ini dipaparkan beberapa keping gambar ekslusif untuk anda semua, beberapa hari yang lalu tanah air dikejutkan dengan tindakan bekas pendakwaraya kanan yang terdahulu telah mewakili pihak pendakwaan dalam kes melibatkan fitnah liwat 1 dan 2 yang melibatkan DSAI.

Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang sebelum ini dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini membuatkan umno termenung seketika bila membuat keputusan menjadi barisan pembelaan dalam kes terbaru konspirasi memenjarakan Anwar.

Mungkin sebelum ini beliau terpaksa akur dengan arahan dari pihak atasan kerana beliau diberi amanah menjadi barisan pendakwaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam. namun selepas bersara dari jawatannya, beliau kini bebas untuk menyokong siapa sahaja.

Itu keputusan beliau dan tiada siapa boleh memaksa beliau untuk tidak memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Ini adalah beberapa keping gambar yang diambil siang tadi.






Apa selepas ini?, "tukanglawan" sudah mendapat informasi apa yang akan berlaku selepas ini, yang pastinya ini adalah langkah permulaan bagi hubungan Anwar Ibrahim dan Datuk Yusuf Zainal Abiden.

Dalam masa terdekat, 1 lagi berita ekslusif akan "tukanglawan" siarkan, tunggu saat yang semakin hampir itu.~tukanglawan

01 Jun, 2012

Gambar Eksklusif Bekas Ketua Pendakwaraya Kes Liwat 2 Di Pejabat Anwar Ibrahim

Dibawah ini dipaparkan beberapa keping gambar ekslusif untuk anda semua, beberapa hari yang lalu tanah air dikejutkan dengan tindakan bekas pendakwaraya kanan yang terdahulu telah mewakili pihak pendakwaan dalam kes melibatkan fitnah liwat 1 dan 2 yang melibatkan DSAI.

Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang sebelum ini dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini membuatkan umno termenung seketika bila membuat keputusan menjadi barisan pembelaan dalam kes terbaru konspirasi memenjarakan Anwar.

Mungkin sebelum ini beliau terpaksa akur dengan arahan dari pihak atasan kerana beliau diberi amanah menjadi barisan pendakwaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam. namun selepas bersara dari jawatannya, beliau kini bebas untuk menyokong siapa sahaja.

Itu keputusan beliau dan tiada siapa boleh memaksa beliau untuk tidak memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Ini adalah beberapa keping gambar yang diambil siang tadi.






Apa selepas ini?, "tukanglawan" sudah mendapat informasi apa yang akan berlaku selepas ini, yang pastinya ini adalah langkah permulaan bagi hubungan Anwar Ibrahim dan Datuk Yusuf Zainal Abiden.

Dalam masa terdekat, 1 lagi berita ekslusif akan "tukanglawan" siarkan, tunggu saat yang semakin hampir itu.~tukanglawan

[BERGAMBAR] Cukup Kartun Betul Bila SPR Larang Kempen Guna Kartun



Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar

KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'.

Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen.

Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya.

"Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur.

Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU.

"Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scorpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya. -HD


Kartunis tak akan hiraukan larangan SPR


Kumpulan kartunis tidak mengiktiraf dan tidak akan menghiraukan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang penggunaan karikatur dalam dalam kempen pilihan raya umum akan datang.

Malah, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque hari ini mengumumkan akan mengetuai sekumpulan kartunis untuk bergerak aktif dan membuka bilik gerakan sendiri dalam tempoh berkempen.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen pilihan raya umum," kata Zunar merujuk kepada inisiatiuf Kumpulan Kartunis Independen (KKI) yang baru ditubuhkan baru-baru ini.

Zunar berkata, mereka akan memfokuskan karya kepada isu semasa seperti urusniaga pembelian kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis dan isu berkaitan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Katanya, kartun itu kemudiannya akan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk risalah, poster, sepanduk dan video.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mengingatkan parti politik agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur individu dalam pilihan raya umum kerana ia tidak sesuai dan dilihat tidak serius.

Bercanggah dengan undang-undang, lucu

Katanya, SPR akan menggunakan peruntukan bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menurunkan poster atau sepanduk seperti itu untuk menjaga imej calon bertanding, di samping mewujudkan disiplin.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Zunar berkata, tindakan SPR itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah melucukan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam pilihan raya.

"Dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya,"
kata Zulkiflee.

