Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 30 November 2012

PAU : Lagu rintih nasib Melayu buat perwakilan sebak..dulu kini dan selamanya melayu kena lebong UMNO....!!!!

Para perwakilan dan pimpinan di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini bangun berdiri dalam keadaan terharu dan ada di antara mereka yang menangis dek tersentuh dengan seorang perwakilan kelab Umno luar negara yang menyanyikan lagi 'Anak Kecil Main Api'.

Ia merupakan sebuah lagu mengenai keluhan nasib bangsa Melayu yang tersisih di bumi sendiri.

Lirik lagu yang dinyanyikan oleh wakil Kelab Umno Tokyo Ariff Yasir Zulkifli antara lainnya menyebut: "Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang,"

"Nenek moyang kaya-raya, tergadai segala harta benda, akibat sengketa sesama kita, pribumi merintih sendiri".

Turut menyanyikan lagu itu ialah Pengerusi Tetap Tan Sri Amiruldin Bahruldin dan juga para perwakilan.

Ariff Yassir kemudiannya melaungkan slogan "Hidup Melayu!" beberapa kali yang turut diikuti para perwakilan.

Lagu berkenaan diajar kepada individu yang mengikuti kursus di agensi kerajaan dan juga kepada siswa yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Lirik itu menceritakan mengenai pergaduhan di kalangan orang Melayu yang menyebabkan golongan itu hanya memiliki kuasa politik akibat tetapi kehilangan semua kekayaan.

Lagu itu menggesa kaum Melayu untuk menggunakan kuasa politik bagi membebaskan mereka serta  meraih semula kekayaan dan tanah air.

Lirik lagu tersebut ditulis oleh seorang bekas pemimpin Biro Tata Negara (BTN).

HU YOO ! PAKATAN RAKYAT POWER !

KALO SAYA LA PM, DAH LAMA BONTOT AHMAD MASLAN NI KENA TENDANG !

Friday, November 30, 2012

Harga Saham FGV jatuh sebab Pakatan Rakyat jahat kata Ahmad Maslan..


Apa yang menyerlahkan kebodohan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga ketua penerangan UMNO ini ialah apabila beliau berkata laporan negative adalah punca harga saham FGV terus menjunam..

Ini kerana selain FGV, Lynas yang beroperasi di Gebeng juga mendapat laporan-laporan yang negative mengenai operasinya tetapi biarpun begitu Saham Lynas meningkat A5.5 sen atau 8.73 peratus kepada A68.5 sen.

Harga saham Lynas Corporation melonjak selepas syarikat itu menyatakan yang konsentrat bumi nadir telahpun tiba untuk pemprosesan di kilangnya di Gebeng, Kuantan.

Laporan berkaitan..

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain kejatuhan harga komoditi sawit, laporan negatif terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan antara punca harga saham syarikat gergasi perladangan itu jatuh.

"Ini (laporan negatif) antara puncalah. Hari itu tuduh Genting ada RM400 juta saham dalam Felda. Saham ini bergantung pada emosi juga.


"...di antara saya sebut (laporan negatif punca saham jatuh). Selain daripada pasaran sawit dunia. Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini.


"Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?," katanya dalam sidang media selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini.


Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita berhubung kemerosotan harga sahamyang dibangkitkan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV.


Malaysiakini pada 12 November lalu melaporkan saham FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraian RM4.55 ke paras RM4.53.


Pada hari ini, harga saham berkenaan hari ini susut empat sen, atau 0.87 peratus kepada RM4.55 sehingga pukul 11.33 pagi setelah penganalisis menjangka keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan untuk FGV.


Laporan Bernama hari ini memetik kenyataan seorang penganalisis yang berkata unjuran keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang rendah semasa tiga bulan dalam kajian.


Menurut penganalisis itu lagi, FGVH juga mungkin berhadapan dengan masalah pokok sawit tua - sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang sawitnya.


Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad ketika mengulas mengenai trend penurunan harga berkenaan pada pertengahan Oktober lalu berkata perkara itu hanyalah sementara kerana ia bergantung kepada harga pasaran komoditi sawit dunia.


