Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUDUHAN BABI GILA

PKR nafi dana asing kayakan Pakatan Rakyat
Wartawan Sinar Harian
21 Januari 2013
Rafizi dakwa syarikat tidak pengalaman urus projek tambahan
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - "Kalau demonstrasi ini mengayakan pembangkang dan Pakatan Rakyat, kami semua patut sudah pakai Mercedes."

Demikian kata Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli menjawab dakwaan bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Hidayat bahawa demonstrasi mengayakan parti pembangkang apabila dana asing mencurah masuk bagi membiayai aktiviti menentang Barisan Nasional (BN).

Kata Rafizi, dakwaan itu sama sekali tidak berasas sama sekali.


Rafizi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut sambil mencabar Shamsul mengemukakan bukti yang kukuh jika dakwaan itu benar.


"Soal wang masuk itu tidak berasas, kecuali dia ada bukti, dia boleh tunjukkanlah, kalau setakat bukti SMS, suruh kutip duit itu tak boleh dilayan.


"Kalau demonstrasi ini mengkayakan pembangkang dan Pakatan Rakyat, kami semua patut dah pakai Mercedes, kaya raya sebab semua setiap kali buat demostrasi, dapat dana mencurah-curah," katanya.


Pada 11 Januari lalu, Shamsul Hidayat mendakwa dana dari luar negara telah menukarkan PKR daripada sebuah parti miskin kepada kaya.


Shamsul yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram Bersih 1 pada 2007 berkata, beliau pernah bekerja di ibu pejabat
PKR dan PKR ketika itu sangat miskin sehingga ada gaji pekerja yang tertangguh selama dua hingga tiga bulan.

"Sebaik sahaja pucuk pimpinan
PKR mahu mengadakan demonstrasi haram Bersih 1, tiba-tiba dana dari luar negara masuk dan PKR bertukar wajah, bendera-bendera PKR juga disumbangkan oleh pihak tertentu dari luar negara dan bendera itu bukan ditempah di Malaysia," katanya.

Shamsul berkata, beliau tidak hairan jika himpunan yang dirancang diadakan oleh pembangkang esok akan membawa masuk dana untuk
PKR bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.

Saiful Ambar adalah peguam kepada bekas Ketua Wanita
PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang juga keluar daripada PKR kerana merasakan perjuangan PKR tersasar daripada matlamat asalnya.

Sebaliknya kata Rafizi, Umno-BN yang mengamalkan tradisi songsang itu dengan menggunakan wang untuk menarik minat orang ramai untuk hadir ke program anjuran mereka.


"Saya rasa yang biasa menggunakan wang untuk gerakkan orang ini adalah di sebelah BN, yang menyediakan bas, sediakan makan dan wang saku..


"Kalau Umno-BN terus dengan pemikiran macam itu dan bergantung kepada duit, sampai bila-bila mereka tidak boleh memikat hati rakyat apabila berlaku demostrasi," katanya.


Jelasnya, Umno-BN perlu pelajari bahasa rakyat yang mudah difahami jika mahu orang ramai hadir ke program mereka dengan sukarela tanpa diangkut dengan bas dan sediakan duit poket.


"Dia (BN) ingat bila turun ramai-ramai, mereka mesti dibayar...


"Demostrasi ini adalah satu budaya yang sihat, sudah sebati dengan Pakatan Rakyat...


"Mereka (rakyat) turun kerana tertarik ataupun bersetuju dengan isu atau idea yang kita bawa yang memang rapat dan dekat dengan rakyat," jelasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.