Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Titah Sultan Selangar berkenaan pengunaan kalimah Allah: Apa kata orang Melayu?

Oleh Md Izwan dan Mohd Farhan Darwis
January 15, 2013
Penggunaan kalimah "Allah" di kalangan masyarakata bukan Islam kini kembali menjadi topik hangat di Malaysia.
 
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Isu penggunaan kalimah “Allah” dikalangan bukan Islam kembali menjadi topik hangat di Malaysia selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membangkitkan isu ini dalam perutusannya sempena sambutan Krismas 24 Disember lalu.
 
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan “Allah”, dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.

“DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010,” kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan pada 8 Januari.

Menurut Mohd Misri, Sultan pernah mengeluarkan titah sama berkaitan penggunaan kalimah Allah tiga tahun yang Ialu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan akan tetapi tidak diendahkan.

“Berikutan dengan itu DYMM Tuanku juga telah menitahkan MAIS dan JAIS untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan Fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada di Negeri Selangor,” katanya lagi.

Tinjauan The Malaysian Insider di beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur untuk melihat sejauhmana titah Sultan tersebut diketahui dan pandangan orang Melayu mengenainya mendapati golongan berumur sekitar 50 an keatas menyokong titah pemimpin tertinggi agama Selangor itu.

Malah ada yang menganggap kenyataan beberapa pemimpin politik yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam merujuk kepada tuhan seolah-olah menderhaka kepada titah Sultan.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku ... perkataan Allah ini memang untuk orang Islam. “Ia akan mewujudkan kekeliruan kepada generasi akan datang,” kata Osman Yatim, 58.

Pesara syarikat petroleum antarabangsa dari Shah Alam itu merasakan pemimpin politik tidak seharusnya menggunakan isu itu semata-mata untuk kepentingan politik peribadi mereka, sebaliknya bersatu sebagai masyarakat Melayu demi masa depan negara ini.

“(Pemimpin) politik jangan putar belitkan (isu) ... tidak sepatutnya ahli politik setuju, kerana ia akan jadi masalah, Sultan pun mereka pun dah tak hormat.

“Kita lupakan warna bendera, tetapi ... kita kena pentingkan negara,” tambah Osman.
 Berkongsi pendapat dengan Osman, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi dari Shah Alam menegaskan, isu penggunaan perkataan Arab itu menjadi pertikaian berpunca daripada sikap orang-orang Melayu yang menjadikan politik sebagai keutamaan sehingga sanggap mengorbankan tradisi.

“Orang Melayu ada dua golongan, satu berakal, dan satu lagi yang bodoh, golongan yang bodoh inilah yang sering fikir politik,” tegasnya yang tidak namanya dikenali.

Debat penggunaan perkataan tersebut di kalangan bukan Islam dihangatkan bulan lalu apabila Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara terbuka mengatakan perkataan “Allah” dalam Alkitab, kitab Injil yang dialihbahasa ke bahasa Melayu, tidak memberi maksud yang sebenar dengan perkataan tersebut.

“Pendirian PAS mengatakan perkataan tersebut harus menggunakan perkataan ‘Tuhan’ dan bukan ‘Allah’ untuk menunjukkan maksud sebenar teks tersebut,” katanya sehari selepas sambutan Krismas bulan lalu.

Tuan Ibrahim berkata kedua-dua Kristian dan Islam mungkin terkeliru dengan perkataan “Allah” yang digunakan dalam Alkitab.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu bercanggah dengan kenyataan rasmi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010 yang menyatakan Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah kepada agama lain.

“Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita,” kata Abdul Hadi dalam kenyataan bertarikh 7 Januari 2010.
Seorang lagi pensyarah yang turut tidak mahu namanya disiarkan mengatakan:

“Esok perkataan Allah ini tidak lagi menjadi perkataan suci ... ini bahaya, ia tidak seharusnya berlaku.” 

Di Gombak penduduk yang ditemui oleh The Malaysian Insider mengatakan Malaysia tidak boleh disamakan dengan negara-negara lain termasuk negara Arab dalam isu penggunaan kalimah Allah.

“Di Malaysia, konteks masyarakatnya berbeza ... saya bimbang jika penggunaan Allah ini dipertikaikan ia akan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan orang Islam sendiri nanti,” kata Ujang Zamzamin, 50 merujuk kepada kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam.

Menurut Ujang, pendirian oleh pemimpin politik baru-baru ini hanya bertujuan untuk meraih kuasa politik dan mempunyai kepentingan kepada individu menjelang pilihan raya.

“Cuma saya nampak kebelakangan ini dijadikan modal politik dan digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk dibawa ke pilihan raya ... oleh kerana mahu mendapatkan undi bukan Islam, kalimah Allah menjadi permainan politik,” ujar beliau.

Kamarul Ariffin Basri, 45 melahirkan kebimbangan sekiranya kalimah Allah tersebut disalahguna oleh penganut agama lain, ia boleh memesong dan menggugat keimanan Muslim terutamanya mereka yang tidak memiliki ilmu agama.

“Kalau mereka gunakan untuk beribadat dan tujuan baik, itu adalah kebebasan beragama untuk masyarakat lain ... tetapi kalau disalahguna dengan cubaan memesongkan pegangan agama, saya rasa ia tidak boleh,” kata Kamarul.

Kamarul yang menetap di Kampung Pusu, Gombak melihat kontroversi yang berlaku sekarang adalah lebih ke arah menjadi modal politik sesetengah pihak.

“Parti-parti politik tertentu nampaknya menggunakan isu agama dan kalimah Allah ini untuk modal politik mereka.

“Tapi mereka tidak pula cuba untuk menerangkannya mengikut hukum dan ketetapan berlandaskan Islam,” tegas Kamarul.

Abdullah Din, 65 yang menetap di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur senada dengan Kamarul yang menyifatkan kalimah Allah ini dibangkitkan semata-mata untuk meraih sokongan pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Kebimbangan saya ialah, apabila isu ini diperbesarkan dan tiada kesudahan penyelesaian, ia akan mewujudkan kekeliruan dan keraguan dikalangan anak muda terutamanya mereka yang kurang pegangan agama,” ujar beliau yang bersara dari syarikat penerbangan MAS itu. 

Perdebatan di mahkamah mengenai isu perkataan “Allah” masih belum diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguannya The Herald, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi membenarkannya pada 31 Disember, 2009, kerana Kementerian Dalam Negeri pada 2010 membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu, dan sejak itu mahkamah tidak membuat sebarang keputusan untuk menetapkan tarikh untuk perbicaraan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.