Isa berkata situasi berkenaan "tidak membimbangkan" dan yakin harga saham tersebut akan meningkat semula dalam tempoh terdekat berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna ~
Malaysiakini
Husam: Tiada maaf jika tidak bayar royalti Kelantan
Wartawan Sinar Harian
30 November 2012
Husam Musa
Datuk Husam Musa
 
KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengumumkan penyerahan wang royalti Kelantan sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas memohon maaf kepada rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Islam menetapkan mereka yang memohon maaf perlu memulangkan perkara yang diambil selain tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.


“Dalam kes wang royalti, permohonan maaf tidak boleh diterima kerana wang Kelantan terus diambil oleh Kerajaan Pusat.


"Jadi beliau hanya minta maaf untuk mempermainkan rakyat Kelantan dan ini tidak lebih dari retorik menjelang pilihan raya,” katanya kepada pemberita, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno semalam, yang meminta maaf bagi pihak pimpinan Umno dan kerajaan atas segala kesalahan yang dilakukan.


Najib, Presiden Umno, turut berikrar beliau bersama-sama pimpinan Umno akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menaikkan martabat orang Melayu.


Pada Ogos 2010 Kerajaan Kelantan telah memfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009 setelah Kerajaan Pusat enggan menyerahkan wang royalti.


Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk menjadi defenden kedua.


Namun Ogos lalu, Perdana Menteri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Ku Li: 'Umno sudah pulih, tapi jangan alpa'

30 November 2012
AGM Umno - Kelab Umno Luar Negara
Perwakilan Puteri Umno tidak dapat menahan air mata ketika wakil Kelab Umno Luar Negara, Ariff Yasir Zulkafli menyanyikan lagu "Anak Kecil Bermain Api" ketika membahaskan ucapan
 
KUALA LUMPUR - Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun Umno telah pulih selepas kejutan pilihan raya umum (PRU) 2008, transformasi parti perlu diteruskan bagi memastikan Umno kekal relevan sepanjang zaman.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata. dalam sebuah parti politik seperti Umno, transformasi adalah sesuatu yang perlu dilakukan secara konsisten bagi memastikan kesinambungan yang berterusan.


"Melihat semangat dan kepimpinan Umno kini yang rajin turun padang mendekati serta menyelami jiwa rakyat, tidak lupa sokongan generasi muda meningkat, jadi betul kita sudah pulih.


"Tetapi kita jangan alpa, kita kena terus lakukan transformasi seperti melatih pemimpin muda menggantikan kita bagi menjadikan Umno kekal kukuh pada masa depan," katanya kepada Bernama di luar Persidangan Agung Umno 2012, di sini hari ini.


Semalam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno telah pulih selepas kejutan PRU 2008, dan kini cukup bersedia menghadapi PRU ke-13.


Mengulas mengenai sokongan generasi muda, Tengku Razaleigh berkata, walaupun ada generasi muda pada masa ini dilihat berada atas pagar, perkara itu perlu diambil secara positif oleh Umno.


"Ini berbeza dengan PRU lepas yang banyak pendapat mengatakan orang muda ini banyak sokong pembangkang, jadi sekarang bila banyak orang muda atas pagar maknanya sokongan itu sudah mula condong ke arah kita.


"Ia suatu perkara positif, namun kita jangan mendabik dada sekarang. Usaha perlu dilakukan bagi menarik terus golongan ini ke arah kita, di sini jentera Umno terutamanya Pemuda dan Puteri memainkan peranan penting," katanya.


Beliau berkata, kekangan terhadap kebebasan generasi muda, terutamanya untuk berpolitik merupakan satu masalah yang perlu ditangani secara halus oleh kepimpinan Umno.


"Generasi muda ini bila mereka dikongkong akan memberontak, jadi kita kena beri kebebasan pada mereka. Tetapi bila terlalu banyak kebebasan dikhuatiri perkara lain terjadi, maka suatu mekanisme yang 'berjalan di tengah' perlu dicari, kebebasan tapi masih ada nilai murni orang kita," katanya.


