Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hentikan isu kalimah, terima keputusan Majlis Fatwa
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
15 Januari 2013
Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
 
KUALA LUMPUR - Semua pihak diingat untuk mematuhi peraturan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang telah diputuskan sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, isu itu sepatutnya dihentikan dan semua pihak menghormati sensitiviti antara kaum.

“Kita masih tetap dengan pendirian sebelum ini mengikut peraturan dan fatwa yang telah dikeluarkan. Saya harap semua pihak mendengar dan mematuhi keputusan yang telah dibuat.

“Jangan cuba untuk mengelirukan umat Islam dan masyarakat umum dalam hal berkaitan,” katanya selepas majlis penyerahan cek hasil kutipan malam Demi Palestin  anjuran TV AlHijrah, hari ini.

Kelmarin, Majlis Syura Pas memutuskan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam berikutan kemarahan masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam terhadap pendirian asal Nik Aziz dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong saranan DAP itu.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Pas itu, Jamil Khir berkata, pihaknya sentiasa kekal dengan pendirian dan keputusan yang telah dibuat.

“Kita kekal dengan keputusan yang telah dibuat, kita tidak ada U-turn.

“Kita lihat begini benda itu dalam Mahkamah Rayuan, wajar kita hormati mahkamah, dan kita perlu hormati sensitiviti semua pihak,” katanya yang tidak mahu perkara itu dipanjangkan lagi.

Beliau yang hadir di majlis penyerahan cek kepada tujuh NGO Palestin oleh TV AlHijrah itu berpendapat, Malaysia mampu menjadi perantara dalam usaha pendamaian di negara Palestin seperti mana yang berjaya dilakukan terhadap kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

“Kita berharap Malaysia menjadi ikon perantara yang begitu berperanan kerana kita percaya Perdana Menteri dan Malaysia mampu melakukannya terhadap bumi Palestin.

“Kita bukan mencari nama, tetapi melalui hubungan antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Malaysia dihargai peranannya di peringkat antarabangsa dan kita juga sering kali menjadi rujukan negara Islam yang lain,” katanya.

Tambah beliau, perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan bangsa Moro itu menunjukkan Malaysia diterima sebagai orang pendamai.

“Malaysia dilihat sebagai orang tengah dan kita mengharapkan lagi kedamaian semua lapisan rakyat termasuk Palestin dan Malaysia boleh memainkan peranan yang penting,” katanya.

TV AlHijrah berjaya mengumpul RM150,000 pada malam Demi Palestin yang telah diadakan 23 Disember 2012.

Hasil kutipan itu di bahagiakan kepada tujuh NGO iaitu, Aman Palestin, Viv Palestina Malaysia, Haluan, Mercy Malaysia, Aqsa Syarif Berhad, Islamic Relief Malaysia dan Perdana Global Peace Foundation.

Penyerahan cek itu disampaikan oleh Pengerusi TV AlHijrah, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.