Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANTAR GAK KAT MAJLIS FATUA hi hi hi

Rais serah buku Amanat Haji Hadi kepada KDN, AG

17 Januari 2013
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
 
BESUT -  Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menilai buku "Amanat Haji Hadi" yang diterbitkan semula sejak pertama kali dicetak pada tahun 2002.
  
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya juga menyerahkan kepada pihak Peguam Negara untuk meneliti buku tersebut untuk mengelak sebarang unsur hasutan turut dimuatkan dalam terbitannya.
  
"Penerbitan buku "Amanat Haji Hadi" itu kita serah kepada KDN untuk nilai dan kalau makalah (buku) itu menghasut terserah kepada AG (Peguam Negara) untuk membuat penilaian," katanya kepada pemberita selepas meninjau perusahaan kraf ukiran kayu di sini hari ini.
  
Rais berkata kementerian tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi tujuan memberi penjelasan mengenai amanat itu kerana tidak mahu penonton terkeliru.
  
Menurutnya RTM tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk membuat siaran dalam saluran media elektronik kerajaan itu asalkan ia tidak menyalahi undang-undang dan agama.
  
Pada 11 Jan lalu Pas melancarkan buku "Amanat Haji Hadi-Antara Fitnah dan Fakta" sebagai mempertahankan amanat yang disampaikan oleh Presiden Pas itu pada 1981.
  
Abdul Hadi ketika ditemui pada majlis pelancaran buku itu berkata beliau tidak akan berganjak daripada terus mempertahankan amanatnya itu dan berazam untuk memberikan penjelasan kepada umat Islam di  negara ini dengan menerbitkan semula buku Amanat Haji Hadi yang pernah dicetak pada tahun 2002. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.