Tengku Razaleigh yang mengakui perlu ada lebih ramai pemimpin muda dalam Umno, menekankan pada masa yang sama harus ada keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan yang berpengalaman.


"Perlu ada satu sistem seperti 'check and balance'...bila orang muda mahu lakukan ini orang berpengalaman mesti tengok apa kesannya, bila orang berpengalaman buat ini orang muda kena tengok selari atau tidak dengan aspirasi mereka," katanya. - Bernama
Kemaluan disimbah asid disyaki perkosa gadis bawah umur

30 November 2012
GEORGE TOWN - Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.
  
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.
  
"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.
  
Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.
  
Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
  
Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama

30 November, 2012

Naib Ketua Wanita Umno Sertai PKR

PKR serang, dakwa Najib bukan pengurus kewangan baik
RUZY ADILA IDRIS
30 November 2012
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA - PKR menyerang balik dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan seorang pengurus kewangan yang baik kerana telah menyumbang kepada hutang negara yang melonjak lima kali ganda berbanding ketika Kementerian Kewangan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa jumlah hutang yang digandakan Najib berjumlah RM456 bilion pada akhir tahun 2011 berbanding RM103 bilion ketika akhir 1998.

"Sepanjang tempoh Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997.


"Pencapaian ekonomi Najib tidak pernah sekalipun dapat mengatasi pencapaian Anwar dan tidak ada seorang menteri kewangan pun berjaya capai lebihan belanjawan seperti masa Anwar," katanya pada sidang media di sini, hari ini mengulas kenyataan Najib  yang dibangkitkan dalam ucapan dasarnya semalam.
 
Najib mendakwa Anwar bukan seorang pengurus ekonomi negara yang baik.
Najib menjadi Menteri Kewangan pada September 2008 manakala Anwar menjawat jawatan itu dari 1991 hingga 1998. Anwar dipecat dari jawatan kerajaan dan parti pada 1998.

"Kegilaan berhutang dan berborosan ini berlaku tatkala Najib memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.


"Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas, kecuali Najib," dakwanya Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
 
Azmin menambah, kenyataan tersebut dibuat bagi menjawab serangan Najib terhadap Anwar mengenai keupayaan negara menguruskan ekonomi negara ketika beliau menganggotai kerajaan sehingga 1998.

"Sepanjang Anwar sebagai menteri kewangan dan berbanding bahawa rekod trek Najib, menunjukkan bahawa Anwar mendapat keputusan yang lebih baik untuk pertumbuhan ekonomi, mengurangkan defisit dan hutang, dan menggunakan dana dari Petronas.

"Anwar mengurangkan hutang negara, dengan perbelanjaan berhemat yang meningkat pendapatan atas perbelanjaan, tidak membebankan Petronas dan ekonomi berkembang antara sembilan peratus kepada 10 peratus, sedangkan Najib mengambil 10 kali lebih banyak wang daripada Petronas, menyebabkan hutang negara meningkat," katanya.

Dalam pada itu, Azmin turut menuduh Najib cuba menakut-nakutkan pengundi terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan mengatakan negara akan muflis jika ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa rakyat lebih bijak membuat pilihan seperti yang telah dilakukan pada 2008.

"Angka bercakap untuk dirinya sendiri," katanya.


Semalam, dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata,  Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PR bukanlah pengurus ekonomi yang cekap kerana gagal menangani krisis kewangan Asia yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.
 
"...terbukti, menteri kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi ketua pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap," kata Najib.

Katanya, tindakan Anwar ketika itu, memotong perbelanjaan pembangunan dan menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun kerana mengguna pakai dasar maya Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karibnya, mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat, khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, beza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.
 
BERIKUT KENYATAAN PENUH AZMIN ALI
PERBANDINGAN PENCAPAIAN PENTADBIRAN EKONOMI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM: RAKYAT ARIF MEMBEZAKAN ANGKA EKONOMI

Serangan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlah perkara baru. Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat; kononnya negara akan muflis jika Umno tidak diberikan kuasa untuk memerintah.

Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih PKR dan dan rakan-rakan Pas dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di Malaysia seperti Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan Perak. Maknanya, rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik Umno-BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian ekonomi negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak politics of fear yang dibawa oleh Presiden Umno.

Cara terbaik menilai keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan[1]
Tahun
1992
1993
1994
1995
1996
1997
% pertumbuhan[2]
8.8
9.9
9.2
9.8
10.0
7.3
 
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan[3]
Tahun
2009
2010
2011
% pertumbuhan[4]
(1.5)
7.2
5.1
Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tatkala Datuk Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9 hingga 10 peratus dalam tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib (2009) telah membawa ekonomi negara dari tahun pertama pentadbirannya ke arah sebaliknya dan menjurus ke arah ekonomi yang semakin gawat, sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.

Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9 hingga 10 peratus semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan yang lembap sekitar 4 hingga 5 peratus sekarang, disamping pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti kos sara hidup yang semakin tinggi.

Rekod ekonomi Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas beliau, menteri-menteri kewangan Umno mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang boros dan tidak berhemah sedangkan hasil tidak bertambah.

Justeru itu, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.

Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim:

Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara[5]
Tahun
1992
1993
1994
1995
1996
1997
Lebihan/Defisit (%)
(0.8)
0.2
2.3
0.8
0.7
2.4
Jumlah hutang negara (RM b)
97
96
93
91
90
89
 
Tahun
1998
1999
2000
2001
2002
2003
Lebihan/Defisit (%)
(1.8)
(3.2)
(5.5)
(5.2)
(5.3)
(5.0)
Jumlah hutang negara (RM b)
103
112
126
146
165
189
 
 
 
Tahun
2004
2005
2006
2007
2008
2009
Lebihan/Defisit (%)
(4.1)
(3.4)
(3.2)
(3.1)
(4.6)
(6.7)
Jumlah hutang negara (RM b)
217
229
242
267
306
362
 
Tahun
2010
2011
Lebihan/Defisit (%)
(5.4)
(4.8)
Jumlah hutang negara (RM b)
407
456
 
Sepanjang tempoh Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hutang negara yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kini mencecah RM456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 peratus daripada KDNK.

Kegilaan berhutang dan belanja secara boros ini berlaku tatkala Datuk Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:
 
Tahun
1992
1993
1994
1995
1996
1997
Dividen PETRONAS (RM b)
 
3.1
 
3.1
 
3.1
 
3.1
 
3.1
 
3.1
Jumlah dividen yang disumbangkan Petronas semasa Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan[6]
 
Tahun
2004
2005
2006
2007
Dividen PETRONAS (RM b)
 
9.1
 
11.0
 
18.0
 
24.0
 
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan
 
Tahun
2009
2010
2011
Dividen PETRONAS (RM b)
 
30.0
 
30.0
 
30.0
 
Jumlah dividen yang disumbangkan Petronas semasa Datuk Seri Najib menjadi Menteri Kewangan
Tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan, tidak membebankan Petronas dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10 peratus, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang Petronas, hutang negara meningkat 5 kali ganda, bajet defisit berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar 4 hingga  5 peratus sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia lebih arif membezakan angka-angka ini. Pimpinan negara perlu fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negara dengan berpandukan angka-angka yang objektif ini, bukannya cuba memutarbelitkan prestasi ekonomi negara kerana takut dengan wibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang teruji dan berupaya memacu pertumbuhan yang tinggi dan menjamin prinsip distributive justice untuk semua rakyat.


