Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LISTEN, LISTEN ! UMNO KATA PAS TAK LAYAK MEMIMPIN !

Pas tidak layak memimpin, kata Umno

15 Januari 2013
 Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
 
ALOR SETAR -  Pemimpin seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak layak memimpin rakyat kerana beliau sering mengubah kenyataan sekiranya mendapat tentangan hebat daripada sesuatu pihak, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.  
  
"Kita nak pilih pemimpin tak boleh main-main. Saya harap ahli dan penyokong PAS boleh buat penilaian sendiri, Umno dan Barisan Nasional (BN) tak pernah buat sesuatu keputusan yang meragukan rakyat," katanya mengulas tindakan Pas mengubah pendirian dan akur menyatakan bahawa kalimah ALLAH adalah khusus untuk Islam.
      
Ahmad Bashah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata berkata, kepimpinan Pas memang bersikap suka bertukar-tukar kenyataan hanya untuk mencari kepentingan politik tanpa mengendahkan setiap keputusan yang dibuat.
  
"Kalau mereka (Pas) rasa kenyataan itu rugi, mereka tarik balik. Mereka selalu buat macam itu sebab nak dapatkan sokongan dan simpati daripada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung dekat sini hari ini.
  
Di Kedah seramai 408,011 pelajar dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, agama rakyat dan negeri serta swasta layak menerima bantuan berjumlah RM 40.8 juta yang mula diagihkan hari ini hingga hujung Februari. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.