Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HIMPUNAN KL

[LIVE] HKR 112 - Ribuan Rakyat Sudah Mula Bergerak - VIDEO & GAMBAR


Sinar Harian melaporkan: BERIKUT perkembangan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka. Peserta perhimpunan mula membanjiri lapan lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

12.35 tengah hari: Peserta dari Kampung Baru berhenti dari jam 12.15 tengah hari sehingga sekarang di Jalan Ampang bagi menanti kumpulan dari KLCC. Sementara menanti, mereka menyanyikan lagu Negaraku

12.15 tengah hari: Kelihatan dua pegawai dari Suhakam membuat tinjauan pergerakan peserta himpunan

12.11 tengah hari: Peserta tetap meneruskan perjalanan meskipun cuaca sudah menunjukkan perubahan, hujan rintik-rintik

12.05 tengah hari: Wanita Pakatan Rakyat di hadapan Pasar Seni mula berbaris untuk bergerak ke Stadium Merdeka

12.05 tengah hari: Di Brickfields ada sekitar 500.

12 tengah hari: Peserta dari Masjid UM tiba di kawasan Brickfields

12 tengah hari: Ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di sekitar Pasar Seni. Antaranya Tony Pua

11.50 pagi: Di hadapan pintu masuk Pasar Seni, Muslimat Pas berbaju unggu berkumpul dengan memegang kain rentang 'pilihan raya bersih dan adil'

11.40 pagi: Peserta dari Masjid Negara bergabung dengan peserta dari Jalan Sultan

11.35 pagi: Kira-kira 5,000 peserta dari Masjid Negara tiba di bulatan Jalan Syed Putra. Jumlah meningkat kepada 8,000. Polis memberikan kerjasama baik

11.30 pagi: Dari Masjid Negara, diketuai dr Mujahid Yusuf Rawa

11.25 pagi: Pemimpin PKR dari Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berucap "ini bukan demonstrasi, bukan perarakan. Kebetulan kita berkumpul di sini dan berjalan berlenggang-lenggang ke Stadium Merdeka"

Perjalanan dijangka mengambil masa satu hingga satu setengah jam. Beliau juga menerangkan jalan-jalan yang dilalui. Peserta dari sini diingatkan untuk tidak masuk ke Stadium Merdeka

11.22 pagi: Peserta sudah bersedia untuk bergerak dengan melaungkan slogan "Hidup Hidup Bangkit Rakyat, Anak Muda Kini Bangkit dan Anak Muda Ayuh Bangkit."

11 pagi: Peserta di kawasan Masjid UM mula bergerak ke 'check-point' seterusnya iaitu Brickfields

11 pagi: Peserta #KL112 mula menghampiri kawasan Masjid UM

10.50 - 11pagi: Pemandu menggunakan Lebuh Raya Persekutuan membunyikan hon dan ada yang melambai tangan ke arah peserta himpunan. Keadaan lalu lintas dari pemantauan Sinar Harian Online masih terkawal. Bersama mereka unit rawatan kecemasan yang ditugaskan khas memberi khidmat kepada mereka

10.54 pagi: Khalid mengumumkan ribuan pihak polis sudah turun dengan memakai pakain serupa dengan para peserta. Oleh itu, Khalid meminta pesertanya agar tidak terlibat dalam sebarang provokasi. Beliau juga mengingatkan agar peserta pulang bersama-sama dalam pasukan.

10.48 pagi: - Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismeth meminta peserta berkumpul untuk bersedia berarak ke Stadium Merdeka sambil menanti pemimpin yang akan mengetuai perarakan

10.25 pagi: Kira-kira 200 orang peserta sudah memenuhi sekitar kawasan Kelab Sultan Ismail

10.20 pagi: - Presiden Kami, Khalid Ismeth tiba bersama penyokongnya dengan melaungkan slogan "hidup rakyat" dengan menggunakan haler

10.05 pagi: Peserta mula bergerak dari kawasan Amcorp Mall ke 'check point' seterusnya dengan berjalan kaki melalui Lebuh Raya Persekutuan

10 pagi: Sebuah bas yang dipercayai dinaiki peserta, terdiri daripada Muslimat Pas termasuk warga emas tiba di kawasan KL Sentral

10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya

10 pagi: Di kawasan Kelab Sultan Sulaiman, polis membuat rondaan udara di sekitar Kampung Baru

10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya.

9.50 pagi: Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri meminta peserta jangan terlibat dengan provokasi.

9.48 pagi: Pegawai polis yang bertugas meninjau gerai jualan yang dibuka di tepi jalan sekitar Kelab Sultan Sulaiman. Setakat ini tiada ura-ura akan berlaku sebarang pergerakan. Malah kelibat pemimpin yang bakal mengetuai kumpulan ini juga masih belum kelihatan

9.45 pagi: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak

9.42 pagi: Hampir 400 peserta termasuk beberapa kumpulan kecil, terdiri daripada lima hingga enam orang berlegar-legar di KL Sentral.

9.40 pagi: Di pekarangan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta berkumpul Pukul 10 pagi peserta akan mula bergerak ke check point seterusnya iaitu Universiti Malaysia (UM) dan seterusnya. Difahamkan kumpulan ini akan akan berjalan kira-kira 9 KM ke check poit seterusnya. Perjalanan ini dikatakan akan diawasi oleh pihak polis.