 
  • Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitm
    si bengong ni kalau bercakap x pandang kiri kanan....rakyat dah tau sape Anwar tu yang pada awal nya ada kegilaan nak berhutang dengan IMF.....negara terselamat dari berhutang dengan IMF sebab kebijaksaan Tun M.....nasib baik Anwar di pecat...kalau x si bengong ni x tahu apa nak cakap.....weiiii isu dalam tandas dh selesai ke..? rakyat pun dh tahu hubungan si bengong ni dengan ibu dia camner....camner rakyat nak caya sama lu....wa pun x caya sama lu wehhhhhh.....
    • Dt Hazama · Top Commenter
      bagi bukti lah bro....sembang kencang....aq pon blh
    • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
      eskrim eskrim .. mai beli mai beli .... hahaaa

      najib nk bg rm100k untuk idea yg paling menarik bg memajukan negara malaysia .. bacalah info lanjut d sini -->
      http://bit.ly/Sp1fG6 sesiapa sahaja boleh cuba ... semoga berjaya ... :D
    • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
      tajuk sepatut nya begini..
      najib pengurus perabis wang rakyat...timbalan pengurus makcik ros..
  • Ishak Abdol · Top Commenter · Senior System Consultant at IDA Singapore
    Kalau Hendak Mengampu Pun..Jangan Beri Contoh Peristiwa Lebih 15 Tahun Lalu.. Di Waktu.. Harga Keperluan Semua Murah...Dahulu Dan Sekarang Kan Beza..Mana Nak Sama.. Pakai Akal..
    • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
      Eh pandai pulak jgn bagi CONTOH kejayaan silam, PM dulu cerdik bagi peluang pekerjaan, menambahkan hasil negara, dan berjimat cermat... PM skrg cerdik menghabiskan duit negara, harga semua naik dan terus naik... Patut pakai akal lebih sikit kan... Aduhai Bangsaku...
    • Nurliza Abdullah · Top Commenter
      kalau bodoh buat la mcm org xskolah jgn la nak belagak cerdik.
    • Gualipoh Redland · Top Commenter · Works at Self employed
      MAAF KAN SAYA KATA NAJIB,,YG BIJAK DAN PANDAI MENGURUS KEWANGAN ADALAH ROSMAH...YG PANDAI BUAT PERLABURAN PUN ROSMAH..ANWAR MANA TAHU NAK URUS KEWANGAN NI,,HANYA ROSMAH AJE YG TAHU...PASTI KAN UMNO HANCUR PRU 13..PASTI KAN UMNO TIADA LG DI TANAH MALAYA INI..BUANGKAN UMNO INI JAUH2 ,,BIAR LAH IA MENJADI SEJARAH,,,INGAT UMNO, INGAT RASUAH..INGAT UMNO INGAT RASUAH,,,,
  • Gaban Gabankedayan · Top Commenter
    azmin bodoh ni padai jer buat cerita..laporan mcm tu semua orang tau buat..nak bukti siap ada chop dari kementerian baru boleh pakai..cita ko gan pompuan dalam tandas apa cita azmin..
  • Sya Man Ana · Top Commenter · Medan, Indonesia
    Selagi nko tak mintak maaf... tak mintak Ampun ... tak mintak halal dari Ibu Kandung nko... apa yg keluar dari mulut nko... sekupang pun tak laku... wallahualam...
    • Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitm
      di dunia x laku...di akhirat malaikat buka buku....kalau bab derhaka pada ibu....kalau ibu x ampunkan...hukumannya NERAKA MANDATORI.....hehehehe
    • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
      Kita bukan keluarga mereka... Nasihat baik2 sudahlah... Kalau Mamat ni zalim pada ibunya, tentu ibunya berdoa agar anaknya mendapat hukuman setimpal atas perbuatannya... Tak gitu... Aduhai Bangsaku...
    • Romzi M Shah · Top Commenter · Polisas kuantan
      Kita tak tahu cerita jangan di ganggu rumah tangga org ok itu antara ibu dan anak sebab fitnah apa 2 boleh berlaku
  • Ishak Abdol · Top Commenter · Senior System Consultant at IDA Singapore
    Si Tanggang Bersuara Lagi.. Pergi Minta Keampunan Dari Ibu Mu Dahulu Sebagai Contoh Yang Baik..Sebelum Menasihati Orang Lain.. Anak Yang Tidak Kenak Budi..Jasa Ibu Harus Di Sanjungi..
    • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
      Kita bukan keluarga mereka... Nasihat baik2 sudahlah... Kalau Mamat ni zalim pada ibunya, tentu ibunya berdoa agar anaknya mendapat hukuman setimpal atas perbuatannya... Tak gitu... Aduhai Bangsaku...
    • Nurliza Abdullah · Top Commenter
      sahok bewak !hang dgn ibu hang camno?
    • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
      Muhammad Norhafiz Hashim klo kt si azmin ni reti plak nk doa kn yg baik2 kn .. haaaa ... dasai cacai pakatan betul lah ..

