Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Jangan terus politikkan isu air
JANATUL FIRDAUS YAACOB
13 Februari 2013
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar menganggap kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sanggup berdebat sebagai retorik politik.

Dalam kenyataan media, semalam, Noh menyifatkan tindakan Abdul Khalid sebagai suatu kenyataan politik untuk mengetahui calon Menteri Besar daripada Umno-BN.

“Saya hendak beritahu beliau (Abdul Khalid) tidak perlu sibuk untuk mengetahui siapa calon menteri besar BN.

“Saya cabar beliau untuk umumkan adakah akan kekal sebagai menteri besar Pakatan Rakyat (PR)?,” katanya.

Beliau berkata demikian, mengulas kenyataan Abdul Khalid  yang menyatakan kesediaan untuk berdebat mengenai isu air Selangor dengan mana-mana calon Menteri Besar Selangor daripada Umno-BN.

Terdahulu, menurut Abdul Khalid, dengan mengadakan debat berkenaan, rakyat Selangor akan mendapat manfaat dengan membuat penilaian dan perbandingan antara cara pengurusan perkhidmatan air Selangor PR dengan Umno-BN.

Dalam perkembangan sama, Noh berkata, sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani beliau mencabar Abdul Khalid dan semua Adun Selangor berdebat.

Menurutnya, kiriman surat kepada menteri besar ada dilakukan secara serahan tangan untuk berdebat mengenai isu benih padi sah yang dibahas dan diluluskan Sidang Dun Selangor lalu.

“Saya ada hantar surat kepada Abdul Khalid pada November 2012 dan mencadangkan untuk berdebat pada Januari 2013, namun hingga sekarang tiada jawapan diberikan.

“Malah, pada 2010 juga saya pernah menghantar surat kepada beliau untuk berdebat mengenai isu harga padi yang juga telah dibahas dan diluluskan Dun Selangor ketika itu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya , kedua-dua cabaran berkenaan tidak dijawab Abdul Khalid.

“Saya ingatkan Menteri Besar Selangor supaya jangan terus politikkan isu air yang boleh merugikan negeri .

“Jangan hendak jadi hipokrit dalam isu memperjuangkan nasib pesawah padi di Selangor,” katanya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.