Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA UMNO TUDUH AKHIRNYA KENA BATANG IDUNG

Selasa, 19 Februari 2013

Fitnah: Raja Nong Chik sindir pemimpin sendiri



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, Riduan Mohd Nor berkata, ingatan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berhubung menabur fitnah sebenarnya wajar ditujukan kepada jentera dan pemimpin partinya sendiri.

Ini, ujarnya kerana semua ingatan yang disampaikannya dilakukan oleh pemimpin dan ahli partinya sendiri.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu yang telah mewasiatkan supaya masyarakat di Wilayah Persekutuan supaya berwaspada dengan mereka yang suka memecah belahkan masyarakat dengan menabur fitnah serta janji kosong.

Beliau berkata, jika budaya menabur fitnah dianggap sebagai elemen perpecahan dalam masyarakat, sebaiknya Datuk Raja Nong Chik menoleh kepada media milik kerajaan BN sendiri iaitu Utusan Malaysia.

“Hampir setiap bulan akhbar ini serta media utama milik kerajaan BN yang lain disaman di mahkamah dan hampir kesemuanya media ini kalah di mahkamah,” katanya kepada Harakahdaily.


Riduan menambah, berita yang sarat dengan fitnah keterlaluan menyebabkan rakyat menjadi meluat dan tidak percaya terhadap semua maklumat yang ada di dalamnya.

Beliau berkata, rakyat kini membaca media utama milik kerajaan BN dalam keadaan terbalik, benar dianggap dusta manakala dusta dipandang betul.

Selain itu, tanya beliau siapakah pemimpin yang menaburkan fitnah dengan tayangan video lucah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘meletup’ di pasaran sehingga media utama menyiarkan tayangan lucah itu hampir setiap malam suatu ketika dahulu.

Menurutnya, Datuk Raja Nong Chik juga seakan menyindir pemimpin partinya yang kerap menabur janji-janji yang sedap bunyinya namun kosong pengertiannya.

Katanya, dalam keadaan masalah rakyat tidak selesai seperti isu ekonomi, pengangguran, kemiskinan bandar, pendidikan, perumahan, jenayah, rasuah, dan lain-lain, pemimpin beliau pula kerap turun padang dan menabur pelbagai janji baharu.

Menurut Riduan lagi, dalam keadaan mereka memerintah negara sudah lebih 50 tahun masih banyak isu dan janji dahulu tidak tertunai, mereka hadir pula dengan janji-janji baharu yang retorik.

“Berbeza dengan PR, beliau boleh melihat kepada ‘track record’ cemerlang yang telah dibuktikan oleh kerajaan PR.

“Ambillah pengajaran dan contoh melalui kerajaan Selangor yang terus mengekalkan rekod cemerlang dalam pentadbiran dan pertumbuhan ekonomi di samping pemerintahan yang cekap dan amanah,” ujarnya.

Contoh yang baik juga, ujarnya boleh diambil dari kerajaan beramanah dan berkebajikan seperti Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang dan bandingkan pula dengan rekod lemah dan terus merudum kerajaan negeri-negeri yang lain.

“Terserlah kebenaran kata-kata beliau melalui kesemua fakta yang dikemukakan ini,” ujarnya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.