Monday, January 21, 2013
Kan dah cakap, polis tidak bolih dipercayai
Tinjauan: Polis lebih tidak dipercayai dari parti politik
KUALA LUMPUR: Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik,
menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka
Center.
"Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama" yang dilakukan antara
November dengan Disember tahun lalu turut mengejutkan badan tinjauan
bebas tersebut.
Lebih daripada separuh atau 56 peratus daripada 826 pengundi baru
berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang
ditinjau berkata bahawa mereka tidak mempercayai polis.
Ini berbanding dengan 47 peratus berkata mereka tidak mempercayai parti-parti politik.
Kesangsian kepada pihak berkuasa dalam undang-undang tertinggi di
Malaysia itu melebihi semua institusi awam lain yang ditinjau, termasuk
kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) dan badan kehakiman, lapor The Malaysian Insider.
Masyarakat Cina adalah yang paling tidak mempercayai polis - dengan
lapan daripada 10 meragui Bukit Aman berbanding 46 peratus bagi Melayu
dan 55 peratus bagi India.
Kesangsian kepada parti-parti politik adalah tertinggi di kalangan kaum
India dengan 57 peratus, diikuti oleh 52 peratus Melayu dan 33 peratus
Cina.
Pasukan polis negara itu baru-baru ini telah dikritik oleh orang ramai
dan pemimpin pembangkang selepas peristiwa rompakan dan serangan
menyebabkan tanda tanya kepada statistik kerajaan yang menunjukkan
penurunan ketara dalam kadar jenayah di Malaysia.
Pada Julai lalu, Encik Liew Chin Tong dari Parti Tindakan Demokratik
(DAP) mendedahkan 86 peratus daripada polis di Malaysia tidak melawan
penjenayah tetapi mengendalikan kertas kerja, aktiviti "mengintip" dan
logistik.
Ini menguatkan lagi dakwaan pihak berkuasa telah mengubah data jenayah untuk menunjukkan imej baik pasukan tersebut.
"Hampir 14 peratus daripada pasukan polis beruniform bertugas di
jabatan-jabatan berkaitan dengan jenayah," kata beliau merujuk kepada
jabatan siasatan jenayah narkotik dan jabatan siasatan jenayah komersil
di Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sementara 86 peratus anggota polis tergolong kepada sektor bukan
berkaitan jenayah (seperti) pengurusan, keselamatan dalaman dan
ketenteraman awam, logistik, Cawangan Khas, dan pasukan petugas khas,"
tambah beliau.
Beliau menyatakan jumlah kakitangan jabatan siasatan jenayah (JSJ)
membentuk hanya lapan peratus atau 9,346 daripada 105,929 pegawai
pasukan polis beruniform.
"Ini bermakna enam kali lebih ramai polis ditugaskan untuk pekerjaan
bukan berkaitan jenayah berbanding yang memerangi jenayah. Tidak
hairanlah kita berasa tidak selamat," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera
itu.
Kerajaan Rakyat
0 orang berkata:
Post a Comment