9.30 pagi: Kawasan tepi jalan Kelab Sultan Sulaiman, sudah ada beberapa gerai yang dibuka menjua kemeja-T dan mafla perhimpunan serta menjual makanan

9.27 pagi: Kawasan Kelab Sultan Sulaiman masih sunyi. Dua anggota polis berseragam kelihatan di pekarangan kelab tersebut

9.15 pagi: Ketua AMK Selangor, Aznizam Zaman Huri, peserta dalam lingkungan 50 orang memakai pakaian biru, kuning, hijau di kawasan berhampiran bangunan Amcorp di Petaling Jaya iaitu tidak jauh dari stesen LRT

9.08 pagi: Hampir 40 anggota Unit Amal tiba di kawasan KL Sentral

9 pagi: Anggaran kira-kira 50 orang perserta sedang menikmati sarapan pagi di medan selera di KL Sentral


Harakahdaily melaporkan


Laporan langsung:

12.35 pm - [Pasar Seni] Polis di Jalan Tun SH Lee menjaga laluan kumpulan wanita pakatan yang bergerak dari Pasar Seni ke Stadium Merdeka.

12.30 pm - [KLCC] Kumpulan KLCC akan bergabung dengan kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman. Kini kumpulan Kelab Sultan Sulaiman sedang menunggu kumpulan dari KLCC di Jalan Ampang bersebelahan Wisma TES. Suasana terkawal dan santai.

12.20 pm - [Pasar Seni] Kumpulan dari sini mula bergerak ke Stadium Merdeka. Kira-kira 1000 orang menyertai pergerakan dari sini.

12.20 pm - [Jalan Sultan] Hujan renyai-renyai mula turun. Sekitar 2000 orang peserta berada di sini. Ada sekumpulan kecil sudah bergerak ke stadium.

12.15 pm - [KLCC] Keadaan semasa pergerakan kumpulan dari KLCC mencecah puluhan ribu orang peserta.

12.15 pm - [Stadium Merdeka] Keadaan dalam stadium kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. 12.10 pm - [Masjid Negara] Azmin Ali, Nizar Jamaludin tiba di perkarangan Masjid Negara dan memberi ucapan kepada para peserta di sini.

12.05 pm - [KLCC] Peserta dari KLCC hampir 15000 bergerak memasuki Jalan Sultan Ismail menuju ke stadium. Mereka melaungkan hidup rakyat, royalti sepanjang perjalanan.

12.05 pm - [Masjid Negara] Puluhan ribu masih berada di Masjid Negara. Mereka perlahan-lahan berjalan ke Stadium Merdeka.

12.00 pm - [Dataran Merdeka] Polis sedang berkawal di sekitar Dataran Merdeka. Tiada peserta di sini kerana laluan ditutup.

11.55 am - [Jalan Sultan] Suasana di sini meriah dengan penyokong anti Lynas. Turut kelihatan peserta baju kuning, riuh dengan tiupan trompet.

11.50 am- [Pasar Seni] Wanita Pakatan Rakyat sedia bergerak. Mereka membawa belon, sepanduk dan kain rentang suara perubahan wanita.

11.45 am - [Kg.Baru] Kumpulan yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman hampir 1000 orang mula bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka akan bergabung dengan kumpulan KLCC dan kumpulan Jalan Sultan.

11.40 am - [KLCC] Hampir 10000 sudah berkumpul di KLCC. Wakil-wakil NGO telah memberi ucapan. Mereka mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

11.30 am - [Masjid Negara] Kumpulan dari Masjid Negara mula menuju ke stadium.

11.25 am - [Pasar Seni] Kumpulan wanita di Pasar Seni. Mereka mengenakan pakaian berwarna ungu.

11.20 am - [Masjid Negara] Pasukan Unit Amal menerima taklimat terakhir sebelum mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka.

11.15 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup. Kumpulan dari Jalan TAR berhampiran Masjid Jamek mula berjalan menuju ke stadium.

11.10 AM - [Sogo] Pasukan bermotosikal dilihat melalui jalan ini menuju ke Stadium Merdeka.

11.05 am - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka. Peserta berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.

11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.

10.55 am - [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

10.50 am - [KLCC] Hampir 1000 orang sudah memenuhi perkarangan KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat. Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.

10.45 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

10.40 am - Biarpun bertongkat, seorang warga emas sanggup turun bersama-sama ke HKR.

10.30 am - [Masjid Negara] Suasana di Masjid Negara ketika ini. Jumlah peserta bertambah dengan mendadak.

10.25 am - [KLCC] Hampir 100 peserta kini sudah berada di sini. Di sini kumpulan Royalti Kelantan dan Terengganu akan mengepalai perjalanan ke Stadium Merdeka. Mereka mengenakan pakaian Merah dan Hitam.

10.20 am - [Brickfields] Kumpulan di sini sedang mengumpul peserta sebelum berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan komander, kartunis Zunar sedang berada di sini.

10.15 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini akan mula berjalan sedikit masa lagi. Jarak dari UM ke Stadium Merdeka kira-kira 10km.

10.10 am -[PDRM] Aliran trafik sekitar Kuala Lumpur adalah lancar, kecuali Jalan Loke Yew ke Jalan Kinabalu sahaja sesak.

10.00 am - Video sokongan rakyat Malaysia di Jordan terhadap HKR 2013 . Perhimpunan ini telah diadakan di Mu'tah, Jordan pada 11 Januari 2013 bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan penuh kami yang berada diluar negara khususnya di Jordan terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat 120113 yang berlangsung di Malaysia.

9.55 am - Dianggarkan lebih 5,000 peserta sudah berada di sekitar Masjid Negara ketika ini. Mereka masih menunggu komender bertugas sebelum berjalan santai menuju ke Stadium Negara.








Abby Abadi


Deepak pun ada


ada yang dah sampai (masuk) stadium merdeka





dekemaskinikan setiap 15 minit. Sila REFRESH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.