Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Susulan #KL112: Tuntutan 20% royalti boleh lumpuh Petronas, kata Awang Adek
ZAIMATUILJUWITA ABDULLAH
13 Januari 2013
 Awang Adek
Awang Adek bersama sebahagian nelayan yang menerima elaun sara hidup sesi pertama 2013 di Dewan Tok Tangok, Bachok hari ini.
BACHOK – Masa depan Petronas akan terjejas teruk sekiranya tuntutan 20 peratus royalti minyak diberikan seperti disenaraikan dalam deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat, anjuran Pakatan Rakyat (PR), semalam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Petronas adalah salah satu syarikat Malaysia yang berjaya bukan sahaja dalam negara tetapi juga di lebih 36 negara seluruh dunia.

Menurutnya, jika 20 peratus royalti minyak diberikan kepada negeri terlibat, ia akan melumpuhkan Petronas dan menjejaskan pelaburan di luar negara.

“Petronas bukan hanya ada minyak di negara ini yang terhad tetapi juga di luar negara, dan untuk membuat pelaburan di luar negara ia memerlukan modal yang besar.

“Dalam masa yang sama Petronas juga perlu mengagihkan keuntungan kepada pelabur dan kerajaan. 20 peratus yang diminta adalah bukan dari keuntungan tetapi dari hasil yang amat tidak munasabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis agihan elaun sara hidup 545 nelayan peringkat daerah Bachok, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan berkata demikian sebagai mengulas deklarasi yang dibuat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin yang antara lain menyenaraikan tuntutan untuk bayaran 20 peratus royalti minyak, tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil, tindakan untuk menyelamatkan Felda, menjamin hak untuk warga Sabah dan Sarawak  serta menjamin masa depan penjawat awam.

Awang Adek berkata, mereka yang membuat janji ini tidak pernah memikirkan kesannya terhadap ekonomi masa depan negara dan Petronas.

Katanya, janji sedemikian adalah "janji politik" sedangkan Petronas tidak seharusnya menjadi mangsa percaturan politik pembangkang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.