Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hentikan bertelingkah dalam isu kalimah ‘Allah’, kata ketua pengarah Jabatan Perpaduan

February 04, 2013
 
KUALA LUMPUR, 4 Feb — Putrajaya hari ini menggesa rakyat Malaysia berhenti daripada pertelingkahan mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Azman Amin Hassan berkata perkara itu perlu diselesaikan di mahkamah, merujuk kepada permohonan kerajaan persekutuan di Mahkamah Tinggi pada 2009 yang menetapkan perkataan “Allah” bukanlah hak eksklusif untuk orang Islam.

“Lupakan perkara itu kerana ia menimbulkan banyak kekeliruan,” kata Azman (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Kita perlu menungggu keputusan akhir (mahkamah) untuk melegakan situasi,” tambahnya.

Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 menetapkan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan berbahasa Melayunya, The Herald.

Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun membuat rayuan pada Januari 2010. Sehingga kini masih lagi tiada tarikh perbicaraan ditetapkan.

Azman, yang juga Pengerusi Ahli Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama (JKMPKA) berkata, jawatankuasa itu sedang mengadakan perbincangan, namun enggan mengulas lanjut butiran lngkap perbincangan berkenaan, sebaliknya berkata “kesemua pimpinan agama memahami isu tersebut.”

Kumpulan pengamal agama Buddha telah menggesa JPNIN menyelesaikan perkara itu selepas kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) baru-baru ini menggesa Muslim supaya membakar Bible berbahasa Melayu yang menggandungi perkataan Allah di dalamnya.

Pertelingkahan mengenai penggunaan perkataan Allah antara Muslim dan komuniti bukan Muslim di negara ini, terutamanya komuniti Kristian mula timbul pada 2007 apabila gereja Katolik dilarang menggunakannya dalam penerbitan mingguan mereka, The Herald.

Antara kes lain termasuklah penganut Kristian Sarawak, Jill Ireland, mencabar Kementerian Dalam Negeri pada 2008 apabila merampas koleksi peribadi cakera padat keagamaannya yang menggunakan kalimah Allah di lapangan terbang.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Mei, 2009, memberikan kebenaran kepada kumpulan etnik Melanau untuk mencabar Kementrian Dalam Negeri, berkata Jill mempunyai hak untuk “memiliki, menerima, mengguna, mengimport, dan mengedar” sebarang bentuk perkataan menggunakan nama Allah.

Disebalik pembentukan JKMPKA pada 2011, tidak berlaku pertikaian berhubung isu perkataan Allah, dan Putrajaya telah memberikan kata putus.

Dalam 10 resolusi Pentadbiran Najib, Kabinet melalui kementeriannya Datuk Seri Idris Jala, meyakinkan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak yang mempunyai populasi Kristian yang besar bebas menggunakan Bible berbahasa Melayu mereka termasuk bahasa pribumi yang lain.

Idris turut berkata Bible itu juga boleh dicetak dalam mana-mana bahasa termasuk Iban, Kadazan-Dusun dan Lun bawang.

Pada April 2011, satu pekeliling kepada Pengerusi Christian Federation of Malaysia (CFM) Bishop Ng Moon Hing yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan Kristian dan mana-mana kepercayaan boleh menggunakan Bible dalam mana-mana bahasa, termasuk bahasa Melayu.

Pertikaian berhubung perkataan Allah berkemungkinan akan memberikan kesan terhadap pengundi untuk menyokong parti politik dalam pilihan raya yang harus dilaksanakan April ini.

Isu tersebut sebelum ini dijadikan kempen politik ketika Pilihan Raya Sarawak 2011 yang mempunyai kumpulan penganut Kristian yang besar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.