Zulkiflee berkata, SPR patut memberikan perhatian kepada mesej bahan kempen dan bukannya medium.

"Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua bentuk medium perlu diambil tindakan," katanya yang terkenal dengan kartun berbentuk satira politik.

"SPR seharusnya gunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan BERSIH daripada berbicara soal kartun dan karikatur."


PRU13: Kempen dilarang guna karikatur

JOHOR BAHRU - Parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) peringkat negeri Johor di Senai hari ini.

SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk seperti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata keputusan itu adalah untuk menjaga imej pemimpin dan calon yang bertanding di samping mewujudkan disiplin dalam pemasangan poster pada pilihan raya umum itu nanti.

Sementara itu sebanyak 26 PPPKR diwujudkan di semua kawasan Parlimen di Johor bagi memantau dan menjalankan penguatkuasaan ketika tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.

Johor mempunyai 1.5 juta pengundi berdaftar, katanya.
- Bernama















1 comments:

Thursday, May 31, 2012

Azmin dan Shamsidar 'pengotor'......taklah macam Bro dan Sis nih...'game' dia orang 'bersih'...

Secara tiba-tiba Raja Petra mahu SPRM bukak balik 'fail' 17 tahun yang lalu yang telah lama ditelan 'arkib' kononnya kes Azmin dan isterinya Shamsidar mempunyai jumlah harta yang amat luarbiasa.

Kenapa sekarang dan tidak di PRU12, PRU11 dan PRU10, 'game' yang cuba dimintak 'replay' ini?

Raja Petra cuba membuktikan Azmin dan Shamsidar ber'main' kotor. [sumber .]

Tidak seperti bekas Ketua Pengarah Imigresen ini......'game' beliau bersih seperti diputuskan oleh Mahkamah [sumber .]......begitu jugak dengan Shahrizat.....'game' dia orang bersih seperti diputuskan oleh SPRM. [sumber .]

Untuk pendekkan cerita, lain kali menuntutlah dengan 'jurulatih' yang pro yang boleh ajar segala teknik dan taktik agar sesuatu 'game' nampak bersih......agak2nya siapa jurulatih yang amat pro tu?.....Rasa2nya tentu 'jurulatih' tu seorang yang veteran dan banyak pengalaman.....siapa ye?

Oleh kerana bukan setakat Umno/BN saja yang merasakan mereka akan merudum dalam PRU13 nanti, malah para penganalisa politik hatta sang 'katak' pun merasakan demikian.....jadi segala keputusan 'game-game' yang lama dulu akan dimintak 'replay'.

al-brangionline:

Terdesak sungguh mereka.....dan ramai yg kata kali ni pasti sengit 'game'nya.

'Jam session'......lepas tu sokong BN wahai orang muda......Umno/BN terdesak lagi...alahai...

Umno/BN 'sogok' hiburan lagi kepada anak muda.
Gambar-gambar konsert di atas sempena 'Himpunan Jutaan Belia 2012'


Kali ini dalam sesi 'sogokan' untuk sekian kalinya dalam program 'Kosert Jelajah BN Pilihan Saya'. [sumber ]

Memang konpom Umno/BN teramat-amat terdesak dengan sokongan anak muda......sekurang-kurangnya Umno/BN tak nak yang sudah di'kendung' berciciran kerana yang dikejar tak dapat.

Dengar ceritanya BR1M versi kedua akan dihamburkan sekali lagi sebelum PRU13 dipanggil......jelas sekali Presiden Umno sedang berkejaran dengan masa......banyak lagi belum selesai sebelum panggil PRU13.

al-brangionline:

Yang dikejar tak dapat2......yang dikendung tiris, bocor berciciran.....

Memang benar kata2......untuk melihat masa depan negara...tengoklah pada golongan remaja masa sekarang.

SULTAN KELANTAN DI TERATAK RAKYAT

BERAPE HARGA PLAT KETA SULTAN KELANTAN?



 

Sekali pandang tak ada apa pun yang pelik dan 'special' gambar diatas ini. Gambar ialah Kenderaan rasmi KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Yang menarik nya ialah 'plate number' kereta tersebut. Plate tersebut ditulis dalam bentuk tulisan jawi.

