Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AIIIK ? LUPA TIDAK SEBARANG TANGGUNG !

BEBAL DAN BENGONG, MELAYU MUDAH LUPA, SIB BAIK DR ASRI NI TERINGAT, SO NAK JADIKAN ISU LAGI KEW ! Pak Karamu

Wednesday, January 9, 2013

Kalimah Allah, Lihat apa Dr. Asri kata ni... Adakah Pencacai UMNO akan lapor kepada Polis?


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan lagu kebanyakkan negeri-negeri yang menggunakan kalimah “Allah” terpaksa ditukar dengan keputusan mengharamkan penggunaan kalimah Arab tersebut bagi orang-orang bukan Islam.

Bekas Mufti Perlis itu dilihat sebagai memberi respon kepada perintah Di Raja yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor mengharamkan penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka.

“Bnyk lagu negeri2 ada klimah Allah trmasuk S'ngor.
Jk mrk haram sama sekali pnggil Tuhan ALLAH, mk versi khas dperlukn,” tulis beliau di akaun Twitternya, @realDrMAZA.
“Ertinya pengharaman total tidak mungkin. Kalau sekadar untuk Bible Bahasa Melayu, itu soal pentadbiran sahaja.”

“Kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran, bukan kerana Islam mengharamkan bukan Muslim sebab tiada arahan khusus dalam Islam tentang hal ini. Bible di negara Arab semua sebut Allah,” kata beliau apabila dihubungi.

Malaysia yang didominasi Islam mempunyai 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kebanyakan lagu negeri mengandungi perkataan “Allah” di dalam liriknya. Lagu kebangsaan, “Negaraku”, tidak mengandungi perkataan Arab “Allah” tetapi menggunakan perkataan Melayu, “Tuhan”.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) telah menarik pengikut yang ramai oleh kerana pandangan vokal beliau mengenai hal agama.

November lepas, beliau diheret ke dalam kontroversi kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengenai Islam dengan beberapa tokoh agama mencadangkan kenyataan naib presiden PKR itu dalam sebuah forum awam bermakna beliau menyokong orang Islam melakukan “Murtad”.

Mohd Asri mempertahankan tokoh pembangkang muda yang bersinar bintangnya itu secara terbuka, mengatakan tiada paksaan dalam amalan Islam. Isu-isu kaum dan agama tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta penduduk — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang Islam.

Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama persekutuan tetapi membenarkan juga agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas.

Pemimpin gereja Kristian dan badan mewakili kuil Sikh di seluruh negara telah menyatakan kebimbangan mengenai kesan perintah Di Raja Sultan Selangor mengharamkan pengikut agama selain agama Islam daripada menggunakan perkataan "Allah" merujuk kepada tuhan mereka.

Sultan negeri juga mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua kumpulan, termasuk bukan Islam, yang terus mempersoalkan fatwa negeri dan undang-undang 1988 negeri menyekat penggunaan perkataan Arab itu.

Walau bagaimanapun, pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan "Allah" tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan tersebut dalam edisi Melayu akhbar mingguan, Herald ~ The Malaysian Insider

1 orang berkata:

Anonymous said...

Sultan Selangor pun nak masuk campur????
Cakap sama dia.... jangaN lahirkan anak yang berperangai macam beruk. Cium dan peluk anak dara orang yg bukan isterinya...tak macam beruk kah????

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.