Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI LAH PEMIKIRAN SEKULAR

Najib: Akidah dan prinsip agama Islam tidak boleh dipolitikkan

20 Januari 2013
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
 
KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata soal akidah dan prinsip agama Islam tidak boleh dikompromi dan dipolitikkan.
  
Beliau berkata umat Islam di negara ini perlu menolak dan tidak memberi sokongan langsung kepada sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba memesong akidah atau mengelirukan fahaman mereka.
  
"Bila Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) buat sesuatu, buat apa sokong. Ini boleh buat umat Islam sakit hati.
  
"Ini soal agama, soal akidah, ini soal prinsip yang tidak boleh dikompromi. Ini bukan soal politik," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjung di sini hari ini.
  
Beliau membidas sikap PAS yang menyokong tindakan DAP dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.
  
Najib menjelaskan umat Islam langsung tidak mahu menyakiti orang bukan Islam begitu juga sebaliknya dan situasi inilah yang menjamin keamanan dan keharmonian negara.

Isu itu dibangkitkan Lim yang Ketua Menteri Pulau Pinang semasa berucap sempena sambutan Hari Krismas lepas, menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

  
Kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak namun pemimpin parti sekutu DAP termasuk Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz serta Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.
  
Bagaimanapun, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.
  
Majlis itu juga memutuskan mana-mana kalimah asing tidak boleh diterjemahkan kepada kalimah Allah. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.