Tulisan jawi dikeluarkan dari pembelajaran sekolah kebangsaan pada 1969 oleh Menteri Pelajaran masa itu Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Lama kelamaan tulisan jawi semakin terpinggir sehingga beberapa tahun lepas, akhbar Utusan Melayu(jawi) pun lingkup. Penerbitan terakhir nya pada januari 2006. Masa tu bukan main lagi juak juak UMNO menjadi juara untuk membela tulisan jawi konon nya. Jenis dasar penipu, lama lama senyap.

Satu satu nya negeri yang masih cuba mendaulatkan tulisan jawi hanya lah Kelantan. Bukan setakat cakap tapi diiringi dengan pelaksanaan apabila Sultan Kelantan sendiri menggunakan tulisan jawi pada kereta baginda.




.....  apapun YM Sultan gua yang terbaekkkkkkkkkkkk... YM pakai plate keta yang tuanku suka.... suka hati tuanku la nak tulis ape pada plate keta... keta tuanku.... taknak pakai plate pun apa ada hal...... hahahahahaha
Pemuda PAS Wangsa Maju
Himpunan Hijau: Polis ambil tindakan jika kecoh

31 Mei 2012
ALOR SETAR - Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang mencetuskan kekacauan sepanjang berlangsungnya 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' anjuran PAS di Stadium Darul Aman di sini esok.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab berkata pihaknya akan menghalang sebarang demontrasi oleh pihak lain di tempat sama bagi mengelak berlaku pergaduhan akibat provokasi itu. 


Beliau berkata setakat ini hasil risikan pihaknya mendapati tidak ada mana-mana pihak atau individu yang merancang melakukan provokasi terhadap himpunan tersebut. 


Katanya pada masa sama pihaknya akan menempatkan 550 anggota polis yang akan mengawal ketenteraman awam, keselamatan, trafik dan jenayah di sekitar stadium yang bakal disertai 30,000 hingga 40,000 anggota dan  penyokong PAS.


"Kita juga telah bentuk satu pasukan untuk memantau di sekitar kawasan stadium tersebut daripada berlaku kejadian yang tidak diingini seperti letupan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.


Abdul Ghafar berkata pihaknya menjangkakan tiga jalan utama iaitu Jalan Tun Razak, Jalan Stadium dan Lebuhraya Darul Aman akan sesak dan akan menempatkan anggota trafik untuk mengawal lalu lintas di kawasan tersebut bagi memudahkan mereka ke stadium.


Beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan berkunjung ke pusat bandar agar mengambil jalan alternatif lain bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan trafik di tiga jalan tersebut.


"Bagi mereka yang datang dengan bas, mereka boleh menurunkan penumpang di sekitar stadium dan meletakkan bas di Kompleks Pendidikan Negeri, Dataran Masjid Zahir, Stadium Sultan Abdul Halim, Wisma Darul Aman dan Taman Jubli Emas. 


"Kita turut menempatkan anggota trafik di Pekan Rabu kerana orang ramai dan peserta himpunan tersebut mungkin akan berkunjung di situ," katanya. 


Himpunan Hijau itu akan bermula 9 pagi esok di Kompleks PAS negeri, Kota Sarang Semut dekat sini manakala pukul 4.30 petang hingga 12 tengah malam pula akan berlangsung di Stadium Darul Aman.


Pada perhimpunan itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beberapa pemimpin parti itu turut hadir.  -- Bernama
SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves 'bersih'
Jamilah Hamzah
31 Mei 2012
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
bercakap pada sidang media berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.

Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor.


Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.


"Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua," katanya.


Sebelum ini, kenyataan media melaporkan  Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.


Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai.

Halang PR Guna Logo: SPR Berniat Jahat Menangkan Umno – Tian Chua


Tindakan terdesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengekalkan kuasa regim Umno BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) dengan menghalang Pakatan Rakyat (PR) menggunakan logo sendiri membuktikan agensi itu berniat jahat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

“Ini membuktikan SPR yang sememangnya milik Umno dan tindakan itu sememangnya berniat jahat.

"Apa lagi saya boleh katakan kalau ini sebenarnya kerja tahap gila SPR mahu jaga ‘majikan’ mereka," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas pengumuman mengejut oleh SPR bahawa PR tidak dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri dalam PRU 13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

Ekoran itu kata Tian, sekali lagi SPR membuktikan bahawa pihaknya tidak berminat membersihkan undi, sebaliknya tidak habis-habis mencari jalan mahu ‘melenyapkan’ PR.

