Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
PRU13: Mahfuz mahu PR susun strategi lawan 'muslihat' BN
JAMILAH HAMZAH
10 Februari 2013
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar 
 
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan mengesyorkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar mengambil strategi bagi menghadapi apa jua kemungkinan, yang beliau sifatkan sebagai "muslihat" Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

"Saya akan meminta mesyuarat kepimpinan (Majlis Pimpinan Presiden) Pakatan Rakyat supaya mencari dan menyusun strategi bagi menghadapi muslihat BN... BN akan guna apa sahaja dalam pilihan raya umum," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Sehubungan itu tegas beliau, PR perlu ada strategi untuk menghadapi segala kemungkinan "di mana BN akan menggunakan segala jentera dan agensi untuk menang PRU13."


Katanya, ini termasuklah kewujudan daftar pemilih yang masih belum bersih, lebih-lebih lagi ekoran kewujudan situasi warga asing di Sabah diberi kewarganegaraan dan sekali gus menjadi pengundi, sebagaimana didedahkan dalam prosiding suruhanjaya diraja baru-baru ini.


"Ini pendedahan RCI di Sabah... keadaan juga kemungkinan berlaku di Semenanjung. Jadi, bagi saya daftar pemilih tidak bersih.


"Dalam keadaan kita sudah tidak ada masa lagi untuk membersihkan daftar pemilih, PRU13 semakin dekat, kita semakin dekat dengan tembok PRU, BN akan menggunakan apa juga muslihat, Pakatan Rakyat kena ada strategi dan pendekatan sendiri," kata beliau sambil menambah, "saya juga hairan apabila Datuk Seri Najib (Tun Razak) mengatakan pembangang kena terima keputusan PRU13 dan tidak timbulkan huru-hara."


Katanya, beliau hairan apabila perdana menteri dengan cepat-cepat mengeluarkan kenyataan sedemikian.


"Saya sungguh hairan dengan kenyataan," kata beliau yang turut mendakwa sejarah pilihan raya negara telah membuktikan BN tidak boleh menerima keputusan sebagaimana disaksikan pada tahun 1959 (ketika Perikatan) di Terengganu dan di Perak lima tahun lalu.


Kelmarin, Najib menasihatkan pembangkang supaya menerima keputusan PRU13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya.


Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution  mendakwa pihak yang tidak pernah merasai kekalahan di peringkat pusat - BN - sedang menggunakan psikologi bagi menghadapi PRU13.


Menurutnya, sejarah telah membuktikan pihak pembangkang mampu menerima keputusan tanpa tercetusnya huru-hara berbanding dengan apa yang didakwa perdana menteri.


Beliau berkata, Najib yang juga Presiden Umno turut dilihat menggunakan "psikologi songsang" menjelang PRU13.


"Sudah 12 kali pilihan raya BN menang, pembangkang tak pernah menang di peringkat pusat.


"Tapi tak ada kekecohan pun...  tak ada sejarah berlaku huru-hara," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.


Mengulas lanjut Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PR akan menerima keputusan pilihan raya seperti masa-masa lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.