      najib nk bg rm100k untuk idea yg paling menarik bg memajukan negara malaysia .. bacalah info lanjut d sini -->
      http://bit.ly/Sp1fG6 sesiapa sahaja boleh cuba ... semoga berjaya ... :D
  • Abu Abup · Top Commenter
    Hutang masa anwar jadi menteri kewangan steady je, lepas anwar masuk penjara hutang naik mendadak sampai sekarang. Tak payahlah nak banding kos sara hidup 90an dan sekarang, dan kalau banding pun takde lah sampai 5 kali ganda lagi rendah dari sekarang untuk kita bersetuju bahawa hutang naik 5 kali ganda adalah munasabah.
  • Shahrin Din · Top Commenter · Kuli at Naik nyoq
    98 kos idup brapa....2012 berapa plak kos idup...kenapa tak bandingkan zaman 60an dulu utang negara brapa jika nak dibandingkan dgn zaman anuar jd menteri kewangan..bangang tahap dewa......dia pun naik pasai jd laki girlfriend nuar....bangang
    • Abu Abup · Top Commenter
      Hutang masa anwar jadi menteri kewangan steady je, lepas anwar masuk penjara hutang naik mendadak sampai sekarang. Tak payahlah nak banding kos sara hidup 90an dan sekarang, dan kalau banding pun takde lah sampai 5 kali ganda lagi rendah dari sekarang untuk kita bersetuju bahawa hutang naik 5 kali ganda adalah munasabah.
  • Dt Hazama · Top Commenter
    hahah ...siap table lagi sinar harian tunjuk hahaha....kemas2...terbaik lah sinar
  • Rashid Abdullah
    Nasib baik Dr M pecat Anuar seperti mana kata Shariffudin Osman, kalau tidak Malaysia akan berhutang dan terikat dengan syarat-syarat IMF. Azmin tak payah bagi angka cuma saya nak tanya dan minta tolong Azmin bagi angka berapa jumlah saham-saham yang kau dan isteri kau dapat masa jadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan cara mana saham-saham tersebut diperolehi?
  • Ruslani Mohd Hassan · Top Commenter · SC/MCE
    Patutlah kerajaan sekarang menanggung hutang berbelion ringgit kerana mempunyai Menteri Kewangan yang cekap menyapu wang kerajaan/rakya. Dengan itu kekalkan Menteri Kewangan sekarang supaya habis harta rakyat !!! Jika kamu semua setuju ubah dan ubahlah sekarang.
  • Wan Saifuddin Wan Asnawi · Asia E University
    Ishak dah kluar tajuk pulak...crtalah psal perbandingan hutang msia dulu dan skarang ada berani?...
  • Nasruddin Mohamed Noori · Dimasyq
    nilailah sendiri
  • Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arau
    Tunjukkan bukti pada PM....bagi buka mata sikit PM tu...suruh debat taknak debat...

