Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

04 February 2013

FITNAH BURUKKAN PAS DI KALANGAN KAUM TIONGHUA DIEDAR


Risalah fitnah memburuk-burukkan PAS diedar di seluruh negeri Melaka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai ada kaitan dengan Umno/MCA/BN.

Risalah yang memaparkan 'penyokong' PAS memijak bendera DAP dilihat bertujuan supaya rakyat berketuruanan Tionghua semakin hebat menyokong DAP dan PR menolak PAS pada PRU 13 nanti.

Pihak DAP dan PAS khususnya mestilah mengambil langkah segera untuk memastikan perkara ini tidak berlanjutan bagi mengelakkan pengundi Cina terkeliru.

Gambar itu sebenarnya adalah gambar yang memperlihatkan seolah-olah penyokong PAS membenci DAP padahal orang-orang yang terlibat dalam gambar itu bukanlah penyokong PAS tetapi mereka yang menyamar sebagai penyokong PAS.

Timbalan Ketua Penerangan PKR Melaka, Freedie Lim berkata pihak yang terbabit dengan risalah haram ini hendaklah menghentikan tindakan yang tidak menguntungkan rakyat.

"Jika mereka matang, mereka harus menyahut debat diantara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, bukannya menyebarkan surat sebegini" Ujarnya.

Beliau mengutuk tindakan sedemikian dan menyeru pihak terbabit menghentikan tindakan sedemikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Keadilan Taman Asean.

Ketua Penerangan PAS Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan ini merupakan fitnah dan ianya tidak adil kepada PAS. 

Beliau memaklumkan terdapat pihak-pihak tertentu yang dipergunakan oleh UMNO bagi memecahbelahkan parti dalam Pakatan Rakyat.

"Hubungan diantara PAS-DAP adalah kukuh, malah hubungan antara PAS dan rakyat telah merentasi agama, bangsa dan bahasa.

Perbezaan pendapat diantara PAS dan DAP ditangani dalam keadaan yang cukup harmoni.

"Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengan Karpal Sigh di rumah beliau baru-baru ini di Pulau Pinang, malah memotong kek persahabatan".

"Begitu juga dalam isu kalimah Allah, Tuan Guru Nik Aziz telah mengadakan pertemuan dengan Bishop Wilayah Utara, Sebastian Josef berlangsung dalam keadaan harmoni"

"Oleh itu saya melihat ada pihak yang dipergunakan oleh UMNO/BN untuk memecahbelahkan kesepakatan diantara PAS-DAP-PKR" Ujar beliau lanjut.

Sidang media itu turut dihadiri oleh saudara Gui Tek dari DAP dan aktivis dari pelbagai parti. 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.