UMNO DAH BAIK, SBB TU STADIUM YANG MENJADI SEJARAH KEMERDEKAAN DEPA TERPAKSA BAGI SEBAB DEPA TAHU STADIUM TU AKAN DIGUNAKAN LAGI MASA KERAJAAN PR AMBIL ALIH KUASA DARI BN
Himpunan 12 Jan: BN dakwa PR mula tertekan
9 Januari 2013
SHAH ALAM - Tindakan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan Himpunan
Kebangkitan Rakyat Sabtu ini menunjukkan pihak berkenaan sudah rasa
tertekan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor.
“Saya pun tak tahu mengapa mereka mahu menganjurkan satu tunjuk rasa
tetapi umumnya ia dilakukan oleh kerana rasa tertekan,” kata beliau
dipetik Umno Online, hari ini.
Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan antara lain untuk memberi tekanan
ke atas kerajaan menjelang PRU13 bagi menyelesaikan isu-isu yang belum
menemui penyelesaian.
“Saya tahu, mereka mahu mengadakan himpunan ini kerana pada 2013 ini
mereka akan mencapai kemerosotan yang ketara dalam PRU, tidak menang dan
kemudiannya mereka akan menuduh BN menipu dan SPR tipu.
"Inilah masalahnya apabila mereka akan lihat apa saja yang dilaksanakan
oleh kerajaan sebagai salah,” kata beliau yang Setiausaha Agung Umno.
Jelas beliau lagi, segelintir pihak yang bertindak sedemikian mahukan
sesuatu yang tidak diingini tercetus, malah mereka seolah-olah tidak
rela kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi agenda negara diteruskan.
“Persoalannya kenapa perlu ada tunjuk rasa? Kalau nak kata SPR tak
betul, maka tak mungkin mereka akan ada wakil rakyat dalam Parlimen.
"Kalaulah SPR ini ikut telunjuk Barisan Nasional, maka sudah pastilah
99.99 peratus adalah berpihak kepada BN dalam pilihan raya tapi SPR
merupakan satu badan yang bebas, yang menjalankan tanggungjawabnya
sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya.”
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, rakyat Malaysia
perlu disedarkan dengan sandiwara mereka kerana ramai orang yang
cemburu dengan kedudukan negara ini yang mampu mengekalkan prestasi baik
biarpun sebuah negara kecil.
“Saya berkeyakinan mereka yang nak menunjuk rasa ini mahu mendapat perhatian daripada luar negara, kawan-kawan mereka yang ada di luar negara terutamanya yang membiayai mereka kerana kalau tidak ada perbuatan sedemikian maka pembiayaan tidak akan dilaksanakan maka ini yang terpaksa dilakukan.
“Kalau nak bandingkan negara ini dengan negara-negara yang merdeka atau yang dekat dengan kita ternyata kita lebih maju daripada orang lain dengan kaedah ‘unity in diversity’. Mereka mahukan satu kaedah kekacauan dan kucar-kacir berlaku dalam negara kita ini.
“Lebih malang lagi apabila ada orang Malaysia sendiri yang diperguna sebagai tali barut kepada pihak lain," kata beliau lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment