Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NASIB SAYAPUN TAK TAU LAGI LEPEH NI !

Dr Mahathir: 'Saya bukan ahli nujum'
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD 17 Januari 2013
Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad .
SHAH ALAM - Sambil berkata beliau bukan "ahli nujum", bekas  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu agar tidak memisahkan diri dengan perubahan yang berlaku pada hari ini jika tidak mahu hak mereka diambil alih pihak lain.
Bercakap pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini petang ini, bekas Presiden Umno ini berkata demikian apabila menjadikan keadaan orang Melayu pada zaman penjajahan British sebagai contoh.

"Ketika itu British bawa cara hidup baru, jenis kegiatan ekonomi yang baru," katanya.

Beliau yang melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Oktober 2003 berkata, "kita  asingkan diri dari keadaan yang berlaku dengan keadaan sekeliling kita."

"Kita pilih tidak terlibat dengan apa yang berlaku dengan sekeliling kita. Oleh kerana British dah benar masuk orang asing, dan mereka datang dengan banyaknya.

"Mungkin ramai yang tida setuju dengan pendapat saya tapi inilah pemerhatian saya, saya masih ada pada zaman budak, saya dapat lihat,  apabila orang Melayu memisahkan diri dari perkembangan politik dan ekonomi dengan masyarakat pada zaman pemerintahan British," katanya.

Program Bicara Minda kali ini bertajuk "Masa Depan Melayu, Islam Selepas PRU13".

Sempena program ini beliau turut melancarkan buku tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad, Berani Tanpa Segan.

Dr Mahathir berkata, walaupun ketika itu Semenanjung Malaysia diiktiraf oleh dunia, tetapi ramai yang tidak respons dengan keadaan situasi semasa.

Katanya, beliau bukan ahli nujum untuk membuat gambaran pada masa hadapan, tetapi itu adalah hasil pemerhatiannya selama ini.

"Saya bukan nujum, walapun ramai kata saya 'kamus'.

"Berasaskan apa yang saya lihat sekarang dan pengalaman saya sebelum ini.

"Kita harus tahu keadaan sekarang dan pengalaman terdahulu, dengan itu kita boleh buat jangkaan dengan aliran hari ini," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.