“Mereka tiada niat untuk membersihkan daftar pemilih dan segala masalah lain bersangkutan, tetapi jelas apa yang dilakukan mereka bertentangan dengan tanggungjawab SPR itu sendiri.

“Kerja SPR sekarang hanya mencari jalan dan berusaha untuk memenangkan BN,” ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar berkata, bendera parti-parti komponen PR tidak boleh diletakkan di kawasan di mana mereka tidak bertanding, atau ia akan diturunkan.

Jelas Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, undang-undang pilihan raya hanya membenarkan parti-parti yang bertanding memaparkan logo mereka yang berdaftar di dalam kawasan pilihan raya yang ditandingi.

“Setahu saya, kalau musim PRU, tiada lagi had sempadan untuk meletakkan bendera, contohnya saya di Parlimen Batu, ada bendera KEADILAN.

“Tapi bagaimana kawasan sempadan iaitu Parlimen Titiwangsa, mereka mahu naikkan bendera PAS, begitu juga dengan penyokong mahukan bendera PAS dan KEADILAN,” kata Tian lagi. -KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok

Harakahdaily, 31 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.

Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

"InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.

Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat.

Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah.

"Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.

Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.

Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.

Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana.

Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

Thursday, May 31

TERHOT: Nik Aziz nak pekena Harussani... kahkahkah...

Harussani jadi orang tengah debat Najib-Anwar

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Mufti Perak itu tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang tengah debat PAS dan Umno, sebaliknya menjadi orang tengah debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco bagi mengulas kenyataan Mufti Perak itu yang menyerangnya dalam media dua hari lalu.

Harusani dalam media berkenaan mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai ‘melampau’ kerana meletakkan syarat untuk muzakarah dengan Umno dan menyifatkannya tidak mahu melihat perpaduan dalam Islam.

“Saya nak minta dia (Harussani) jadi orang tengah debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Dia dah hentam PAS, tetapi nak jadi orang tengah (muzakarah PAS-Umno), mana ada orang nak terima dia.

Tambahnya, andainya Harussani enggan, beliau tidak perlu lagi bercakap banyak dan menyentuh pihak lain.

Pada masa yang sama Tuan Guru turut menjawab kenyataan Harussani yang mempersoal PAS inginkan kerusi pada pilihanraya.

Menurut Tuan Guru, kaedah sekarang sememangnya memerlukan kerusi untuk berdakwah dan menegakkan syariat.

“Andainya tidak ada kerusi, bagaimana kita nak berdakwah," ujarnya.-
Harakahdaily


Bidasan Pedas Dr. Asri Zainal Abidin Mengenai No. Plat WWW1

Apa yang berlaku ke atas DS Nizar , Addin amat simpati kerana tiada cuba membela atau mempertahankan kenyataan DS Nizar. Addin secara peribadi menyokong apa yang di cetuskan oleh DS Nizar. Sudah tentu kita sebagai rakyat terasa terkesan dengan tindakan segelintir pemimpin sekiranya berkelakuan begitu.
Pandangan berkenaan DS Nizar memohon maaf mengenai kenyataan itu mungkin  DS Nizar ada alasanya tersendiri.



Bagi Addin, ianya rasa kurang perlu kerana DS Nizar bukannya menghina tetapi sekadar menegur. Kita sebagai manusia harus sentiasa di tegur dan nasihat menasihati supaya tidak tergelincir dari landasannya yang sebenar.


Mujurlah ada seorang pendakwah bebas, bekas mufti Perlis yang memberi pandangan berkenaan isu ini yang agak keras tetapi mengenai sasarannya. Mungkin boleh di jadikan iktibar, golongan pencacai elok menonton video nih..



kredit video ~ manjungmari
Pas tidak akan khianati Pakatan
Wartawan Sinar Harian
31 Mei 2012
Pas tidak akan khianati Pakatan
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, pihaknya tidak akan mengkhianati perjanjian untuk bersama dengan dua rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) - perikatan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya menerima perjanjian tersebut memandangkan PR memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan manakala Umno pula tidak menunjukkan sikap sedemikian.

Dalam soal ini, pemimpin veteran Pas ini menegaskan, tidak timbul isu parti Islam itu lebih kuat berbanding Umno dan BN sehingga kononnya menolak pelawaan parti lawan mereka untuk berunding aspek kerjasama politik.

