Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISU KALIMAH ALLAH BUKAN MASALAH AGAMA TAPI MASALAH POLITIK

Tun Abdullah: Keputusan Majlis Syura Pas bersifat politik

18 Januari 2013
Abdullah: Musyawarah perlu jadi budaya semua kaum
Tun Abdullah Ahmad Badawi
 
KEPALA BATAS - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible versi bahasa Melayu adalah helah politik.
  
Beliau berkata Pas sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam sepatutnya lebih arif mengenai penggunaan kalimah Allah.
  
"Saya ingat orang Pas tahu tentang perkara itu (penggunaan kalimah Allah) dan mereka menjadi kelam kabut kerana terpaksa menjaga parti-parti yang bersama dengan mereka, jadi terpaksa ikut (benarkan penggunaan kalimah Allah).
  
"Tetapi bila mendapat tentangan daripada akar umbi, mereka (Pas ) tukar pendirian. Ini semua politik Pas  kerana pilihan raya sudah dekat, bimbang hilang sokongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang kepada 600 pelajar di kawasan Parlimen Kepala Batas, di sini hari ini.
  
Isu kalimah Allah dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah 'Allah' dalam Bible versi bahasa Melayu.
 
Kenyataan Lim itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang.
  
Bagaimanapun, Pas dan pemimpinnya termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju, kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang Satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain, menurut Nik Aziz, adalah mengarut.
  
Sementara itu, Abdullah mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan berhubung laporan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, yang membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama  Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.
  
"Pihak-pihak yang berkenaan terutama sekali MAIPP perlu ambil tindakan segera perkara itu kerana kita bimbang ia akan mempengaruhi  pelajar beragamaa Islam," katanya.
  
Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membuat laporan polis kerana  aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah  agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam  Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.