Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA UNTUNGNYA SULTAN TAK KASI, TAK PA LA !

Selangor akur titah Sultan berhubung kalimah Allah

9 Januari 2013
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Selangor akur dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam.
  
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan kalimah Allah itu mengikut kepada tetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri pada 18 Februari 2010.
  
"Mengikut warta kerajaan, lafaz kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain.
  
"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan membangkitkan semula isu kalimah Allah melalui laman blognya dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Berikutan gesaan itu, Sultan Selangor melalui Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohd Misri Idris mengeluarkan satu kenyataan semalam dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah diwartakan.
  
Sultan Selangor turut menitahkan Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoal atau memperlekeh fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor.
  
Mengenai pendirian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, Abdul Khalid enggan mengulas dan berkata pendirian kerajaan negeri mengikut apa yang telah diwartakan.
  
"Di Selangor, kalimah Allah dijaga di bawah Enakmen Kerajaan Negeri supaya tiada unsur penghinaan dan penyalahgunaan berlaku dan kita mengikut apa yang telah kita wartakan," katanya.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.