"Soal Pas kuat atau Umno-BN lemah, itu bukan isunya. Kami tidak mahu mendabik dada, tetapi kita tidak akan mengkhianati perjanjian dengan komponen Pakatan Rakyat dan akan lawan BN menghadapi PRU ini.

"PR memperjuangkan keadilan, kesaksamaan dan Umno tidak menunjukkan sikap seperti itu," kata beliau dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian dan Sinar Harian Online, semalam.

Menjawab soalan mengapa Pas tidak pernah terlintas untuk dengan bekerjasama dengan Umno, Mustafa berkata, berdasarkan pengalaman terdahulu, Umno pada awalnya mempunyai hasrat yang jujur, tetapi hasrat pemimpin kini tidak lagi sedemikian.
 
Beliau turut berkongsi pengalaman Pas bersama BN awal 1970-an ketika era Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak.

"Pengalaman lalu, sesiapa yang bekerjasama dengan Umno akan dikawal dan selepas itu banyak berlakunya perbezaan pandangan. Peluang untuk kerjasama itu tidak berlaku kali ini, biarlah (bersama) PR menghadapi PRU kali ini, untuk 50 tahun akan datang, kita tidak tahu," kata beliau lagi.

Mustafa juga berkata, aspek bermuzakarah antara Pas dan Umno juga telah disalah tafsir oleh media.


"Bila disebut muzakarah untuk menerangkan tentang Islam, bukanlah bermaksud  kerjasama Umno dan Pas. Isu ini sudah lama, sejak dulu lagi.


"Kita sekarang ini berdepan dengan PRU, bukan lagi kerjasama politik antara Pas dengan Umno, sebaliknya Pas konsisten hanya dengan Pakatan," katanya.

JADI PENGEMIS JASA PULAK !

Khamis, 31 Mei 2012

Kantoi : Kumpulan 'senaman punggung' tuntut duit kopi, tanah dari Kerajaan Selangor

Kumpulan pesara tentera yang terkenal dengan aksi "senaman punggung" depan rumah Datuk S Ambiga menuntut "duit kopi" diberikan kepada golongan itu yang memegang pingat diraja dan tanah 20 ekar untuk kebajikan mereka.

Permintaan pemberian bulanan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala tuntutan tanah itu dikemukakan kepada kerajaan Selangor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata, bayaran bulanan dariapda kementerian dicadangkan sebanyak RM300 kepada penerima Pingat Jasa Negara (PJN) sebagai penghargaan sebagai tanda penghargaan.


"Hargailah jasa dengan beri pingat PJN, bila disarungkan, kalau tak ada imbuhan tak ada nilainya," katanya sambil memuji Zahid sebagai menteri bertanggungjawab dan berwibawa.

Beliau juga mencadangkan Ahmad Zahid berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendirikan rumah kos rendah yang boleh dimiliki oleh pesara tentera di ibu negara.

Mohd Ali yang dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mahu pemimpin Umno memainkan peranan 'melobi' perdana menteri supaya pesara tentera diserap dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana ramai mempunyai masalah pekerjaan selepas bersara.

"Saya minta Datuk Seri tunaikan janji untuk beri saguhati pada veteran dan saya akan sokong Datuk Seri dan akan kumpulkan 40,000 bekas tentera yang pencen bersama keluarga menyatakan pendirian kami, veteran berterima kasih pada kerajaan BN sampai bila-bila," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Ali juga menuntut Selangor memberikan permintaan 20,000 ekar tanah untuk seorang pesara seperti diminta oleh sebuah lagi NGO pesara tentera yang cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau bagi tanah di Selangor sebanyak 20 ekar, hari ini juga saya masuk KERABAT. Saya akan berhenti, masuk dengan dia.

"Tapi kenalah bagi orang-orang saya 20 ekar tanah dekat Bandar Bukit Puchong. Kalau Selangor bagi 20 ekar tanah, hari ini juga saya letak semua jawatan dan masuk KERABAT," katanya.

Oktober tahun lalu, KERABAT menyerahkan memorandum memohon anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berdasarkan Perintah Majlis Angakatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973.

Khamis, 31 Mei 2012

Laporan penuh Kes Kapal Selam

Suaram, NGO hak asasi manusia terkemuka di Malaysia, mengalu-alukan semua media, kedua-dua media serantau dan Malaysia, serta ahli-ahli masyarakat diplomatik di Bangkok, taklimat media ini eksklusif, pada satu skandal rasuah yang paling sensasi dan kontroversi di negara kita, dan mungkin di rantau ASEAN.

