Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JPJ tetap akan pasang AES di P.Pinang

15/02/2013 7:03pm

BUTTERWORTH — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang tetap akan memasang Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini walaupun tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaccob berkata, pihaknya mempunyai hak untuk memasang AES di jalan-jalan persekutuan di negeri ini tanpa perlu mendapat kebenaran kerajaan negeri.

Katanya, setakat ini masih belum ada rundingan atau perbincangan dibuat antara JPJ dan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan sistem itu, namun pihaknya bersedia berbuat demikian sekiranya dipanggil. 

"Kami akan pasang di jalan-jalan persekutuan kalau kerajaan negeri masih tidak benarkan. Mereka (kerajaan negeri) tidak boleh halang sebab jalan itu di bawah persekutuan, kecuali jalan negeri. Tapi, kalau boleh kami hendak pasang di semua jalan.

"Tetapi kita pun tidak mahu bersikap biadap dan akan berhubung dengan mereka (kerajaan negeri) sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya pada sidang akhbar Op Selamat Tahun Baharu Cina di Stesen Penguatkuasaan JPJ Penaga, di sini, hari ini.

Hassan berkata, JPJ masih menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara berikutan terdapat beberapa perkara yang masih dalam peringkat perbincangan, tetapi beliau percaya pemasangan AES di Pulau Pinang akan dibuat secepat mungkin.

Katanya, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 59 lokasi di sekitar negeri ini sebagai lokasi berisiko kemalangan, terutama kemalangan maut, untuk pemasangan kamera AES.— BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.