Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
8 Januari 2013
The Red Warriros
 
Annuar (dua, kiri) hadir pada majlis penyampaian bonus kepada pemain Kelantan, yang diserahkan oleh Afandi kepada Mohd Badhri Mohd Radzi. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH 
 
RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC.  

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.

“Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini."Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul," kata beliau.

Annuar menambah: “Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak."
Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.

"Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan.
"Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November," katanya.

Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bonus kepada pemain di atas kejayaan The Red Warriors menjuarai Piala Malaysia musim lalu di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Kota Bharu, hari ini. Hadir sama Timbalan Presidennya, Datuk Afandi Hamzah; Naib Presiden, Datuk Rosmadi Ismail dan Datuk Ismail Md Noor dan Setiausaha Agung, Azman Ibrahim.

Sambil menjadikan kes tuntutan kelab Al-Ahly dari Mesir dengan FC Sion (Switzerland) yang berjaya diselesaikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sebagai rujukan, Annuar menjelaskan, isu perpindahan Mat Yo ke Johor Darul Takzim FC boleh diselesaikan sekiranya pihak berkenaan mengikut peraturan dengan betul.

Dalam pada itu, Annuar mengakui pihaknya ada menerima bank draf RM250,000 daripada peguam Mat Yo dua hari lalu.

Namun beliau sendiri kurang jelas tujuan pembayaran tersebut. “Kita tak pasti apakah itu bayaran yuran perpindahan seperti mana merujuk peraturan Artikel 39.2 yang dinyatakan di media sebelum ini. Dalam surat peguam pun tak nyatakan bayaran untuk apa.
"Oleh kerana pihak FAM belum putuskan apa-apa, maka kita serahkan perkara ini kepada peguam Kafa.

“Kalau betul RM250,000 itu yuran perpindahan, itu tak logik sebenarnya. Macam mana satu dunia boleh berlaku transaksi pemain sehingga RM70 juta. Ia tak benar sama sekali dan jika kita rujuk peraturan Fifa, kos tersebut juga sebenarnya turut melibatkan kontrak lama dan baru pemain tersebut dengan pasukan baru,” katanya. 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.