Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKIBAT MEMPOLITIKKAN AIR, RAKYAT JADI MANGSA

Isnin, 21 Januari 2013

Gugur Anak, Kaki Bengkak, Air Kotor : Pengalaman Semasa Gangguan Air Syabas

demo anti syabas BTR 09
 
KUALA LUMPUR, 20 JAN: Kesan daripada gangguan bekalan air di Lembah Klang selama lebih dua minggu masih dirasai penduduk beberapa pangsapuri di Bandar Tun Razak, yang menceritakan pengalaman perit yang terpaksa diharungi.

Oleh kerana tiada lif, penghuni di pangsapuri Seri Melaka terpaksa mengangkat air sampai ke tingkat empat.

“Masa ketiadaan air semua susah… anak sekolah dan warga emas sampai bengkak kaki. Sampai ada kandungan yang gugur,” kata Che Menah Che Mat, seorang penghuni flet tersebut.

demo anti syabas BTR che menah 01“Isu angkat air dari tingkat bawah sampai tingkat empat.  Belum sampai tingkat empat, air dah tinggal suku,” katanya kepada TV Selangor.

Penghuni pangsapuri tersebut antara setengah juta penduduk di Ampang, Cheras dan Gombak yang terputus bekalan air dari 29 Disember hingga ke 15 Januari

Ia berpunca daripada kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju yang diuruskan  Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Siasatan Jawatankuasa Pemantau Bekalan Air Selangor mendapati kegagalan pam tersebut adalah disebabkan Syabas tidak menyelenggaranya dengan baik.

Semalam, 30 orang penghuni pangsapuri tersebut mengadakan tunjuk perasaan bagi mengutuk kelalaian Syabas yang telah mengakibatkan kesulitan kepada mereka.

Seorang lagi penduduk, Hisham Abbas yang tinggal di Pangsapuri Sri Penara berkata, sesetengah air yang dihantar oleh Syabas menggunakan lori tangki, didapati keruh dan kotor.
Menurut Hisham, lif mereka rosak kerana terpaksa beroperasi lebih masa untuk mengangkut air ke rumah.

“Kami terpaksa angkat air dari bawah ke atas dengan lif rosak. Mula-mula dua (dari tiga lif) kemudian sampai lif semua rosak. Terpaksa menggunakan tangga.

demo anti syabas BTR hisham 01“Syabas banyak duit, sampai CEO-nya gaji beribu-ribu. Tapi hantar lori tangki kecil. 
 
Berbeza dengan tangki yang dihantar  (Menteri Besar), Tan Sri Abdul Khalid, tangki besar.

“Tapi yang dia orang hantar, kebanyakan memang kotor dan keruh airnya,” kata Hisham lagi.

Mohamad Saiful dari Pangsapuri Cendana pula berkata, umat Islam mengalami kesukaran untuk berwuduk ketika solat Jumaat di Masjid An-Najihin dua minggu lalu.

Beliau memuji tindakan pantas Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang membekalkan satu tangki air untuk kegunaan orang awam pada hari berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Selangor dan Jawatankuasa Pemantauan yang  turun ke padang melihat sendiri apa yang berlaku sekaligus memberikan tekanan untuk keadaan kembali pulih.

“Ini satu penganiayaan jelas kepada penduduk dan jelas Syabas tidak cekap memandangkan air merupakan keperluan asas kehidupan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.