Ini merupakan sidang media bersama yang pertama antara peguam Perancis dan pasukan SUARAM, berikutan bermulanya siasatan kehakiman di instance Tribunal Grande De di Paris, yang akan menyiasat jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua Malaysia dan Perancis.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, delegasi Suaram yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel dan Fadiah Nadwa Fikri, kembali selepas suatu pendengaran berjaya sebelum Hakim Roger Le Loire, salah satu daripada dua orang Hakim Arahan yang ditugaskan untuk menyelia kes itu.

Hakim telah terutamanya menerima senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan termasuk semasa Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri Pertahanan dan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan seorang tokoh utama dalam proses perolehan, Abdul Razak Baginda sebagai saksi utama yang boleh terus membantu dalam siasatan di hadapan Tribunal.

Akses kepada kertas siasatan

Berikutan bermulanya siasatan itu, SUARAM telah mendapat akses penuh istimewa kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dibuat diakses oleh SUARAM sebagai Plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal Perancis).

Undang-undang Perancis menyediakan kekangan beberapa kawasan akses. Walaupun kita tidak mampu untuk mendapatkan salinan keras dan mengedarkan salinan, kami bagaimanapun berhak untuk paparan penuh dokumen dan dapat memetik mereka kepada media dan orang ramai.

Ia juga penting untuk diambil perhatian bahawa aduan yang dibuat oleh SUARAM telah membawa kepada bermulanya penyiasatan jenayah yang baru sahaja dibuka, meninggalkan kemungkinan besar pendakwaan jenayah mereka yang terlibat dalam skandal rasuah ini. Peguam kami telah diingatkan bahawa pegawai Perancis dan Malaysia serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam skandal rasuah boleh dimasukkan ke dalam senarai “suspek” sebagai hasil kes jenayah di Mahkamah Perancis.

Bidang kuasa undang-undang Malaysia obligasi undang-undang di bawah konvensyen PBB menentang rasuah (Uncac)

Malaysia sebagai penandatangan kepada UNCAC sejak 2008, kini wajib untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah.

Pihak Negeri terikat di sisi undang-undang untuk memberi bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah.

Trend melungkungi dalam memerangi rasuah trans-sempadan ialah bidang kuasa sejagat. Ini bermakna negara boleh dibawa ke mahkamah dan mendakwa di negara itu yang dituduh telah melakukan satu kesalahan jenayah di negara lain.

Skandal kapal selam Scorpene menyediakan platform untuk bidang kuasa sejagat yang terpakai. Dengan mengesahkan UNCAC, Malaysia telah memberi isyarat kepada dunia kesediaan kami untuk mengemukakan kepada rangka kerja kerjasama antarabangsa.

Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni huraikan dari SUARAM, menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan. Penerimaan daripada 7 saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, Hakim Perancis telah diminta untuk butir-butir penuh dengan orang-orang yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana beliau merasakan tindakan itu patut dilakukan.

SUARAM peguam Joseph Breham telah menerangkan lagi bahawa mahkamah Perancis dapat mengambil beberapa tindakan khusus untuk memaksa Malaysia membantu dalam siasatan dan perbicaraan yang sedang dijalankan.

1. Hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi.

2. Setelah suatu sepina dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam kerja-kerja.

3. Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan suatu notis “mandat d ‘amener”, memaksa saksi untuk hadir di hadapan.

4. Jika saksi itu gagal untuk memaksa, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan dalam sempadan wilayah Perancis, dan boleh diantarabangsakan, jika hakim yang difikirkan perlu.

5. Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa.

Siasatan Jenayah

Berikutan permulaan kes sivil antara SUARAM dan DCNS, pihak berkuasa Perancis telah memulakan jenayah siasatan terhadap beberapa pegawai tertinggi DCNS  .

Hasil siasatan boleh membawa kepada pendakwaan beberapa pegawai yang berkaitan dalam proses perolehan. Saksi-saksi yang dinamakan dalam kes sivil juga boleh dibawa ke dalam senarai suspek untuk membantu dalam siasatan jenayah.

Pendedahan dan penemuan

SUARAM telah mempunyai beberapa persidangan media di Malaysia,untuk mendedahkan maklumat dan perkembangan kes itu.pihak berkuasa Malaysia   telah menolak sebarang bentuk kerjasama setakat ini.

