Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR MUNAFIK

Pas Kelantan sangkal kenyataan Mahathir
Wartawan Sinar Harian
15 Februari 2013
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pas Kelantan menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno tidak pernah menipu Pas ketika parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Dr Mahathir perlu bertanggungjawab atas perpecahan antara Umno dan Pas kerana ketika itu beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

“Ketika itu (tahun 1978), beliau dengan angkuh mengatakan 'kekuatan Melayu tidak terjejas jika Pas tidak bersama Umno'. Atas sebab peranan beliau, Kelantan ketika itu diisytiharkan darurat,” dakwanya di sini, semalam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha menyatupadukan orang Melayu dan menyatakan Pas ditipu oleh Umno ketika berada dalam BN.

Mohd Amar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah berkata, atas tindakan Dr Mahathir ketika itu, Pas sudah serik dan tidak mahu lagi peristiwa dipermainkan dan ditipu berulang.

“Orang beriman tidak akan benarkan dia 'digigit' kali kedua dan ditarik semula ke dalam parti tersebut.

“Apa perlu kita (Pas) kembali kepada Umno? Cukuplah sekali dipermainkan dan ditipu. Kita sudah ada pengalaman dengan BN, kita dah alami sendiri. Bagi kita, kenyataan itu tidak ada harga sebab kita ada pengalaman pahit dengannya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi ulasan mengenai kenyataan bekas anggota Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris yang menyatakan umat Islam perlu bersatu menyokong Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh jemaah Islam, iaitu BN.

“Perpaduan lahir atas agama sebagaimana al-Quran menyebut bersatu teguh dan perpaduan mesti berlandaskan asas agama.

“Pas tidak faham apa maksud beliau (Mohd Noor), namun pihaknya menegaskan Pas sentiasa menghulurkan tangan sejak dahulu bagi menegakkan Islam,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.