    Bakal Meletop.. baru je masuk Malaysia, Indonesia & Singapura...... Anda JOIN, tak PANDAI SPONSOR pun dapat pasif income... (cuma tak byk, tp dapat TIAP_TIAP BULAN).. Kalau pandai sponsor: income tinggi TIAP2 MINGGU. Bonus terus masuk ke akaun Kad Debit anda.. Produk SISTEM TERBAIK. Anda ada bisnes apa saja, MLM ke, insurans ke, jual barang di FB. Sistem kami sediakan landing page FREE, bg autoresponder free.. hosting FREE.. Jom TEAM UP dengan KAMI:
    http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Sinar atau http://www.stiforp.asia/Mohdaidil/?SOURCE=Sinar (jika bersama group kami, dapat EXTRA Sistem p.o.w.e.r.)
  • Patimah Saga · Senior Clerk at NSGHS
    KALAU HANG NAK TUNJUK CHARTA MACAM TU MUNGKIN ORANG KAMPUNG SHJ HANG BOLEH TIPU, TAPI RASANYA ORANG KAMPUNG PUN RAMAI YANG DAH CERDIK, JANGAN DOK TIPU RAKYAT LAGI, SUDAH SUDAHLAH TU.........
  • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
    Tersengeh2 DS Najib lihat perangkaan ini... hehe ;p Aduhai PMku...
  • Seterik Farick · Top Commenter · Kuching, Malaysia
    Berhujah dengan idea. Yang kutuk, yang hina tu buat apa. Saya kira Azmin Ali betul pasal berhujah pakai idea dan fakta. Kalau fakta Azmin salah boleh bawa ke mahkamah. Hubungan Azmin dan ibunya, itu urusan keluarganya. Saya nyakin Azmin bukan anak durhaka. Tahu lah dia menyelesai masalah itu. Yang teruknya, manusia yang membuka bekong di dada walaupun adik kandung sendiri. Sepatutnya masalah keluarga tak perlu menjadi masalah negara.
    Bodoh pun adik.
  • Md Halmie Kassim · Top Commenter · Works at Syarikat Sendirian Berhad
    Macamana Duit Tak Abiss..BELI Cincin Je Dah RM24 Juta, Beli Baju Je Dah Belas-Belas Ribu Sehelai Tu Belum Masuk Lagi Baju Dalam, Kasut , Beg Tangan, Jam Tangan, LEPAS Tu Aku Bagi Le Kat RAKYAT... BR1M,BELIA,BEBUDAK U, BEBUDAK SEKOLAH RATUS-RATUS HINGGIT BANYAK TU.. tu yang abih duit tu.......
  • Nurliza Abdullah · Top Commenter
    dlm umngok xdak dah yg cerdik....... pengharamjadah memang ramai .pr13 nanti kita perayut saja kelaut pertubuhan keparat ni.
  • Darah Pahlawan
    umno celaka lebihh,,hammpehh
  • Nan Asklinux · Top Commenter
    azmin ali nie mmg pandai kewangan tu sebab Bini dia jadi suri rumah boleh ada juta2 ..kan kan kan ..hahahhaha
  • Rosmaiza Daud · Top Commenter
    HANCUR NEGARA SEBAB UMNO BN BUAT HUTANG BERATUS BILION.CELAKA PEM IMPIN BN.KO BN BN KO.HANCUR BN ,BN HANCUR,AMIN YA RABBALALAMIN
    • Mohd Amirul Hakim · Top Commenter · UTM SKUDAI 2005
      hahaha... dah lebih setengah abad... Malaysia ok je.... tak tau la kalau puak2 korang yg ambil alih.... kat negeri korang perintah dah cukup... sapa kata kalau maju boleh terus maju... kalau pentadbiran haru biru maju pun boleh jadi lingkup... nak bina bukan mudah tapi nak hancurkannya senang je... Tapi ada negeri tu dari dulu sampai sekarang camtuuuuuu jer... kesian rakyat dia bersepah cari rezeki kat tempat org lain... negeri yang mereka kata x reti nak tadbir la pulak tu... kesian2...
  • Ungku Asyraf Lana · Universiti Malaya
    Ibu...ibu.. engkaulah ratu hatiku.
  • Rosmaiza Daud · Top Commenter
    NAJIB PANDAI BUAT HUTANG
  • Saipon Anuar Othman · Top Commenter · Sek.men.tunku sulong
    umno lembu kacukan
  • Negaraku Tanahku · Top Commenter
    pergi jahanam lah SITANGGANG ada hati nk kata orang itu ini diri sendiri tak senonoh pergi minat maaf ngn mak ko sana anak DERHAKA

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.