Apabila SUARAM memfailkan aduan dalam sistem kehakiman Perancis, pada bulan April 2010, pendakwa awam menyerbu pejabat DCNS, dan merampas dokumen-dokumen sulit, termasuk kontrak perolehan, bilik kebal bank, invois dan dokumentasi lain yang penting yang dibenarkan untuk siasatan lanjut.

Penemuan khusus dari dokumen di Paris

Dokumen 97.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 berkaitan dengan satu temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia Perancis sebagai pertahanan.

Dalam dokumen tagged “Malaysia”, terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI.

Laporan tersebut mengandungi nota mengenai “Retracing latar belakang rundingan”. Nota menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik.

Nota secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (UMNO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari mandators mereka.

Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik.  nota lanjut bahawa kedua-dua Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda mempunyai hubungan politik yang kuat sebagai Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah dekat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda rapat dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nota juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula untuk menurun berikutan kejatuhan itu daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor  dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudiannya digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda.

Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang.

Nota itu menyatakan:

“Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya adalah seorang kawan rapat Menteri isteri Pertahanan. Oleh itu, Baginda menjadi pusat rangkaian, Terasasi dikaitkan kepada Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Noor Mohd “.

Dua Dokumen Terdahulu

Sebaik sahaja kembali dari Perancis selepas bertemu dengan Hakim Roger Le Loire di Tribunal de Grande instance pada 19 April 2012 dan selepas mendapat akses penuh kepada kertas siasatan, SUARAM telah mendedahkan dua dokumen penting: dokumen 87 dan 144.

Dokumen 87
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada D. Arnaud Di Sk ke BAIOCCO dan SAUVAGEOT dengan “PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT” sebagai subjek.

Encik DuPont memperincikan kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai akujanji dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).

Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO' SERI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD 1 bilion untuk penginapan (di Perancis) Perimekar.

Dokumen 144

Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011. Sampul surat yang terkandung:

- Satu folder sub bertajuk “C4″
- Satu folder sub bertajuk “invois”
- Fail PDF
- Ibu jari pemacu USB

Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia.

Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak Euro 359, 450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:

“Razak demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite. le avec un   “.

Terjemahan: "Razak permintaan jika agar SF boleh diambil kira dengan segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan".

Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.

Kesimpulan

Panggilan SUARAM untuk akauntabiliti bagi jenayah yang serius rasuah telah diendahkan walaupun usaha berterusan untuk menuntut jawapan daripada Kerajaan Malaysia.

Desakan pemimpin kerajaan kami bahawa undang-undang Perancis tidak boleh mencapai mereka, bercakap banyak kejahilan, ditambah pula dengan kekurangan kesungguhan politik untuk melaksanakan obligasinya di bawah UNCAC.

Walau bagaimanapun, ini tidak akan dalam apa jua cara menghalang penentuan SUARAM untuk membongkar kebenaran dalam usaha untuk akauntabiliti.

Dengan mengambil kes bagi pihak pembayar cukai Malaysia, SUARAM berikrar untuk meneruskan usaha dalam Krisis kebenaran sebagai kes berjalan di Mahkamah Perancis dalam masa terdekat.
NFC: Shahrizat bersih, kata SPRM
Jamilah Hamzah
31 Mei 2012 

 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat sama sekali dalam keputusan menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan RM250 juta, yang muncul kontroversi akhir tahun lalu.

Justeru, Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan berkenaan pembabitan Sharizat dalam kes NFC kini ditutup.

"Kami mendapati beliau tidak terlibat dalam  proses penganugerahan pinjaman," kata beliau pada sidang media hari ini.

Shahrizat dibenarkan pinda tuntutan saman terhadap Zuraida, Rafizi

May 31, 2012
Shahrizat (tengah) menuduh dua ahli PKR itu sengaja melancarkan kempen bagi mencemari nama baik beliau. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
 
Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu berikutan tiada bantahan daripada Zuraida dan Mohd Rafizi.

Shahrizat diwakili peguam Datuk Ahmad Redza Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Mohd Rafizi.

Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Ketua Wanita Umno itu mendakwa kedua-dua defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk “serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah” beliau dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.
Perbicaraan kes saman tersebut ditetap pada 6 dan 10 Ogos. — Bernama

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.