Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KO RANG JANGAN LA KACAU DIA, DIA KAN ANAK YATIM !



13 Januari, 2013

Rais Yatim Pasti Terkancing Gigi Baca Ulasan Ni..


Addin dah agak.. menteri Umno ni memang cakap tak guna otak!! Rais engkau baca ulasan pakar matematik ni di sini. Rais, siapa yang menghilangkan kausa melayu kalau bukan Umno. Imuniti raja-raja melayu di kurangkan semasa krisis raja-raja melayu pada 1983 dan 1993.  

Mengimbau kembali pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, kuasa mengistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri.

Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya. Manakala pada 1993,  Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas. Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis. 

Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya),” 

Jadi siapa yang mengurangkan kuasa melayu? Adakah PAS,PKR atau pun DAP? Jadi.. lain kali cakap biar guna fakta jangan auta.. rakyat dah tak makan.

Himpunan #KL112 Hapus Kuasa Melayu

SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di lokasi bersejarah Stadium Merdeka semalam akan "melarutkan kuasa" kolektif Melayu, kaum terbesar negara ini.

"Semua yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Stadium Merdeka tadi (petang semalam) akan melarutkan kuasa kuasa kolektif Melayu," kata beliau dalam mesej Twitter yang ditulis kira-kira 3 jam selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR).

PR menggunakan platform itu menaikkan 'mood' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

PRU13 perlu diadakan menjelang akhir April ini.

Malah dalam mesej terdahulu, Rais mempersoalkan rancangan penganjur yang mahu menghimpunkan sejuta orang.

"Mananya yang satu juta nak himpun di stadium tu? 50,000 pun tak smpai," katanya lagi.

Kedua-dua mesej itu menerima kritikan daripada penyokong dan pengikut PR.

Menjawab kritikan itu, pagi ini Rais berkata, "Gunalah medium Twitter ini dengan berhemah. Berhujah secara profesional bukan guna emosi dan pak turut." ~sinar

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.