Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KALILAH !

SETIAUSHA BN SABAH MENTAH BERPOLITIK, BENGONG PUNYA SETIAUSHA
 
Umno mahu Pas cermin diri
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
6 Februari 2013
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan
 
SHAH ALAM -  Di sebalik penegasan yang terpacul daripada mulut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak sesekali akan membenarkan dirinya 'dipatuk' sekali lagi oleh Umno, Umno pula mahu Pas cermin diri, siapa patuk siapa.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, bukankah perbuatan Pas yang melabelkan Umno itu kafir lebih teruk daripada itu.

"Yang kena patuk ini ialah Umno. Umno yang dipanggil kafir. Umno yang kena patuk dengan Pas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Meskipun begitu, Abdul Rahman menasihatkan Pas supaya melihat politik ini dari sisi yang lebih luas, bukan hanya tertumpu kepada kerjasama atau penggabungan parti semata-mata.

Umno-Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya, sentiasa berlapang dada untuk bekerjasama dengan Pas dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyatuan ummah termasuk program pembangunan.

"Kalau tak boleh bekerjasama dalam politik tak apalah, kita bekerjasama dalam isu-isu yang ada kepentingan bersama.

"Dalam kita memikirkan tentang perpaduan ummah, politik ini harus kita ketepikan.

"Kalau kita tak buat dan kalau kita fikirkan kita ada masalah, sudah tentu kita boleh cari 1001 alasan tidak menjadikan isu itu atau tujuan itu satu realiti. Tetapi kalau kita hendak, 1001 alasan pun tak akan dapat menghentikan tujuan kita itu," kata Ahli Parlimen Kota Belud ini.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong BN Parlimen ini menambah, Pas tidak perlu untuk mengimbau kembali sejarah kerjasama antara Pas dengan BN suatu ketika dahulu kerana pucuk pimpinannya juga sudah bersilih ganti.

"Kalau kita pakai topik politik setiap hari, tak ke manalah.

"Contohnya dalam soal ekonomi Kelantan, saya kira kalau kerajaan negeri tidak berkeras sangat, asyik hendak menyalahkan kerajaan persekutuan, mungkin kita boleh cari jalan tengah.

"Tapi kalau anda berkonfrontasi setiap masa, maki hamun setiap masa, sudah tentu kerajaan persekutuan merasakan tak perlu bekerjasama," tegasnya lagi.

Pendapat sama turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang berpendapat bahawa Pas sengaja menyalahkan Umno untuk menutup kenapa parti itu disingkirkan dari BN dahulu.

"Dulu kita bekerjasama dengan Pas pada tahun 70-an tetapi Pas mengambil kesempatan dan membuat perkara-perkara yang lari daripada permuafakatan itu. Jadi jangan salahkan Umno. Tak tetap pendirian.

"Dulu maki hamun DAP, musuh ketat tetapi kini boleh kerjasama dengan DAP," tempelak Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Umno.

Bahkan ujarnya, beliau tidak terkejut sekiranya kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat juga akan hancur jika parti itu kekal dengan sikap tidak teguh pendirian.

"Pas ini memang begitu, sentiasa menyalahkan orang.

"Pemimpin-pemimpin Umno terdahulu tahu apa yang dilakukan oleh Pas ini. Memang mereka tidak ada pendirian. Dulu kata boleh orang bukan Islam guna kalimah ALLAH, sekarang sudah tidak boleh tetapi ada sesetengah pemimpin yang kata boleh. Pendirian mereka ini tidak tetap. Parti macam ini kita tak boleh peganglah kata dia. cakap dolak-dalik," kata Mohamad.

Ahad lalu, Hadi ketika menyampaikan ucapan pada Himpunan Perdana Ummah bersama Pas berkata, parti itu yakin dengan kerjasamanya dalam Pakatan Rakyat.

Pas katanya, tidak akan sesekali menjalin kerjasama politik lagi dengan Umno kerana sudah serik dikhianati ketika penggabungannya dulu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.