Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETUJUUUU !

SEMASA PAK KARAMU DALAM TENTERA, DAH CAKAP LAMA DAAAAAH !

Selasa, 19 Februari 2013

Malaysia dapat markah ‘D’ rasuah beli senjata api – Lt Jen (B) Ghafir

IMG_8136KUALA LUMPUR 19 FEB: Transparency International (TI), sebuah badan bebas penilai antarabangsa meletakkan Malaysia di kedudukan ‘D’ pada skala rasuah pembelian senjata api, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Kategori A – negara itu tiada risiko rasuah. Kalau ‘F’ negara itu paling banyak korupsi dalam proses pembelian senjata.

“Negara kita dikategori sebagai ‘D’ bersama Rwanda, Tanzania dan China. Malu kita,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu pada 16 Februari lalu.

TI yang berpangkalan di United Kingdom baru-baru ini menyiarkan senarai negara yang terlibat dengan rasuah dalam proses pembelian senjata.

Laporan Government Defence Anti Corruption Index itu melakukan kajian antara Julai 2011 hingga November 2012, dengan mengkaji kementerian pertahanan melibatkan 82 negara.

Australia dan Jerman di tangga teratas dengan penarafan ‘A’ manakala Korea Selatan dan Taiwan tertinggi di kalangan negara Asia dengan memperoleh ‘B’ sementara Jepun ‘C’.
Dalam kalangan negara Asean, Singapura dan Thailand menduduki tangga teratas.

Malaysia mendapat markah terendah dari sudut kewangan dan operasi dengan hanya memperoleh 25 peratus dan 10 peratus untuk jumlah mata 100 peratus dalam kajian itu.

“Kita tahu banyak peruntukan dari wang rakyat dan perbelanjaan Kementerian Pertahanan hilang dan hanya menguntungkan segolongan kecil.

“Sudah masanya kita bertindak dan memilih kerajaan yang amanah dan menumbangkan kerajaan korup ini,” kata Ghafir.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.